Thursday, January 21, 2010

Kerja

Semalam aku ambil cuti. Cuti atas dasar nak settlekan housing loan arwah bapak untuk rumah status hakmilik strata title. Padahal badan rasa panas nak demam tapi aku dah telan dua biji panadol supaya aku dapat uruskan dengan lancar. Rugi kalau aku ambil cuti tapi tak dapat nak uruskan apa-apa. Alhamdulillah urusan housing loan dah settle Cuma perlu tunggu bank lantik lawyer untuk settlekan urusan pertukaran hakmilik. Harap-harap prosedur tu tak ambil masa yang lama sebab selagi tak settle, selagi itulah kena fikir.

Hari ni aku masuk kerja seperti biasa. Cuma lewat lima minit gara-gara aku termenung terlalu lama dalam toilet. Hahaha. Sampai saja office, aku nampak banyak note kerja untuk disettlekan. Perghh..baru ambil leave sehari, dah banyak kerja. Sebenarnya takde point untuk aku sampaikan Cuma untuk peringatan diri sendiri :

Jangan tangguh kerja walau diberi dateline sebab belum tentu sepanjang masa sebelum dateline kita sihat dan dapat sempurnakan kerja dengan sempurna. Dan jangan lupa kerja yang bakal mendatang juga akan tiba, kalau bertangguh maka akan bertambah la kerja..Itu saja. Yang penting kerja jangan main-main sebab kerja juga sebahagian ibadah.

Alhamdulillah kerja aku dah siap..sekarang boleh balik. hooreyy!!

4 comments:

Azita said...

Assalamualaikum Aie,
Kerja rajin2, jgn curi tulang...x berkat nti!

maiyah said...

urusan hakmilik rasanya x lama.. adik akak cpt urusannya

happy working ye

AiE bAhRi said...

Kak ita,
waalaikumsalam kak..
Insyaallah kak..

kak maiyah,
o..kalau mcm tu boleh tarik nafas lega la kak..hehehe

=)

Yanti Arshad said...

setuju... kerja itu satu ibadah asalkan ia tak melibatkan perkara2 mungkar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails