Tuesday, September 01, 2009

Berpuasalah walau di mana saja


Berpuasa di negeri Cik Siti Wan Kembang pada tahun ini merupakan pengalaman yang manis bagi saya.Lebih-lebih lagi dapat berpuasa bersama keluarga akak di Tanah Merah dan keluarga angkat di Kuala Krai.Bukan saya tak pernah berpuasa di Kelantan tapi semasa belajar di Kelantan, juadah berbuka puasa semuanya dibeli. Tapi kali ini lain..juadah berbuka puasa disediakan bersama-sama.Itu yang menjadikan Ramadhan kali ini lebih nikmat.Apatah lagi buat pertama kali saya melakukan ibadah puasa bersama keluarga angkat di Kuala Krai.

Sebelum tu, walau dah terlewat sehari, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE 52. Moga sambutan kemerdekaan pada bulan barakah ini memberi kita impak yang positif untuk sama-sama kita bersyukur ke hadrat Ilahi.

Berbalik semula cerita saya di Kelantan.Satu cerita yang tak seronok untuk dibaca sebenarnya.Tapi memandangkan saya tiada entri terbaru, saya cerita juga pengalaman berpuasa selama lima hari di negeri Cik Wan Siti Kembang itu. Puasa di negeri orang tiada bezanya dengan berpuasa di negeri sendiri.Yang membezakan mungkin suasana berbuka dan juadah berbuka.Di sana, saya boleh jumpa dengan pelbagai jenis kuih.Kadang-kadang jadi malu juga bila adik-adik saya bertanya tentang sesuatu nama jenis kuih.Saya hanya mampu mengangkat bahu menandakan saya tidak kenal kuih-kuih yang dihidangkan itu.Yang saya kenal kuih di Kelantan adalah kuih akok sebab kuih akok ada kenangannya.

Dan kenangan yang paling manis bila saya belajar memasak bersama mama angkat. Perghh..memang seronok bila belajar memasak ikan patin masak gulai tempoyak dan buat kuih sira roti.Siapa kata lelaki tak boleh masuk dapur?Saya fikir zaman sekarang lelaki perlu masuk dapur sebabnya zaman sekarang susah untuk berjumpa dengan perempuan yang pandai memasak lebih-lebih lagi zaman sekarang, perempuan lebih mengejar kerjaya.(Eh..maaf..saya tak kutuk pon kaum hawa cuma nak jelaskan bahawa lelaki perlu juga tahu memasak untuk sama-sama membantu kaum hawa memasak bila berumahtangga nanti.Betul tak?)

Jika di Kelantan, kuih muih tidak menjadi masalah di sana kerana jiran tetangga masih mengamalkan aktiviti bertukar-tukar juadah sesama mereka dan juga aktiviti menjamu jiran tetangga untuk berbuka bersama juga masih diamalkan di sana. Itu yang saya kagum sebabnya selain dapat mengeratkan silaturrahim, ianya juga untuk mendapat keberkatan Ramadhan al-mubarak.


Sungguh! saya teruja sewaktu aktiviti menjamu jiran tetangga untuk berbuka bersama. Cuma yang membuatkan saya terfikir, apabila menunaikan solat terawih di masjid, saf hanya dipenuhi dengan golongan warga emas sahaja.Barangkali anak-anak muda ramai yang merantau di negeri orang.Itu yang saya fikirkan. Seusai menunaikan solat terawih dan moreh bersama jemaah masjid, lain pula yang saya nampak apabila ramai pula anak kampung yang duduk melepak sedang menonoton tv sambil memakan colek di sebuah warung.

Saya tidak berjalan sangat semasa berada di Kelantan.Mungkin cuaca di sana tidak mengizinkan dn mungkin juga kesukaran berjalan membawa dua orang anak saudara bersama. Tapi yang pasti saya rindukan suasana kampung. Dan kampung yang saya rindui adalah kampung Kuala Nal kerana kampung itu meninggalkan 1001 memori dalam hidup saya.

Buat akak dan keluarga di Tanah Merah, terima kasih semuanya.Jangan lupa balik Johor raya nanti dan juga buat keluarga angkat di Kuala Krai.Terima kasih banyak-banyak atas layanan yang diberi.Selamat berpuasa untuk semua.

Walau di mana juga kita berada, ibadah puasa itu tetap sama kita jalankan dan pengisiannya juga harus meningkat.Sekali lagi, siapa yang tidak berpuasa tanpa sebab, pengawal peribadai saya akan tembak kalian.hahaha

12 comments:

mamai said...

aku rindu akan daerah itu disitu ada sesuatu

maiyah said...

salam aie.. itu yg seronok bila balik kg.. meriah suasana kg nih :)

sharamli said...

makan kueh manis2 la dy kat sana...hu3

Azita said...

dah selamat sampai ke tmn rinting? alhamdulillah!

AiE bAhRi said...

bro mamai,
bro rindu daerah mana?=)

kak maiyah,
salam kak.ye!meriah balik kg ni walaupun itu kg org lain.hehe

sha,
mmg manis, mcm org kelate gak manisnya.

Kak Azita,
selamat sampai kat taman megah ria la kak..alhamdulillah..

addyaholix said...

kau belum tengok yang aku berbuka di kampung baru-baru ni. perghh meleleh!

AiE bAhRi said...

bro addyaholix,
Mmg seronok kan berbuka di kampung.Apa lagi..buat la entri pasal berbuka di kampung plak..=)

ASYIQ said...

Patutlah lama tak nmpk aie...balik kg rupanya.

Sebut pasal colek...alahai, rindunya nk makan...

Akak dua thn belajar di Nilam Puri, so, byk juga mknan Kelate yg akak tahu dan suke...

Dulu ada nasi bungkus samah...tak tahulah skrg ada lagi ke tidak.

AiE bAhRi said...

kak Asiq,

Balik kg org kak..bukan kg sendiri...

uh...sedap kak colek.Aie pon pernah belajar di Kelantan selama 3 tahun di Politeknik Kota Bharu.Banyak juga makanan yang dah cuba,

sekarang nasi bungkus dua amah kak..samah dah takde..

Monkey D Luffy said...

meriah lauk ko

nyum3

patungcendana said...

kat kampung memang best...

re:...betul...yang lambat selalu rugi...:-)

日月神教-任我行 said...

走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,聊天室

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails