Friday, September 11, 2009

Kenangan Ramadhan

Tanpa kita sedari, tinggal beberapa hari sahaja Ramadhan akan meninggalkan kita.Bulan yang penuh berkat ini belum tentu kita dapat nikmati dan rasai pada masa akan datang. Belum tentu juga kita dapat mencipta kenangan di bulan ini.Ya, bercerita mengenai kenangan di bulan Ramadhan, aku juga mempunyai kenangan. Kenangan yang membuatkan aku sebak sendirian bila mengingatinya.

Melalui Ramadhan kali ini membuatkan aku sebak. Tidak seperti Ramadhan yang lalu..kali ini kami sekeluarga menyambut Ramadhan tanpa seorang bapa tercinta untuk sama-sama menjalani kewajipan rukun yang ketiga ini.Sungguh! aku jadi pilu bila mengingatkan kenangan lalu..Kami bersahur, berbuka dan menjalankan solat terawih bersama.Aku terlalu rindukan kenangan itu bila mana aku membonceng motor bersama bapa untuk menunaikan solat terawih yang kadang kala diimamkan oleh golongan muda belasan tahun. Selesai terawih pasti bapak meluahkan perasaan bangga terhadap imam muda tersebut. Sekarang, aku menunaikan solat terawih hanya bersendirian. Kadang-kadang pergi bersama emak dan kadang-kadang aku membawa Hakimi.Sekurang-kurangnya si kecil itu sudah ada pendedahan awal di masjid.

Ketiadaan bapa membuatkan aku lebih tabah untuk menghadapi hari-hari mendatang. Ajaran bapa selama ini menjadi panduan untuk aku tempuhi sebagai seorang anak lelaki dalam keluarga dan juga sebagai ketua keluarga suatu hari nanti. Menjelang Ramadhan terakhir, aku masih ingat bagaimana bapa mengajarku untuk urusan membayar zakat. Kebiasaannya bapa tidak membayar zakat di masjid tetapi bapa lebih suka untuk mencari golongan fakr miskin dan zakat diberikan kepada mereka.

Menjelang Aidilfitri di akhir-akhir Ramadhan ini juga membuatkan aku teringat kenangan apabila bapa sendiri yang memotong rambutku supaya kelihatan segak di pagi raya. Semangat bapa menganyam ketupat setiap tahun untuk menjamu anak-anak yang pulang ke kampung juga masih kuingat.Apatah lagi senyum riang bapa apabila menyambut kepulangan cucu-cucunya pulang ke kampung.

Kenangan ketika usai menunaikan terawih bersama.Adik, arwah bapa, aku dan emak.

Sungguh! walaupun kenangan itu hanya tinggal kenangan, tapi aku yakin kenangan itulah yang membuatkan aku semakin kuat dan pandai berdikari untuk hari-hari yang mendatang.

Hari ini (malam tadi), seorang lagi bapa saudaraku pergi menyahut seruah Ilahi.Perginya takkan kembali lagi sepertimana perginya bapaku buat selama-lamanya dan pasti Aidilfitri tahun ini mencipta lagi satu kenangan yang sungguh memilukan. Sungguh sebak apabila melihat jenazah dimasukkan ke dalam lubang kubur yang pastinya kita juga akan ke sana. Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

Al-fatihah untuk arwah bapa dan pakcik dan mereka-mereka yang telah kembali ke rahmatullah.Seeloknya, Ramadhan terakhir ini kita perbanyakkan amal kerana belum pasti kita akan nikmati suasana Ramadhan pada masa akan datang...

Hanya berkongsi kenangan Ramadhan bersama kalian untuk memeriahkan blog seorang sahabat-Jard.com.

26 comments:

Jard The Great said...

ehehe... thanks... =)

AiE bAhRi said...

u're welcOme..lulus tak Jard?

en_me said...

alfatihahh..

Jard The Great said...

yep.. 11hb tutup... tp kan.....

ku nk memori ramadhan terkini.. ehehe..

CikYana(",) said...

al-fatihah

- jinggo - said...

sabar - dan kita sama diberkatiNya....

imHepPie said...

ermm..smoga rohnya dicucuri rahmat..amin

maiyah said...

salam adik, moga rohnya bersama org2 yg beriman Amin :)

sharamli said...

be str0ng aie....

chimera said...

salam aie...

semuanya tinggal kenangan kan... apa-apa pun kenangan tersebut sematkanlan disudut memori. setidak-tidaknya kita pernah rasa bahagia dgn kenangan tu... setidak2nya kenangan2 itulah memberi kita semangat juang untk melalui hari2 mendatang... Hari ni hari aie. esok-esok hari saya pulak... setiap org pasti akan lalui hari2 sedih dan sunyi. cuma bezanya, cepat atau lambat je...ntah2 esok saya pulak yg pergi dulu kannn... hahah. sape tahu. penghujung nyawa tu rahsia Allah...
saya tahu, makin dekat nak raya ni tantu makin terasa sepi dan hiba... kuat ok!! kuatkan semangat...!! (tetiba rasa sebak pulak)...

doa byk2 utk bapak... Ya, mungkin aie tak mampu bergembira bila pertama kali beraya tanpa bapak, tapi aie boleh pastikan bapak mebira disana... dan saya pasti aie tahu bagaimana caranya...

Tirana said...

Aie,

Simpan elok-elok kenangan itu di sanubari. Kenangan itu kadang-kala menjadi pendorong buat kita.

ASYIQ said...

aie...akak pun terfikir sejenak 'mereka2' yang telah tiada...moga semua dirahmati Allah.

Kita pun akan menyusul....

...tetiba rasa sebak la pulak!

Zyma Saad said...

Salam Aie....

Sila dtg amik KAD RAYA kat blog sy tau.

Take care. :)

Zyma Saad said...

Oppsss.....lupa.

Here is my blog add :

http://zymasaad.blogspot.com/

ZARA 札拉 said...

salam Aie~

moga kamu tabah bang~

syahbandar87 said...

innalillah..muga mereka ditempatkn ditempat orng2 yg berimn hndknye.insyarallah

luth textile said...

sabar encik aie..
erm.. hadapinya dengan tabah ok. i know u can do it

patungcendana said...

al fatihah...

aku faham perasaan kau.. dah lebih dari 14 tahun ayah dan juga suami aku pergi...tahun2 awal memang amat sedih...sekarang aku dah biasa...:-(

addyaholix said...

aku yakin kau antara manusia-manusia yang dikurniakan hati dan perasaan yang sangat teguh dan kuat. kau mampu untuk terus bertahan aie. aku betul-betul yakin yang itu. mungkin kau sendiri tak sedar yang kau lebih kuat dari apa yang orang sangka. mungkin kau tak nampak apa yang orang nampak pada kau. jadikan kenangan yang kau ada untuk kau mengorak langkah membina hidup yang lebih baik aie. demi ibu dan adik-adik. dan sebagai kawan, kau tahu aku akan selalu ada untuk memberi bahu untuk kau tumpang bersandar...

alfatihah buat arwah. moga ditempatkan bersama yang soleh dan solehah!

♥miszluna™ said...

al-fatihah



rasa sayang n sayu e nak tinggal kn bulan ramadan ni..


selamat hari raya aie!

Papa-Itam said...

salam aidilfitri aie...
sabar yer....umie rasa sepertimana aie rasa....
di kesempatan ini umie mohon maaf jika sepanjang persahabatan ini umie ada membuat aie tersinggung...

Kasawari said...

Ucapan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi di Ramadhan yang akan datang.. Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin dari Kami sekeluarga..

Al- Fatihah utk arwah..

Qasih said...

Dik,

Moga Ramadan kali ini meninggalkan kita dengan kematangan akal dan fikir serta sabar yang tinggi untuk menanti kunjungannya pada tahun hadapan.

Salam lebaran...

cHeRyNa PiReS said...

kenangan itu membuatkan kita menjadi org yg lebih baik...insyaAllah...al-fatihah utk bapa anda dr sha...selamat hari raya utk anda...

Framestone said...

al-fatihah buat yang telah pergi...

ingt dgn pemergian ayah mu... tggjwab or title pemimpin keluarga akan jatuh ke bahu mu...

www.broframestone.com

日月神教-任我行 said...

走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,聊天室

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails