Sunday, May 31, 2009

Mungkin saya tidak jakun lagi!

Menguruskan kerja-kerja harian pada hujung minggu bersama emak dan adik memang menyeronokkan. Apatah lagi bila ada sepupu yang datang bermalam untuk membantu. Terima kasih ita!

Habis menguruskan kerja-kerja rumah, anak saudara saya datang bersama mama dan ayahnya mengajak pergi ke Jom Heboh. Saya fikir, bila lagi hendak pergi dan belajar pergi ke tempat ini. Lagi pun saya mendapat maklumbalas dari entri ini daripada seorang yang di kenali sebagai bro haruan tasek. Katanya,

"pergi ke tempat macam tu bukan satu kesalahan. kata jangan jadi jakun. pergilah bukan untuk promot atau apa. sekadar pengetahuan awak. jadi bila adik kakak macik tanya ada apa kat jom heboh boleh le kita menjawab. bukan menjawab ikut suka mulut aja. itupun satu proses pembelajaran. ok."

Hari semalam, saya belajar ke sini membawa emak,adik, sepupu dan seorang anak saudara yang sibuk hendak ke Heboh-Heboh (anak saudara memanggil Jom Heboh dengan nama Heboh-Heboh) untuk membeli susu Dutch Lady. Kalau anak saudara hendak belajar ke sini, kenapa pakchu nya tak mengambil peluang juga untuk belajar ke sini juga supaya tidak menjadi jakun?



Untuk Amsyar Harith, maaf pakchu tak bawa kamu bersama sebabnya pakchu tak larat nak mendukung kamu. Tapi pakchu ada belikan sesuatu untuk Amsyar. Kepada emak, emak memang rock sebab mak pun sanggup berebut untuk dapatkan belon Ribena untuk cucu-cucu. Cayalah..

notakakikukumalu : Kita sering mahukan hari yang CERAH, tapi ALLAH lebih tahu hakikat HUJAN perlu diturunkan

15 comments:

Tirana said...

Biasanya nenek sayangkan cucu lebih dari sayang anak sendiri..Ini pengakuan ikhlas dari ibu kak tirana..hehehe..

p/s sedap lagu di blog Aie ni...

filanastasia said...

aie : alahai.. bagus nya kamu mau pergi.. akak plak, agak kurang gemar.. selalunya mesti perlu berasak-asak.. poning kepala deh.. hahahah...

pepe pun tahniah kerana berjaya menghilangkan rasa 'jakun'.. errr kamu panggil jakun kan?? akak hanya mengulangi kata-kata kamu.. huhuhu

AiE bAhRi said...

Kak Tirana,
Betul tu kak.Demi cucu, nenek sanggup korban apa saja. Terkejut gak tgk mak rebut belon free ribena tu.he8

tq kak..aie memang suka lagu ni..

Kak Finastasia,
Baru !st time g ni kak.Tu pun nk cuba rasa suasana macamna. Pening juga kepala tgk orang ramai tapi bila fikir anak saudara dah minta bawa ke sana, saya sanggup.

sekarang jakun tu dh takde la.Sebab dah tau.

Na Shari said...

Yahoo...aie dah tak jakun lagi...

Akak pun baru sekali gi jom heboh.tapi serik la rasanya...jalan jem, parking jauuuuhhhhhh...tmpat crowded.Oh, lemas!

AiE bAhRi said...

Kak Na,
Yeahaa..aie tak jakun!!

Tp smlam g Alhamdulillah dapat parking yg betul2 dekat ngn jom heboh.Aie pon serik gak nk g lagi kak..sebabnya lemas ngn ramai orang cam tu

KhairiL's said...

tahniah sbb dh kluar dr kepompong perkataan tu...

hujan ke kt sana masa tu

chimera said...

haha... saya tak fikir kalau tak mahu pergi ke tmpat mcm ni di kira jakun... saya juga tak pernah sekali pun lagi pergi jom heboh ni... soal jakun ke tak, tak timbul lah... Menag langsung tak suka bersesak-sesak berimas-rimas ni...

dulu TV3 buat sure heboh... lepas tu ada sorang mufti kluarkan fatwa, sure heboh boleh dikategorikan sebagai haram... (saya tak tahu nak komen - mereka lebih arif)... lepas tu TV3 tukar, sure heboh jadi jom heboh... heheheh... mungkin dianggap haram program ni hanya pd nama... apa-apalah...

bEEdLE d' bARd said...

bagusnye ek mak awak..untung sapa yg jadi cucu..hehe..

sy xsuka sgt pergi jom heboh sbb org terlalu ramai..nak berjalan pun susah..

cIk pEnNa said...

Hujan yang turun itu adalah hujan rahmat!

caya la mak kamu Aie..mmg rock!

;)

haruan tasek said...

cayok..cayok mesti dapat sesuatu pelajaran yang baru kan?

GRuNGe said...

Harap suatu hari nanti saya pun akan kehilangan jakun saya seperti anda. Walaupun jarak Jom Heboh di stadium Shah Alam cuma 15 minit dari rumah dan jalan kaki dari opis, tetap saya tak sanggup harung ombak manusia di sana.

asis said...

mendalam makna notakakikukumalu

Fly said...

salam,
nak pegi tapi sibuk ngan undangan kenduri kawin so x dapatlah nak gi, sob2

nuyuljana said...

hehe.

i got the ribena bag too.

:)

sharamli said...

asal xm0 dukung lak?tak0t leng0h...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails