Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, November 22, 2009

Setiap fasa ada susah dan senangnya

Rasanya sudah terlalu lama saya tidak mengupdate sebarang entri. Sampaikan dah bersawang rasanya. Bukannya tiada kisah untuk saya kongsikan bersama tapi mungkin sejak kebelakangan ini saya dilanda dengan kesuntukan masa untuk menghasilkan entri..(ceh...macam sibuk sangat je kan..)

Alhamdulillah buat masa ini, saya baru sahaja menempuhi satu fasa yang baru iaitu fasa kerjaya. Fasa yang perlu untuk saya memikirkan segala bagai perkara termasuklah dari segi pengurusan kewangan untuk keluarga, masa untuk diri sendiri dan masa untuk memberi komitmen yang terbaik kepada pihak majikan dan orang di sekeliling. Semuanya perlu difikirkan untuk kebaikan diri sendiri juga.

Pada mulanya pening juga kepala memikirkan untuk menentukan halatuju bidang kerjaya yang hendak dipilih. Maksudnya saya pening untuk memilih antara bekerja dengan firma kontraktor atau firma perunding ukur bahan. Mujur saya mendapat nasihat dari abang saya yang banyak memberi garis panduan di mana mengikut pendapatnya

Pemilihan berikut mungkin boleh menjadi justifikasi dan garis panduan :

1. Big salary + Bonus + Allowance
2. Working Environment
3. Distance from home (kos minyak)
4. Performance of company
5. etc.

Contractor or Consultant not become a problem as long as scope of work in Ur area. T.Q

Ini adalah garis panduan yang diberikan oleh abang saya. Dan saya rasa, faktor pemilihan saya adalah tertumpu kepada semua bahagian. Kadang-kadang kita perlu menjadi seorang yang tamak kerana perkara sebegini adalah penentu untuk kehidupan kita masa akan datang. Bukannya kita hendak bekerja sehari dua tetapi ia melibatkan sepanjang hayat kita untuk memberi khidmat kepada orang lain. Sebab itu saya katakan kadang-kadang kita juga perlu menjadi seorang yang tamak.

Apa yang saya harapkan, saya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang baik, anak yang baik dan kawan yang baik dalam lingkungan kakitangan di pejabat dan di luar pejabat. Alhamdulillah setakat ini banyak yang memberi tunjuk ajar. Terima kasih. Saya juga tidak kisah ada yang sering mengatakan tempat lain kita boleh mendapat tawaran yang lebih tinggi tetapi itu bukan keutamaan saya sebabnya bagi saya, selagi kita boleh belajar sesuatu yang berharga di tempat kerja, selagi itu kita dapat meningkatkan nilai dalam diri kita. Gaji tinggi tetapi jika tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja yang baik juga adalah satu masalah bagi saya sebabnya kerja yang halal juga adalah sebahagian daripada ibadah.

Bukan senang untuk berada di kedudukan yang selesa. Saya selalu mengingatkan diri sendiri bahawa untuk berada di kedudukan yang selesa, kita perlu bekerja keras. Bukan hanya datang kerja, sign in dan tiba masa balik kita dah bersedia untuk sign out di punch card.Bekerjalah selagi kita boleh meningkatkan produktiviti yang baik untuk dihasilkan kepada semua orang.


11 comments:

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

selamat datang ke alam pekerjaan..
semoga kamu tabah...
dan enjoy!

=)

akhis said...

~ganbatte kudasai ^_^

sharamli said...

keja lekl0k aie
:)

Maiyah said...

akak doakan adik akan ceria ngan keje baru

Tirana said...

Selamat bekerja dengan penuh semangat dan dedikasi

ASYIQ said...

Dah habis study la nih....semoga berjaya di alam pekerjaan.

Akak pun perasan yg aie dh lama tak singgah kat blog akak. Kak ngah nangis baru ni pun rasanya aie tak tahu lg...huhu.

Dia dh ok...dah mula senyum.

eiza in the house.. said...

Salam,
sudah bekerja kamu ye..alam pekerjaan amat luas..terokai la ia selagi kamu mampu.:)

Ren said...

Tahniah bro sebb dah melangkah ke satu fasa lagi.. semoga lebih gigih dan berdayasaing..amin~

IamYonna said...

bro.apa2 pun yonna rasa plg penting environment :D heee. sebab kalau tempat x best. otomatik hati jadi tawar. letak lah gaji 4 ribu skali pun hehe

anw,good luck dlm hunting job ye :D

Sulamankasihabadi said...

salam aie...good luck dgn keje baru ek.alam pekerjaan dgn study ni lain sesangat...semoga tabah tempuhi hari dan dugaan mendatang..

arsaili said...

salam..tahniah....selamat menempuh alam pekerjaan dan berhadapan dengan 'office politic'....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails