Thursday, February 11, 2010

Erti Di sebalik Kesetiaan

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…

Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Pilihan adalah di tangan anda…

Ya! pilihan di tangan kita sendiri.

#terima kasih kepada sahabat yang mnegirimkan email ini..sekadar ingin berkongsi dengan semua..

7 comments:

Gadis H said...

Bagus juga email ni... at least dpt meredakan kegelisahan hati seseorang yang memikirkan kecurangan kekasih hati...n, bleh bg kesedaran kat org yang sentiase mungkar janji.

sharamli said...

0k..lepas ni diamkan diri kal0 kesetiaan kita dikhianati.. :(

rimieilya said...

sakit bila dicurangi apabila kita setia..manusia tak pernah sempurna.hidup kalau tak diuji, bukan kehidupan namanya..perlu sentiasa redha dengan takdir Allah.yakin dengan ketentuanNya..

ah tok said...

terdapat kesilapan dalam ejaan tanggungjawab

AiE bAhRi said...

Gadis H,
apa yg ada kita kongsi bersama...moga2 saling mempercayai antara satu sama lain

Sha,
jgn diamkan diri langsung tapi kita selesai dengan cara yang paling terbaik.

rimieilya,
Ya, redha adalah jalan terbaik.

Bro ah tok,
bagus! Memang anda pegawai yg sgt teliti. tahniah!=) byk lagi typing error..hehehe

Ivy Metaga said...

hurmm..suka enrty ni tapi kan dalam realiti ni bnyk juga laki ato ppuan yg baik terkena pula dgn ppuan ato laki yg tak baik..hurmmm...macam mana lah tu..

AtieAbid said...

yakan..terpikir mcm yg Ivy Metaga pikir jugak.. mungkin itu bukan jodoh kekal tak..?? ehmm...apa atieabid melalut nie.huhu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails