Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 06, 2009

Berubah untuk menikmati perubahan

Hidup ini perlu berubah, dari negatif kepada positif. Kerana memikirkan perubahan itu penting, saya tertarik menyiarkan kandungan kiriman emel yang sampai ke peti masuk saya.Sayangnya, pengirim emel tersebut tidak saya kenali. Isi kandungannya ringkas tetapi mengandungi perkara yang saya fikir amat berguna untuk kita semua.

Sebagai manusia, kita memang tidak mampu meneroka perkara-perkara ghaib tersembunyi dalam jiwa manusia itu sendiri. Dan sebagai kawan, kita juga tidak tahu hakikat sebenarnya tentang siapakah kawanyang menjadi kawan kita. namun kita dikurniakan akal dan fikiran yang dapat menimbang baik buruk sesuatu perkara serta mempelajari bagaimana menambat hati seseorang.

Saya suka sekali memetik kata-kata dalam kandungan emel tersebut. Antaranya;

Sekiranya anda mahu mengubah perangai wanita, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. anda sendiri perlu sanggup berubah kepada perangai yang lebihbaik untuk membolehkan seseorang wanita berubah memperbaiki dirinya.

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang wanita. Dengan itu anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang anda sanggup beri.

Sekiranya anda tidak mempercayai wanita, janganlah anda harapkan wanita itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya pada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak mempercayai anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

Iya, saya merasakan mengenal wanita bukanlah untuk mengalahkan wanita. Jika ada yang pincang, rujuklah agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang boleh dilarang.

Kepada pengirim misteri ini, terima kasih kerana berkongsi maklumat. Kalau ada yang sudah mengetahuinya, anggaplah itu sebagai satu peringatan. Tidak salah saling ingat mengingatkan...

9 comments:

LaDy NaS said...

betul tu...i setuju! yeah!

Tirana said...

Kita tidak akan dapat mengubah orang lain melainkan Allah..Namun kita boleh berdakwah kepadanya...samada dia akan berubah atau tidak, itu merupakan hidayah dari Allah belaka.

Na Shari said...

Setuju dgn Kak Tirana...Pokok pangkalnya diri sendiri...

Anonymous said...

mmg pon.. walau byk mn pun nsht yg kta kasi tp kalau diri sndiri x brubh pon x gn jgak..
sbb smua bnda tu di gelar "common sense"..

Myza Pesona said...

Setuju dengan apa yang dikata! Tepuk dada tanya selera!Ubahlah diri kita dahulu sebelum kita mahu orang lain juga berubah! Cermin-cerminlah diri sendiri!Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan....!

cIk pEnNa said...

ermm..sy harus sedia untuk berubah!
;)

Keri AlHaj said...
This comment has been removed by the author.
Keri AlHaj said...

Firman Allah Taala: Sesungguhnya Allah tidah akan mengubah keadaan satu-satu kaum itu sehingga mereka sendiri yang mengubahnya. (Surah Ar-Ra’d: ayat 11).

sesetengah dari kita memang takutkan perubahan.. sebab tidak tahu apa yg bakal terjadi dgn perubahan yg akan dibuat... maka beradalah kita di takuk lama...
sebaik-baiknya, utk merubah org lain... kita perlu mengubah diri kita dulu... dari perkara yag baik kepada perkara yg baik lagi... supaya dgn itu, org yg kita ingin berubah itu dpt mencontohi kita... malang sekalilah kalau kita nak kan org lain berubah... tapi kita tetap sama macam biasa tanpa ingin ubah apa-apa yg ada.....

addyaholix said...

perubahan itu perlu dalam setiap yang namanya hidup. dan moga perubahan itu selalu lebih baik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails