Selesai saya scan no pendaftaran pelajar dan mengambil no giliran, saya menunggu untuk menanti giliran saya diperiksa.
1051-bilik 1- tertera nama doktor yang bakal merawat saya.Dr.Hanan.
Saya mengetuk pintu dan tombol dipusing.
"Assalamualaikum Dr". Sapa saya.
"Waalaikumsalam. Duduk. Sakit apa Saiful?"
"Dr, dada saya kerap sakit. Sejak seminggu ni semakin kuat dada saya berdegup. Bulan 4 yang lepas saya ada buat pemeriksaan di sini dengan Dr. Latifah, tapi Dr. kata jantung ok, darah ok n urine pun ok. Tapi ni sakit lagi.. "adu saya dengan panjangnya tanpa ditanya oleh Dr. Hanan.
"Ish..ni bahaya ni kalau dada sakit.Biar saya check dulu..Jantung awak sihat ni. Sekejap ye Saiful..saya check bahagian lain.Sakitnya macam mana?"
Saya jelaskan keadaan saya bila sakit di bahagian dada tu datang...Dr. Hanan dengar dengan tekun.
"Ok, awak baring jap..saya nak periksa. Erm..ni ada MASALAH KAT BAHAGIAN INJAP ni..Dari sejak kecil lagi dah ada masalah ni.."
Ya Allah, saya cuba tenangkan diri saya. Cuba positifkan apa yang doktor nyatakan.Tapi tiba2 satu pertanyaan terpacul dari mulut saya. "Dr, risiko tak?"
"Saiful,apa juga perkara yang kita lakukan ada risikonya kan?Jangan difikir sangat tentang risiko itu.Jangan bimbang. Cuma sebagai hamba Allah, kita jalankan apa yang disuruh. Kata-kata Dr. cuba untuk menguatkan dalaman saya."
Saya bagi awak ubat ni, makan dan jumpa saya semula pada hari Sabtu pagi.Jangan fikir sangat nanti kalau stress lagi tertekan.
Saya memandu balik dengan bermacam2 persoalan. Saya fikir, jika masalah injap saya ada sejak kecil kenapa bila saya menjalankan x-tray beberapa kali sejak masuk di asrama tingkatan 1 hingga sekarang, doktor menyatakan saya sihat dan normal? Saya buang jauh2 persoalan itu supaya tiada beban di kepala.
Singgah ke kedai runcit.Saya membeli quacker oat. Walaupun Dr. kata jantung saya sihat, tapi saya cuba nak amalkan makan quacker oat supaya bahagian2 lain juga sihat.
Lepas makan tengahari, saya terus mengambil ubat seperti yang doktor sarankan mengikut waktu yang ditetapkan.
Alhamdulillah,Allah memberi saya nikmat sihat sedikit. Saya dah rasa perubahan sikit di bahagian dada saya. Tak kerap sakit seperti selalunya.
************************************************
Hari ini, Sabtu pagi, saya pergi ke klinik untuk janji temu seperti yang Dr. Hanan sarankan. Seperti biasa saya menunggu dan saya nampak Dr. Hanan keluar dari biliknya.
"Assalamualaikum Dr. Saya dah ambil nombor giliran tapi kalau saya dapat Dr. lain yang buat pemeriksaan saya, macamana?" Macam budak-budak pulak saya mengadu pada Dr. sebegitu.
"Ok, 5 minit lagi saya masuk awak bilik, Saiful ikut saya masuk ke bilik."
5 minit kemudian, saya mengekori Dr. Hanan dari belakang. Saya jadi serba salah sebab tak mengikut giliran.
"Macamana kesihatan?Sakit lagi tak bahagian dada?"tanya Dr. Hanan.
"Alhamdulillah Dr. Nampaknya ada kurang sikit. Tapi saya tetap risau la Dr."
Dr Hanan sengih..."Jangan risau, saya suruh awak datang ni sebab saya nak scan la..Ubat dah abis belum?Kalau dah abis, saya bagi lagi.."
"Belum Doktor.."
Selesai Dr. scan pada bahagian yang sakit, saya bergegas balik dan naik semester baru nanti, klinik adalah destinasi rutin saya untuk saya berjumpa Dr. Hanan lagi.
Terima kasih Dr. atas layanan yang cukup baik kepada saya. Saya memang sebegini.Kalut bila mendengar sesuatu berita.Mudah-mudahan saya tiada apa-apa dan sihat untuk menjalankan sebarang aktiviti.
Saya perlu tabah dan kuat! Terima kasih kawan2 yang mendoakan saya. Inilah dugaan. Bila-bila sahaja Allah boleh datangkan kesakitan tanpa amaran.
Lewat petang ini, saya perlu ke Kuala Lumpur bersama keluarga tercinta atas satu urusan.
Sabda junjungan nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
“Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)
27 comments:
Akak doakan Aie dikurniakan kesihatan yang baik, insyaallah...
ayie, sabar banyak banyak.. kemudian, jgn tinggal ubat dan teruskan berdoa.. ini semua cabaran dan dugaan..
layan je sambil dengar lagu love story..
aie.. terus tabah ya. sakit itu perlu agar kita sedar nikmat sihat. kan?
jgn skip makan ubat, oke? ^^
p.s: Dr.Hanan? PK @ UTM ke?
Aie..
Tenangkan hati...insyaAllah setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Mudah-mudahan Aie tak hadapi apa2 yang serius.
get well soon~
mudah2han ko cepat sembuh ok..
moge2 aie sentiasa diberi kesihatan yg baik... jgn lupe pesanan dr & take care of urself...
Akak dulu pn pernah mengalami situasi yg sama setelah berat badan mendadak turun 9 kilo dlm tempoh sebulan lebih, tak ada selera makan, jantung kerap berdegup dan tangan mengeletar.
Setelah jalani ujian rupanya akak kena tiroid....sebulan slps ambil ubat...alhamdulillah semakin beransur pulih dan sihat sepenuhnya stlh dua thn under treatment dr pakar.
Mmg kita akan tertekan...tapi yakinlah setiap penyakit mesti ada ubatnya...dan Allah tidak jadikn sesuatu penyakit kecuali untuk menghapuskan dosa kita....
Tabah, usaha,redha, doa,ikhtiar, tawakkal...itu sj yg mampu kita lakukn sebagai hamba.
Akak doakan aie sejahtera selalu...insyaAllah.
salam aie..
think positif..kalau dah tahu resultnya redha.. setiap ape yg berlaku ada hikmah disebaliknya.. kuatkan semangat.. setiap sakit ada ubatnya.. aie kena tabah dan kuat.. kan aie nak jaga mak..
ALLAH takkan memberi hambanya jika kite xmampu menanggungnye
harap cepat sembuh
jgn lupe slalu doa pada ALLAH
n_n
Salam Aie,
Moga kesihatan akan bertambah baik, insyaallah! jangan lupa makan ubat!
injap berkaitan jantung kan?
huhuhu
semoga sembuh
itu dugaan untuk kau aie. dan aku akan selalu doa kau cepat sembuh.
da.
sakit itu juga nikmat. nikmat merasa sakit. bila kau mampu hadapi, kau mampu lepas salah satu antara jutaan dugaan dari Dia. moga kau cepat sembuh kawan!
salam..
akak doakan aie smakin sihat n btambah baik..amin..
rajin2 mkn ubat tau..
semoga kita sama-sama bertambah sihat insyaAllah
moge sembuh la dari penyakit tu..
meriah blog..hehehe..
semoga cepat sembuh dari penyakit itu. ingat allah banyak-nbanyak ok!
moga aie xde pape ek...
jangan lupa makan ubat..
rehat biar cukup..
salam aie..
Moga aie cepat sembuh dan takde apa2 yg serius.
kekadang Allah bg kita kesakitan sbb kasih sayangNya pd kita ^^.
smoga cept sembuh....
setiap dugaan ad balasannye...
sabr ye...
Semoga Aie tak apa2..sumunie doakan kesembuhan aie dari sahabat alam maya namun doa ini ikhlas.
semoga cepat sembuh dik.....
Be strong~!
aie...kak ween doa moga aie cepat sihat. InsyaAllah xde apa2. gajin mkn ubat yer dik :)
moga cepat sembuh..
rajin2 makan ubat k!
jgn mengeluh, ttp bersyukurlah... umat terdahulu menangis apabila mereka sihat sahaja, kerana, sesungguhnya allah mengingati mereka yang sakit. perhatikan, diri menjadi lebih dekat pada-Nya, alhamdulillah
Post a Comment