Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 19, 2009

Say your prayer before sleeping

3.30 pagi, -Pagi yang terlalu awal bagi saya untuk bangun. Tetapi kesukaran untuk bernafas diselangseli dengan batuk sehingga sakit di dada menyebabkan saya tidak lena untuk dibuai mimpi yang indah-indah.

Hajat di hati mahu menyiapkan tesis yang hampir tertangguh tetapi kesukaran saya untuk berfikir pada waktu itu disebabkan keadaan saya yang sukar bernafas menyebabkan hajat saya tertangguh….

Fikiran saya terganggu..cuba mengingati hari semalam..

Astaghfirullah!! semalam saya tidur tanpa saya sedari. Maksudnya tidur tanpa persediaan. Tanpa membaca doa dan ayat kursi.

Fikiran saya mula melayang lagi..mula mengingati segala pesanan arwah bapa sejak kecil lagi..

Bapak selalu berpesan..jika ingin tidur, kita perlulah menggosok gigi dan berwuduk..Apabila hendak masuk tidur, hendaklah berazam dalam hati dengan niat dan berdoa untuk bangun menunaikan ibadat solat tahajud dan witir juga ibadah selainnya.. selain itu kita hendaklah memaafkan kesalah orang lain. Itu pesanan yang lazim bapa berikan. Dan hari ini saya gagal laksanakan. Terus tidur tanpa persediaan.

Hari ini saya perlu hadiahkan untuk bapa sebagai bekalan di sana. Betul-betul saya rindu belaian darinya.Semoga dikau aman di sana.

notakakikukumalu: Tidur juga merupakan sebahagian ibadah jika kita mengamalkan apa yang diajar Rasulullah dan jangan lupa juga mengirimkan doa untuk orang-orang yang telah tidur buat selama-lamanya.

12 comments:

Tirana said...

Aie...

Kak Tirana selalu bangun around that time(3.00 - 3.30 am) tapi hari ni terlambat(5.00am). Sebab itu kita digalakkan sentiasa berwuduk sebab kalau tertidur pun bermakna kita dah siap ada wuduk.

Aie said...

gua selalu berniat nak baca doa tidor sebelum tidur.

tapi selalunya tersedar bila dah pagi..haisy..

Mrs Nurul said...

bangun2 siapkan tesis!

unknown said...

sblum nk tido mntk doa yg baik2

ALoNa CintamaniszLite said...

Tido kena cukup. Tido lena leh..tapi jgn 'tido mati'. Susah spesis cenggini.

anilrah said...

npe btuk2 dan ssk nafas. g cek ok. sebelum tdo plan ap yang nak dibuat. then bace doa. insya allah.

Anonymous said...

alhamdulillah, mampu menyentuh setangkai hati, semoga awak di bawah rahmat-Nya

Nana said...

betol2 macam yg mama saya selalu pesan juga...

King Of Single said...

semoga arwah bapa aie d tmpatkan d kalangan para solehah & mukminin..insyaALLAH ;)

eh aie amek tesis ape?kos ape...eh study kat mane...haha

jgn lupe follow me back ya

n_n

c_fu^^ said...

salam..
mg cpt sembuh yer...aminn
hope dpt siapkan tesis tu..=)
info yg baik sblm tdo tu..
teruskn berkarya dik!

haruan tasek said...

inilah di katakan power of repetation dari ayah awak. amin.

Kapten Luffy said...

amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails