Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, February 28, 2010

Entah lah! macam makin tak faham pulak.

Entahlah! jiwa saya kadang-kadang jadi kacau. Tak guna kalau saya seorang je yang macam bersedia tapi orang belah sana tak bersedia. Maksud saya, bersedia bukan setakat fizikal sahaja tapi banyak aspek yang perlu difikirkan supaya sama-sama boleh melayari arus dengan tenang. Dari segi rohani dan jasmani itu sudah perlu! Memang perlu! yang saya mahukan supaya sama-sama matang untuk berfikir ke arah akan datang.

Saya jadi keliru bila :

1) Bila saya sibuk bekerja dan balik pulang malam tak jumpa matahari, ada yang memerli saya dan cakap itu dan ini. Kalau bagi support takpe lah jugak tapi ini nada macam memerli. Saya akan terus down sangat2. Semangat untuk menuntut ilmu dalam bidang kerjaya macam runtuh gila2. Sungguh saya tak suka bila macam tu.Eh, saya bukan buat kerja tak halal la...saya buat atas dasar itu tanggungjawab saya yang perlu menyiapkan kerja itu segera,

2) Saya tak suka bila saya berbicara tentang future, macam main-main je.Apa ingat saya ni apa ye..Alahai...

3) Saya tak suka nak pujuk-pujuk bila time saya busy ni...rasa macam takde kerja lain pulak.boleh tahu kan macam mana saya...

Ok, saya dah bersedia..saya ulang lagi,,saya dah bersedia,,tapi kalau saya seorang je yang bersedia..macam tak guna la jugakkan. Belajar bagaimana nak jadi seorang yang fleksible di mana-mana adalah yang terbaik. Kalau ikut kepala angin sendiri..angin pun malu nak singgah sipi-sipi kat kita. Jangan ikut amarah sangat. Kalau dah biasa, sampai tua dan ke anak cucu akan kekal macam tu. Tolong lah!

Kalau saya ada kekurangan, tolong tampung dengan kelebihan yang awak ada. Dan begitulah sebaliknya..Hidup perlu saling lengkap melengkapi. Bukan atas dasar nak puaskan hati satu pihak sahaja.

Mungkin juga saya yang semakin entah apa2 sampai fikir macam ni. Saya pun salah dalam hal ini.

Wednesday, February 17, 2010

Lambat lebih sehari dari seminggu bukan bererti aku lupa dan tidak sayang

Lebih sehari dari seminggu. Bukan aku lupa Cuma kekangan masa yang tak mengizinkan aku.

Kepada abang,

Selamat hari tua, selamat kerja di tempat baru, selamat bekerjasama dengan kakitangan baru dan selamat pindah rumah baru. Moga sentiasa diberkati Allah hendaknya. Bukan aku sengaja untuk melewatkan ucapan ini. Lewat ucap bukan bermakna aku lupa atau tidak sayang kamu.

Ramai yang kata muka abang aku persis Rosyam Nor tapi bagi aku Rosyam Nor yang persis abang aku. Kalau muka abang aku iras Rosyam Nor, sudah pasti adik dia 2 kali ganda kehensemannya. Hahaha.

Ucapan ini khas untuk abang aku, Moga usia seiring dengan taqwa dan amal ibadah kepada Allah. Jangan lupa peruntukan untuk adikmu yang nak kahwin tahun depan ni.hahaha…

Moga Allah lipat gandakan rezeki kamu bang! Amin

Thursday, February 11, 2010

Erti Di sebalik Kesetiaan

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…

Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Pilihan adalah di tangan anda…

Ya! pilihan di tangan kita sendiri.

#terima kasih kepada sahabat yang mnegirimkan email ini..sekadar ingin berkongsi dengan semua..

Friday, February 05, 2010

Sukar buat pilihan

Hidup ini kadang-kadang sukar buat pilihan. Yang jauh sentiasa dekat di hati. Yang di depan mata terus menanti tapi aku sendiri tak pasti. Entah! Memang begitu sukar sekali.

Kalau pilih dua-dua, nampak sangat aku tamak. tapi kalau betul aku pilih kedua-duanya berperang kah mereka nanti? =)

Yang pasti aku lelaki biasa yang hidupnya juga biasa-biasa saja. Kalau mereka adalah perempuan biasa yang mempunyai kehidupan "luar biasa", aku pasti aku akan menjauhi perempuan sebegitu. Itu yang pasti!. Yang pasti juga mesti mencintai keluarga aku duulu, baru boleh mencintai aku..hahaha.. ya! memang itu yang aku cari. Perempuan yang boleh menyayangi emak sepertimana dia menyayangi aku. Kalau ada perempuan sebegitu, baru tidak susah untuk aku buat pilihan.

Tuesday, February 02, 2010

Duit Gaji

Sejak kebelakangan ni, saya macam takde mood. Mood saya macam diragut-ragut oleh peragut yang sentiasa suka menyibuk.Entah! kadang-kadang tak paham juga la. Tapi saya cuba nak pahamkan jugak. Cuma yang dapat saya simpulkan, memang susah nak jaga hati semua orang. Hati kita, takde siapa nak jaga.Eh, tak perlu nak jaga hati saya, yang penting, kena ada sikap saling hormati. Itu lebih utama. Hati sendiri, jaga sendiri sebab kalau tak jaga hati sendiri, susahlah kan sebabnya semua kejahatan dan kebaikan berpunca dari niat dalam hati.

Ok! saya dah cool sebenarnya. Mana boleh nak moody sentiasa. Hidup kalau nak sentiasa bahagia, kita kena wujudkan mood bahagia itu sendiri, barulah boleh bahagia!Dan saya happy dengan kerja dan suasana kerja saya. Banyak yang boleh saya belajar dari staf yang lain. Rasa belum puas lagi nak capture semua. Yang paling happy bila hujung bulan dapat gaji, pastu boleh kasi duit pada mak. Ya! itu yang paling puas bila saya dah boleh berbakti kepada emak. Cuma agak terkilan bila arwah bapak tak sempat nak merasa duit gaji.

Sekali lagi saya ulang, banyak yang saya belajar bila masuk alam kerjaya. Belajar nak urus diri, urus kerja, urus masa dan yang paling penting urus kewangan. Pasal kewangan mungkin berat lebih-lebih lagi orang yang baru bekerja macam saya. Yela, budak baru nak kerja, (ceh, perasan budak pulak si Aie ni...dah layak jadi bapak orang dah..) macam2 nak beli yang semuanya bergantung pada duit.

Kalau ikutkan nafsu, baru masuk gaji hujung bulan, awal bulan gaji dah habis. Itu yang berlaku pada saya mula-mula awal kerja lepas habis study diploma. Tapi bila dah habis study degree, saya ada kaedah sendiri untuk kawal kewangan saya. Terima kasih kepada emak saya yang bertindak sebagai penasihat kewangan saya. Love you so much mak. Antara beberapa tips yang emak saya kasi :

1) Baru kerja tak sampai setahun, jangan ada keinginan nak angkat kereta baru. Kalau ada niat, simpan dan tahan niat tu sebab kereta tu akan jadi besi buruk sebabnya nanti duit gaji habis ke kereta saja.T A P I kalau ada niat nak kahwin dan memang dah suka sama suka, kahwin dulu tapi pandai-pandai la manage financial pastu.

2) Dapat gaji, terus keluarkan sejumlah wang dan simpan dalam bank yang kita susah nak keluarkan. Contohnya, bank yang kita takde bank card tersebut.

3) Jangan ingat gaji adalah keperluan satu bulan tapi kena beringat, gaji adalah kegunaan untuk hari-hari yang mendatang juga.


#tips 1 tu paling saya suka, mak macam dah bagi green light.. yeahaaa.....

Kalau tak nak kasi luak gaji;

1) J A N G A N L U P A hulur sedikit sebanyak duit gaji kepada mak ayah. Kalau amalkan ni, InsyaAllah duit gaji kita tak rasa luak pun. Cubalah! jangan berkira sangat dengan kedua orang tua. Cuba fikir, dari kita lahir hingga dewasa, dah berapa juta emak dan ayah belanja untuk kita? tapi mereka tak pernah nak balas. Kalau kita bagi seluruh gaji kita pun belum tentu kita boleh balas pengorbanan mereka. Selagi mereka ada, tak rugi kalau kita hulurkan sedikit gaji kita. Mereka tak pinta pun sebenarnya tapi sebagai anak, kita kena ingat mereka.

2) B E R J I M A T. Maksud berjimat di sini bukanlah pelokek tapi berjumat yang mendatangkan banyak kebaikan. Dalam seminggu, rasanya dah boleh tolak duit makan minum lapan hari kalau kita amalkan puasa sunat Isnin Khamis. Bukan setakat dapat pahala malah boleh kuruskan badan dan juga duit makan minum untuk tempoh hari tersebut kita boleh gunakan untuk yang lain.

3) Tak salah kalau ada lebih gaji, kita S E D E K A H kat tabung masjid atau belanja kawan-kawan. Ni pun kalau diamalkan, rasa macam tak luak pun duit. Cubalah! sedikit kita hulur, mencurah-curah rezeki kita satu hari nanti.

Bukan susah pun nak manage duit kan. Yang penting, kita gunakan untuk perkara kebaikan. Tak perlu nak mengeluh gaji tak cukup ke apa. Kalau gaji 6k pun tapi kita tak gunakan pada jalan yang betul pun pasti rasa tak cukup. Yang penting dalam diri kena ada satu sikap sentiasa beringat.

Tetiba rasa macam pakar motivasi pula. Ceh... cuma kadang-kadang saya jenis tak beringat jugak sebab tu sampai bila-bila saya perlukan mak menjadi penasihat kewangan peribadi saya.=)

Monday, February 01, 2010

[ Hari ke 365 ] Kami yakin arwah bapa tenang di sana

Genap setahun ayah meninggalkan kami. Al-fatihah.

Kami yakin dikau pasti aman di sana. Amin.

Moga ada kekuatan untuk kami. InsyaAllah.

Bapak, kami rindu sangat-sangat padamu.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails