Bersama emak, kami melangkah bersama ke pusara bapak selepas waktu asar.Hajat hati mahu berdoa dan mengambil teladan daripada bapak~insan yang dikenang oleh kami sekeluarga.Bapak dikenali seorang yang tegas dan teguh terhadap prinsip hidupnya.
Hari ini saya berkongsi kenangan bersama bapak.Inilah sebahagian yang masih kekal dalam memori saya….
1994Saya di darjah tiga..
Tidak pandai menggosok baju lagi tapi bapak tetap tak bagi mak atau adik beradik yang lain gosokkan baju saya.Katanya biar saya belajar sendiri walaupun baju sekolah saya pernah berlobang akibat tak pandai gosok.
Kesannya sekarang, saya akan pastikan baju saya sentiasa akan digosok dan tidak akan selesa jika digosok orang lain.
(erkkk..cerewet jugak kan saya???)1997Saya di darjah enam.
Saya diberi pilihan untuk menjadi pengawas atau pengawas pusat sumber sebab kedua2nya saya ditawarkan jawatan itu.Saya minta pendapat dari bapak.
Bapak cakap”Baik jadi pengawas pusat sumber
sekolah @ p.s.s dari pengawas sekolah sebabnya boleh berkawan dengan buku..”
Saya turutkan permintaan bapak walaupun pengawas pusat sumber sekolah sering digelar pengawas syok sendiri kerana singkatannya p.s.s.
Tahun ini juga mak dan bapak menunaikan haji menyambut lambaikan kaabah..Tinggal kami 3 beradik kerana abang dan akak duduk di asrama.Umur muda sebegitu ditinggalkan mak dan bapak memang betul-betul menguji kami.Itu baru sebulan lebih.Tapi, kali ini, bapak tinggalkan kami semua untuk selamanya...Kami harus tabah!
Tiba keputusan UPSR diumumkan, saya ke sekolah sendirian untuk mengambil keputusan kerana saya tidak benarkan bapak atau mak menunggu sama.Balik dari sekolah saya tunjukkan keputusan kepada bapak..
Bapak bertanya “Kenapa ada 1B?”
Saya diam..walaupun bapak tak sorak gembira tapi saya dapat rasakan bapak juga turut bersyukur.Esoknya saya diberi hadiah~kasut yang memang saya idamkan. Bapak cakap “Lepas ni naik sekolah menengah mesti kena ambil subjek bahasa arab".
1998Syukur..saya mendapat tawaran duduk di asrama.Bapak gembira sebab saya ditawarkan sekolah yang belajar bahasa arab.Maksudnya, saya kena ambil 9 subjek semasa PMR nanti.Duduk di asrama seminggu, saya demam!Mungkin rindu pada keluarga..
Ingat lagi pada waktu itu, bapa mengambil saya untuk dibawa balik dengan motor honda buruk bapak.
2000Saya menghadapi peperiksaan besar pada waktu itu iaitu PMR.Mak dan bapak datang melawat setiap minggu. Tiap minggu juga bapak akan bawakan air penawar. Itu memang cara bapak supaya anak-anak tenang untuk hadapi apa jua jenis peperiksaan. Saya lulus cemerlang dalam peperiksaan itu.Bapak bangga kerana saya mendapat A dalam bahasa Arab tapi bapak tak heboh satu kampung macam orang lain.Itu memang cara bapak!syukur dengan cara wasatiah.
2002Sekali lagi saya menghadapi peperiksaan besar iaitu SPM. Kali ini saya kecewa sebab keputusan tidak seperti diduga. A tidak banyak. Saya menangis menerima keputusan itu tapi bapak tenang sambil memujuk. “Itu dah cukup baik berbanding dengan orang lain.Kita kena bersyukur sebab Allah bagi kejayaan pada seseorang ada sebabnya...”
Saya kuatkan semangat walaupun ketika itu saya hanya mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat diploma sahaja di IPTA..
2006Hujung tahun saya habis pengajian di peringkat diploma. Belum konvokesyen, saya ditawarkan bekerja dengan syarikat kontraktor~tempat saya mejalani latihan industri di peringkat diploma. Saya minta tempoh dahulu sebab belum habis menduduki peperiksaan akhir ketika itu dan berhajat mahu rehat sebulan sebelum bekerja.Bapak tak benarkan.Bapak kata “Jangan hilangkan kepercayaan orang lain pada diri kita...” Abis final exam, saya rehat 3 hari di rumah dan terus melaporkan diri untuk bekerja di syarikat itu. Sebulan bekerja, saya mendapat panggilan temuduga dari firma lain..Bapak juga yang hantar ketika menghadiri temuduga di firma itu..Balik temuduga, belum sempat saya cerita pada bapak, bapak kata “Tak payah kerja di firma itu walaupun gaji yang ditawarkan tinggi” Saya diam.. Tambah bapak.. “bapak tak suka kalau bekerja ditempat yang tak disediakan bilik untuk solat”. Memang betul firma itu tak menyediakan ruang yang baik untuk solat.
2007Hanya sempat bekerja lebih kurang setahun, saya ditawarkan melanjutkan pengajian di peringat sarjana muda.Rasa hati ingin terus bekerja~mungkin sedap pegang duit sendiri. Tapi bapak kata “Walau kita kaya dengan duit tapi pendidikan kita tak tinggi susah untuk hadapi masa depan.Biar kita bina kehidupan dengan pendidikan sebab pendidikan yang menentukan di mananya kita”
2009
InsyaAllah saya akan menamatkan pengajian di peringkat sarjana muda tetapi pada kali ini majlis konvokesyen kali kedua saya tidak dapat disaksikan oleh seorang bapak yang cukup saya kagumi hingga akhir nyawanya...Manakan tidak saya terkilan sebabnya bapak sering cakap apabila majlis konvoksyen anak-anaknya.. “Bapak tak berpeluang untuk belajar seperti kamu..jadi manfaatkan segala ilmu yang telah dipelajari untuk dikongsi bersama orang lain juga”
Kenangan-kenangan ini yang menguatkan saya untuk terus menggapai kejayaan.
Al-fatihah untuk bapak..Haji Maskur Bin Atmom