Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 30, 2009

Sungguh2 saya sayang wanita ini.Dia adalah yang terbaik!

Saya akui memang saya anak emak.Peduli apa orang nak cakap macam tu.Memang betul saya anak emak sebab emak yang melahirkan saya. Kawan-kawan di kampus juga sudah mengetahi hakikat itu.MEMANG SAYA ANAK EMAK!

Sudah lama ingin saya rasa kongsi cerita kasih sayang ini bersama kalian. Cuma sekarang baru ada kesempatan. Kesibukan saya di kampus sudah pun reda. Exam sudah habis, tesis juga sudah dijilid. Dan ini adalah semuanya hasil sokongan dan dorongan dari seorang wanita. Wanita yang amat saya sayangi sejak azali lagi.

Wanita yang sanggup berkorban apa sahaja untuk saya dan anak-anak yang lain.Masih teringat lagi sewaktu ingin menghadapi exam, emak pasti menemankan saya study di tengah malam. Di kala saya menyiapkan tesis, emak juga sanggup tidur-tidur ayam di sebelah saya semata-mata ingin memastikan saya menyiapkan tesis dengan jayanya.

Hari ini, dari pagi saya mengadu sakit kepala kepada emak. Pulang dari kampus atas urusan yang tidak boleh dielakkan, emak menghidangkan saya dengan makan malam. Usai makan malam, emak memicit kepala saya. Dan tika entri ini dibuat, emak menghidangkan saya dengan pelam cicah bersama petis.

Kalau hendak dicerita, memang tiada cukupnya untuk saya senaraikan kebaikan wanita ini. Mungkin keputusan saya untuk duduk bersama emak dan terpaksa berulang alik ke kampus sejauh 40 lebih kilometer adalah amat berbaloi. Walau saya tidak dapat menghabiskan masa untu rakan-rakan di kampus, sekurang-kurangnya wanita ini sentiasa berada di depan mata saya.

Sungguh!sayang saya tiada berbelah bahagi kepadanya. Hanya Allah sahaja yang tahu. Seluas air lautan harta pun tidak dapat membalasnya. Dan saya menjadi semakin menggila untuk menggembirakan hati wanita ini selamanya.

Semoga keberkatan darinya sentiasa mengiringi saya untuk memulakan alam pekerjaan.Amin Ya Rabb..

13 comments:

sharamli said...

kim salam mak..aie

AiE bAhRi said...

Sha,
bila mau bertandang lagi?

ruby said...

btl2...maklah yg terbaik,terbest n ter segala2nya...tanpa mak sape kite...i luv my mum...

imHepPie said...

org anak abah..tpi sygkan mak jgk haha

Unknown said...

huhuhu....
kite on syg mak kite...
:)

Keri AlHaj said...

kita sama...
org kata saya anak emak.. anak manja... tapi saya peduli apa. dulu kerja kl, sekarang balik kerja pahang. alasan memanglah sebab kerja yg bagus.. tapi alasan lebih utama, - sebab nak duduk dgn mak- heheh...

jaga mak baik-baik aie... dah sampai masanya utk balas jasa - meski pun tak akan pernah terbalas sebenarnya...

dan selamat memulakan langkah ke alam pekerjaan...

salam utuk mak ya!

Tirana said...

Ibu yang melahirkan kita memang wajib kita sayang. Pengorbanan seorang ibu tidak akan pernah terbalas oleh anak-anak.

Salam untuk mak Aie

senorita said...

betul..
dialah wanita yg tabah dlm membesarkana anak2..
terima kasih mak2 semua..huhu

ASYIQ said...

Aie mmg anak omak!!! Akak suka aie jadi anak emak...moga2 Fahem pun nnti jd anak emak jg. Tarikan anak lelaki dgn emak lain skit...karannya lebih sikit...hihi.

Lgpun eloklah anak lelaki syg emak dia...kalau dh beristeri pn emak ttp no 1 berbanding isteri. So, nk senang carilah isteri yg emak suka. Lagi berkat, bahagia dunia akhirat!!

Akak suka aie jd anak emak...sungguh! Chime pun sama...hihi.

TokNabe said...

Kasih ibu membawa ke syurga.

Belog Cik Peanut said...

saya juga sayang ma saya..
saya juga sayang abah saya
saya anak ma..dan anak abah
:D

Watierman said...

Bersyukur kamu masih berkesempatan menikmati kasih sayang perempuan yang bergelar Emak ...kerana ada insan2 yang kekurangan itu...sesungguhnya akak amat cemburukan kamu Aie...Salam Penuh Hormat dari Akak buat Insan Yang kamu panggil Emak...!!

Maiyah said...

pengorbanan mak mmg takde batas nya, krn kasihsygnya pd anak :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails