Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 19, 2009

Sudah Bersediakah Kita?


Hari Jumaat. Merupakan sayyidul ayyam iaitu penghulu segala hari. Sudah menjadi kewajipan kepada semua kaum lelaki Muslim untuk menunaikan solat jumaat di masjid. Bukan setakat pergi menunaikan sahaja tetapi menjadi kewajipan juga untuk pergi mendengar khutbah kerana menunaikan solat jumaat sahaja tanpa mendengar khutbah dikira tidak sempurna solat jumaat itu.

Suka saya ingin berkongsi isi kandungan khutbah hari ini. Tajuknya menarik iaitu PERANAN KETUA KELUARGA. Semestinya tajuk ini khusus untuk kaum lelaki yang sememangnya telah dan akan memikul tanggungjawab ini.

Salah satu isi kandungannya ialah anak-anak adalah ibarat kain putih. Ibu bapa yang mencorakkan anak samada untuk menjadi muslim, nasrani, yahudi dan majusi. Sungguh besar peranan ibu bapa! Selain itu, khatib mengingatkan muda mudi remaja dengan persoalan sudah bersediakah kita untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa suatu hari nanti sedangkan kita sendiri menghabiskan masa muda kita dengan perkara tidak berfaedah kerana zuriat kita juga akan mengikut perangai kita juga apabila mereka dewasa kelak.

Peringatan untuk diri sendiri...sering mengidamkan untuk mendapat anak-anak yang soleh kelak nanti tetapi sering melakukan perkara-perkara yang lagho. Ya Allah! Sudah bersediakah saya untuk memikul tanggungjawab ini kelak. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

Anak-anak saudara yang sentiasa dekat dengan saya merupakan "anak segera" saya yang saya boleh belajar banyak perkara daripada mereka.

Ayah umpama malam, ibu pula purnamanya dan berbintangnya ialah anak. Saya juga pernah terbaca.."Disebabkan anak, Allah terus menerus mencurahkan pahala dan melipatgandakan ganjaran, kerana anak-anak juga, banyak dosa kita yang diampunkan Allah. Oleh itu, sayangilah kanak-kanak walaupun ianya hanya anak saudara kerana dia juga merupakan sebahagian dari darah kita juga.

25 comments:

c_fu^^ said...

..Give to the world the BEST u have and the best will come back to you..InsyaAllah...

Unknown said...

children see, children do.

taip perkataan kat atas kat youtube.
ada advertisement best pasal bende tuh..

AtieAbid said...

atie pun sayang anak2 segera atie..hehehe...

haruan tasek said...

anak adalah amanah.... jagalah ia sebaiknya

CikYana(",) said...

seronok la aie ade anak sedara

yana ni anak sedara xde2 lg nie

adeh..

pape pun

yana tau..aie akan jd ayah yg baik

insyaALLAH..amin :)

Idayu said...

bagusla prepare awal2.bkn senang nk jd parent yg terbaik utk ank2.
Akk pun still belajar..^^

ellieandcarl'sstories said...

ahahah....bagoss..dpt lagihh satu perkataan baru..anak segera erk...btol...maklum le tak de anak kan..:)

Keri AlHaj said...

rasanya soal bersedia atau tak kita tak akan tahu melainkan selepas kita benar2 beregalar bapa... tapi, sebarang persiapan yg perlu memang kena adalah.
kalau pun tak khatam Quran, memadailah kita dah hafaz Fatihah dgn surah2 lazim... sebab itu yg kita kena baca masa nak imamkan keluarga kita (kalau Fatihah pun tak hafaz - kasi hempuk je kepala dgn rehal 10 kali)...

kita adalah gambaran kepada apa yg bakal kita perolehi nanti... kalau kita jenis baik, taat cakap mak ayah.. taat suruhan Allah, InsyaAllah anak-anak kita nanti mcm tu jugak... begitu jugalah sebaliknya...

rossees said...

sy pun sangat sayang kat anak2 saudara sy!

Bardboo said...

=)
thanks sbb sudi kongsi khutbah nie..

TE-ARE |MOND|™ said...

te-are pun very close dgn anak buah yg 3 org tue... btw, thnx share ilmu... ;)

Maiyah said...

Anak adalah anugerah yang sangat berharga.. nanti kalau dah ada anak sendiri akan dapat merasa kelainannya

AiE bAhRi said...

c_fu^^.
InsyaAllah kak.

sHaH,
ok..Saya dah tgk.Memang best!

AtieAbid,
bagus atie ni.jadilah auntie yg penyayang.

haruan tasek.
Betul tu.Anak adalah amanah Allah.

Cik Yana(",),
Anak sedara saya dah 8 orang yana..
diz year keluar lagi dua..

mudah2an jadio ayah yang baik.InsyaAllah.

Idayu,
Betul kak.Bukan perkara yang senang.

AiE bAhRi said...

ticnube,
tu perkataan lama la...

Abg Chime,
Bukan selepas abg chime tapi sebelum ni pun kita kena bersedia.Kalau selepas bermaksud kita mmg dah betul kena pikul tanggungjawab tu.

Miss Bee,
bagus!!

bEEdLE d' bARd,
u'welcome.Apa yang berguna kita kongsi bersama.

Te-are,
itu yang penting.close dengan kanak juga merupakan terapi bagi saya. Sama2.

Maiyah,
Betul kak.Anak adalah anugerah.Harap2 dapat merasai kelainan yang diberkati.

CikYana(",) said...

mak aihh ramainye anak sedara
hihi
mst dorg comei2 kan

dir&fara said...

kalau dah ade yg suke, kalau dah cukup semuanye, ape ditunggu2 lagi.. jgn tunggu lama2 nanti lama2 dia diambil orang.. ni peringatan utk aku jugak.. haahaa..

addyaholix said...

pengisian kau makin bagus kawan. tulisan kau makin berilmu. aku kagum. dan aku selalu cemburu. dalam usia muda kau mampu berfikir luar dari zon selesa.

terus menulis. dan aku akan selalu baca!

shay said...

selamat berhujung minggu...

AiE bAhRi said...

cik yana,
Belum cukup ramai bagi saya.Tapi yang penting bila mereka balik ke kampung,suasana jadi macam hari raya.

Dir,
Soal diambil orang atau tidak bukan 1 persoalan yang penting.Yang penting adalah persediaan untuk melangkah ke alam itu.Simpan rahsia aku elok2.ho mmg kena cepat la sbb dh kenal 8 tahun.

Addyaholix,
TQ bro.Penulisan ko pun bagus juga.Membuatkan aku selalu terfikir untuk menjadi seorang yang cukup puitis seperti ko.Pedulikan apa orang kata sebab blog kita, kita punya sukalah kan?haha

shay,
selamat berhujung minggu juga!

GRuNGe said...

Wah, kenal 8 tahun. Ni nak korek rahsia ni. Btw Aie, kamu semakin dekat dengan ikatan rumahtangga. Entry-entry kamu sejak akhir-akhir ni, banyak menjerumus ke arah itu. Nampak seperti kamu sudah bersedia. Cuma tunggu masa kamu selesai study dan mempunyai pekerjaan sahaja. :P

Maaf, semalam terlalu penat untuk berkunjung ke blog kamu.

ASYIQ said...

aie skrg sdg mencari mood utk menjadi seorang 'suami dan bapa' yang baik....mesti dah semakin bersedia ni...siapalah calon bertuah yang akan menyandang gelaran 'isteri aie...hihi.

AiE bAhRi said...

Bro GrunGe,
Korek rahsia dengan Dir sbb Dir yg dah kenal 8 tahun ngan ehem2 dia la bro.Bukan saya.Nampaknya macam gitu la bang tapi itu semua aturan Allah.yang penting semuanya diserahkan kepada Allah.Jika cepat, semoga saya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dan suami yang baik.

Kak Asyiq,
Semakin bersedia tidaklah tapi saya sedang mempelajari parenting skills..hehehe

notso_violet : seindah bunga seri pagi said...

wah untung sape yg akan jadi binik aie hohoh

Anonymous said...

Salam.
Awak, Harap2 awak akan jadi yang terbaik untuk anak-anak suatu hari nanti walaupun kita belum pasti masanya bila.Cuma persediaan yang telah dilakukan harap2 dapat diaplikasikan untuk kebaikan bersama.Maaf jika saya meninggalkan komen ini.

Anonymous said...

alhamdulillah, sekali lagi mampu menyentuh hati, dalam memikirkan tahap kesediaan diri sendiri, jangan dilupakan ayah kita yang telah berbakti, sentiasa doakan ibu dan ayah kerana itu mampu menjadi bekalan mereka, insya-Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails