Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, June 22, 2009

Ada caranya..tegurlah baik-baik..

Salam untuk semua yang saya kasihi.

Saya straight to the point..Tidak semua orang suka dikritik, dan begitu juga tidak semua orang pandai mengkritik.Mengkritik sememangnya mudah, apatah lagi kesalahan orang tersebut berlaku di depan matanya. Cuba kalau dirinya berada di tempat yang sama, sudah tentu dia melompat. Justeru itu, meminta diri untuk dikritik adalah memerlukan kekuatan yang luar biasa dan kita seharusnya bersedia.Yang sebaik-baiknya adalah mengkaji kesilapan diri sendiri, itu pun kalau mampu nampak (biasanya jarang nampak,kan?). Setelah mengenal pasti sifat jelik yang terdapat pada diri kita, maka binalah azam untuk berubah. Tetapi sering sahaja orang sekeliling kita mengkritik seseorang atas dasar untuk menjatuhkan seseorang. Kritikan memang diperlukan untuk meningkatkan lagi prestasi dan mutu kita tetapi kalau mengkritik dengan kata-kata yang cukup menyakitkan hati, siapa yang tak marah. Sekali lagi, kritikan itu perlu tapi biarlah ianya membina,bukan untuk menjatuhkan! Nak tegur kena la ada caranya beb!

Untuk Addy, pedulikan kritikan yang sungguh tak bermoral itu, yang penting aku suka penulisan kamu. Teruskan!

notakakikukumalu : 'Wahai orang yang beriman Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan ke’aiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,)maka amatlah buruknya sebutan nama fasik(kepada seseorang) sesudah ia beriman,Dan(ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim.' (Surah al-Hujurat:11)

22 comments:

AniS GalaXy said...

cara nk dikritik
dan cara utk menerima kritikan mmg berbeza.
apa yg penting diri sendiri perlu betul baru blh nasihatkan org lain...

ALoNa CintamaniszLite said...

Kritikan ngan kutukan lain kan AiE?

addyaholix said...

aku pernah dikritik. dan aku anggap itu antara sesi pembelajaran. aku langsung tiada masalah kalaupun dikritik. itu tandanya ada yang ambil peduli. dan aku syukur. tapi bila kritikan itu seolah menghina dan mencaci, itu yang buat aku sedikit emosi. tapi biarlah. itu hak dia untuk bersuara. walaupun aku rasa dia mencabuli haknya sendiri. dan aku akan selalu anggap kritikan itu dorongan untuk aku terus bangun.

terima kasih aie. terima kasih kerana terus memberi semangat!

Nana said...

kritikan yg baik boleh membina tapi kritikan yg buruk boleh menjatuhkan..

♛ Kerani Sekolah ♛ said...

ye..dikritik tu perlu..
sebab org sekeliling yg nampak & tau diri kite macam mane..kite tak kan tau perangai kite macam mane melainkan kalo org yg cakap..

Unknown said...

kita dikritik...
kenapa.
kajian menyatakan : fitrah manusia tak suka orang yg berjaya.
jadi hati2 menjadi orang berjaya.
sebab ada orang yg akan menkrtik berasaskan perasaan :
CEMBURU
JAHIL......

kerana itu : nak jadi orang hebat kerana ada filter dan bersedia untuk berhadapan dengan kritikan......sebab orang kita tidak pandai menkritik....

kita fikir2kan


saya suka dengan lagu tu.....

unknown said...

kritik utk kebaikan ok la

kalu kritik utk memalukan baik x yah nk kritik..tu dah di namakan kutuk

Sitie BUm BUm said...

kritik bleh buat kite maju kalo kite amik positif ar. tp mmg btol.. nk kritik pon kena berhemah.. =)

Keri AlHaj said...

selalunya bila saya lakukan sesuatu perkara - urusan kritik mengkritik ni saya serahkan kepada rakan-rakan saya yang terdekat. Kemudian saya akan terima kalau keritikan mereka bernas atau pedas... sebab memang saya dah kenal rakan-rakan saya. Pedas macamana pun, kalau sampai masuk bab mengutuk sekali pun - saya tahu mereka mahukan saya lakukan hanya yg terbaik... Begitu juga dgn saya... bila mengkritik rakan-rakan terdekat, saya pakai lepas je apa pun yg saya nak kata... tapi bila mengkritik org2 yg tak rapat saya akan berhati-hatilah memilih perkataan... begitu jugak kalau diorg kritk saya, saya dengar tapi tak simpan macam angin lalu je.. melainkan kalau saya rasa mereka2 tu ikhlas nak menegur.

tak salah mengkritik... tapi ikut kewajaranlah. jgn melibatkan rasa cemburu atau marah, rasa dendam atau benci... kritik seikhlasnya...

kepada Addy, saya jugak terus menyokong addy... jgn pedulikan pendengki tersebut...

ASYIQ said...

Orang suka mengkritik ni perlu ada dalam masyarakat kita.

Sebab??? Bukan senang nak cari orang yang bersusah payah memikirkan keburukan kita sepanjang masa. Dari situ kita tahu di mana kesilapan kita...kita kan manusia biasa...mana pernah sempurna. Dari situ kita akan berusaha memperbaiki diri...kan positif tu....

Cuma nak menerimanya sahaja agak pedih skit sbb kita pun susah nak memecahkan benteng ego yang ada pada kita....itulah
realitinya.

Nak cari orang memuji memang senang....berlambak di pasaran.

Ayat di atas akak petik dari salah satu slot motivasi pagi oleh Dr Fadzilah Kamsah di TV3.

Abg Din said...

Kadang-kadang orang yg mengkritik pun tak tahu apa yg dikritik.

TE-ARE |MOND|™ said...

stuju aie... kritikan itu perlu tp ianya perlu disampaikan dgn berhemah... org yg menerima kritikan pun perlu admit kesilapan/kesalahan yg dilakukan (jika ianya benar)... apa salahnya, muhasabah diri coz org yg melihat lebih tahu compared to diri sendiri... btw, bkn semua org blh terima kritikan... org yg mengkritik pun perlulah mmengkritik dgn fakta yg bernas & sahih

GRuNGe said...

Wah, jangan pedulikan kritikan orang. Orang suka mengkritik. Lebih2 orang yang tak kenal. Mereka berani kritik, atas dasar bacul, sebab org tak kenal. Kalau kawan kritik (atau komen dan tegur), mungkin kita perlu beri sedikit perhatian. Kerana mereka mengenali kita.

:: Wiween :: said...

sokong habis apa aie ckp! ;)

Adry said...

saya sokong pendapat kamu... nak kritik orang lelebih... kena la nilai diri sendiri dulu...

Adry @ http://www.adrysabry.com

Tirana said...

Mengkritik ada seninya jadi belajarlah seni mengkritik sebelum cuba mengkritik orang lain..

Nine said...

kritikan membina ok..
ataupun komen yg membina..

jangan kritik untuk menjatuhkan sesorang dah la..

:]]

AiE bAhRi said...

Cik AniS GalaXy,
ya cik anis, diri sendiri kena betul tapi kalau niat kita baik untuk mengkritik sebagai satu teguran membina, itu lagi bagus dr tak tegur apa2.

CINTAMANISZ Lite,
Ya.lain kak.Tapi ada juga kritikan itu yang mengutuk.

addyaholix,
Bro, semua orang pernah dikritik. sesiapa yang tak pernah dikritik maksudnya dia adalah manusia yang paling rugi sekali sebabnya tiada yang mengambil peduli.Tapi kritik itu perlu ada caranya,right? Bukan hanya melempar ludah dan terus sembunyi diri mcm yg sesetengah mereka lakukan. Teruskan berkarya.Aku sayang blog kamu.**cewah...

MISZ NaNa,
Betul,Betul,Betul...

DuRiAn rUnTuH,
Tapi bagaimana orang yang tak mengenal kita yang mengkritik kita dengan menggunakan bahasa yang tak sepaptutnya?

jinggo,
Saya sokong yang bro katakan. Jom sama2 kita fikirkan..

saya juga suka lagu ini.hehehe..Terima kasih menziarahi saya..

AiE bAhRi said...

KhairiL's,
Betul!sya sokong kamu!!

[S]itie [B]Um [B]Um,
tapi orang kita selalu kritik dengan cara yang amat kasar.

chimera,
Abg Chime, Saya juga sebegitu abg chime tapi saya lagi selesa jika family yang mengkritik terlebih dahulu kemudian kawan2 rapat saya.Walaupun pedas tapi tetap boleh terima sebabnya untuk kebaikan sendiri.Tapi ada juga orang sekeliling kita mengkritik atas dasar cemburu, sakit hati atau marah.Itu yang tak seronok.

Addy..see!ramai yang masih meyokong kamu!Hidup addy!!

ASYIQ,
Kak, sokong apa yang akak cakap tu.TQ

Abg Din,
Tapi orang kita ramai yang tahu apa yang mereka kritikkan.Kadang2 sampai boleh mengguris perasaan orang lain.

TE-ARE |DIAMOND|™,
Saya juga setuju dengan Te-are.Thanks.

AiE bAhRi said...

GRuNGe,
Betul bang,jangan peduli kritikan orang tapi perlu juga diambil perhatian kritikan mereka itu.

:: Cikgu Wiween ::,
Kak ween,janga sokong je tau.Kenalah kritik juga apa yang saya katakan tu.;P

Adry,
Terima kasih bro.Nanti saya singgah ke blog kamu.

Tirana,
ilmu untuk mengkritik pun kena belajar kan kak?mana boleh main hentam je nak kritik orang lain..kan?

Nine,
Betul! Salam ziarah dari saya..

I-sya said...

salam aie.

kritik itu wajar tp biarlah beralas terutama pd org kita x kenal. bagaimana pula kalo diri sendiri diaibkan dalam blog org lain? cerita khas utk diri sdiri di blog org lain dlm beberapa entry? bagaimana rs hati? lebih parahkah bila dikritik dgn kata-kata kesat yg org lain x nmpk?

buat addy: kamu perlu lebih bersedia dgn perkara-perkara sampah begini. mereka x faham tentang rasa!

I-sya said...

aie... plsss delete comment sy kat atas tuh. plsss yer!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails