Sunday, May 31, 2009

Selamat Menempuhi Kehidupan Baru

Rasulullah s.a.w bersabda :

Maksudnya:

"Apabila telah berkahwin seorang hamba itu, maka dia telah pun melengkapi separuh daripada agamanya. Maka bertakwalah ia kepada Allah di separuh yang belum lagi

(Riwayat Al-Baihaqi)

Selamat pengantin baru buat kak Rozana dan abg Azlan.

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Apabila Allah s.w.t mencampakkan ke dalam hati seseorang keinginan meminang seorang perempuan, maka tidak mengapalah dia melihat kepadanya"



Selamat bertunang buat coursemate saya, Balqis..

Semoga kehidupan kak Rozana serta suami dan Balqis sentiasa mendapat keberkatan dari Allah

Mungkin saya tidak jakun lagi!

Menguruskan kerja-kerja harian pada hujung minggu bersama emak dan adik memang menyeronokkan. Apatah lagi bila ada sepupu yang datang bermalam untuk membantu. Terima kasih ita!

Habis menguruskan kerja-kerja rumah, anak saudara saya datang bersama mama dan ayahnya mengajak pergi ke Jom Heboh. Saya fikir, bila lagi hendak pergi dan belajar pergi ke tempat ini. Lagi pun saya mendapat maklumbalas dari entri ini daripada seorang yang di kenali sebagai bro haruan tasek. Katanya,

"pergi ke tempat macam tu bukan satu kesalahan. kata jangan jadi jakun. pergilah bukan untuk promot atau apa. sekadar pengetahuan awak. jadi bila adik kakak macik tanya ada apa kat jom heboh boleh le kita menjawab. bukan menjawab ikut suka mulut aja. itupun satu proses pembelajaran. ok."

Hari semalam, saya belajar ke sini membawa emak,adik, sepupu dan seorang anak saudara yang sibuk hendak ke Heboh-Heboh (anak saudara memanggil Jom Heboh dengan nama Heboh-Heboh) untuk membeli susu Dutch Lady. Kalau anak saudara hendak belajar ke sini, kenapa pakchu nya tak mengambil peluang juga untuk belajar ke sini juga supaya tidak menjadi jakun?



Untuk Amsyar Harith, maaf pakchu tak bawa kamu bersama sebabnya pakchu tak larat nak mendukung kamu. Tapi pakchu ada belikan sesuatu untuk Amsyar. Kepada emak, emak memang rock sebab mak pun sanggup berebut untuk dapatkan belon Ribena untuk cucu-cucu. Cayalah..

notakakikukumalu : Kita sering mahukan hari yang CERAH, tapi ALLAH lebih tahu hakikat HUJAN perlu diturunkan

Saturday, May 30, 2009

Belajar untuk tidak jadi jakun

Terlebih dahulu terima kasih kepada sahabat saya yang telah mengirimkan emel kepada saya muka depan buku yang saya cari seperti dalam entri di bawah ini. Jazakallah! Moga ianya memberi manfaat yang berguna.

Dalam kehidupan seharian, proses pembelajaran tidak pernah akan terhenti kerana ianya satu tuntutan dalam agama. Dan ia juga merupakan satu kewajipan bagi setiap yang beragama Islam. Nah!nampak kan proses pembelajaran itu tidak semestinya di sekolah atau mana-mana institusi pembelajaran.

Semalam.Banyak perkara yang kami dua beradik pelajari. Dari proses menguruskan harta peninggalan arwah bapak sehingga menguruskan untuk membuat pasport antarabangsa. Sememangnya urusan ini tidak ada diajar semasa kami menuntut di universiti.

Petangnya. Mak suruh saya pergi membayar segala bagai bil di pejabat pos. Saya sengaja tidak pergi dan mencadangkan adik perempuan saya yang seorang itu untuk menguruskan pembayaran bil di perjabat pos. Saya fikir dia tahu kerana dengan selamba dia bersiap untuk ke pejabat pos. Tapi apa yang saya gelak sakan, dia tanya saya..

"Abang,pejabat pos dekat mana? Macam mana nak bayar bil ni?"

Saya gelak sakan waktu itu. Sebabnya saya fikir dia tahu tetapi lokasi pejabat pos yang dekat dengan rumah pun dia tidak tahu.

Saya memberitahunya..

"Pejabat pos tu sederet dengan pejabat pos. Masuk pejabat pos dan tekan no untuk ambil giliran...jangan jadi orang jakun pulak bila dah masuk"

Balik dari urusan membayar bil, saya nampak ada seorang cina menaiki motor mengikit adik. Rupanya mekanik motor. Saya kagum dengan adik sebab dia pandai pula pergi seorang diri ke kedai motor untuk memberitahu motor arwah bapa yang ada di rumah tidak boleh dihidupkan. Saya kata padanya.

Dik, pandai pulak panggil mekanik untuk baiki motor..

Adik saya membalas..

"kan semua tu takde siapa nak ajar, kena belajar sendiri la panggil mekanik tu".

Saya diam dan terfikir. Betul juga. Belajar dalam urusan kehidupan tiada siapa yang ajar. Semuanya atas inisiatif kita sendiri untuk menjadi orang yang pandai menguruskan urusan kehidupan

Di atas bukan la satu iklan. Tapi saya jakun dengan tempat ini sebabnya saya tidak pernah ke sini walaupun telah beberapa kali diadakan di JB sebabnya memang saya tidak berminat untuk belajar ke tempat ini. Biar la orang kata saya jakun! yang penting saya dapat berehat di hujung minggu bersama emak dan adik di rumah.

Lagi Heboh di rumah bila hujung minggu berbanding di Danga Bay! Tak jakun pun!

Wednesday, May 27, 2009

Kenapa mesti ada cinta?

Kata orang, kalau ingin ke mana-mana mesti ada tujuannya. Tapi tak semua orang kata sebegitu. Tidak semestinya mesti ada tujuan pergi ke sesuatu tempat sebabnya kadang-kadang ia satu keterlanjuran sahaja untuk ke tempat itu atau sekadar ingin melihat sahaja keadaan sekeliling di sana. Tapi bagi saya, walaupun sekadar ingin melihat sahaja keadaaan sekeliling di sesuatu tempat, ia juga merupakan satu tujuan ataupun niat untuk ke sana. Ya! yang pasti saya telah pergi ke tempat seperti yang di bawah bersama ex-roomate saya dan adik saya. Apa yang boleh kami katakan, kami belum puas lagi menghabiskan masa di sana.


Puas saya meronda dari satu booth ke booth yang lain. Akhirnya saya membeli buku-buku ini. Oh!jangan ditanya kenapa judulnya semuanya berkaitan dengan cinta. Ini semua saya pilih secara tidak sengaja kerana saya tertarik dengan sinopsis yang diberikan pada bahagian belakang setiap buku ini. Dan yang pastinya saya rasa buku ini bukan hanya menjurus kepada kisah percintaan sahaja tetapi ianya lebih kepada satu kisah yang boleh memotivasikan pembaca.









InsyaAllah bila selesai membaca setiap buku ini saya akan berkongsi dengan kalian. Dan yang pastinya saya mula jatuh hati dengan majalah solusi keluaran telaga biru ini sebabnya sebelum ini saya hanya meminjam dari rakan sebilik saya sahaja yang ada kesemua koleksi majalah ini. Cubalah baca, pasti tak rugi!

Satu buku yang saya belum dapat cari lagi adalah buku yang di bawah ini. Eh!kenapa berkaitan dengan cinta juga? Jangan tuduh saya sedang dilamun cinta atau sedang angau cinta tetapi saya sukakan jalan ceritanya di mana seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.

Belum sempat saya memandu untuk balik ke rumah saya terima SMS dari sahabat saya menyatakan bahwa datuknya telah kembali ke rahmatullah pada jam 3 petang tadi.

Takziah saya ucapkan dan al-fatihah unuk Allahyarham.Semoga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Kita yang masih hidup teruskan beribadat kepadanya dan hanya doa yang mampu kita kirimkan untuk Allahyarham.

Itu SMS dari saya memberikan kata2 semangat untuk sahabat saya itu. Saya tahu begitu peritnya bila diduga dengan ujian sebegini.

Saya juga tak jumpa buku yang dikirim oleh dia. Tajuknya lebih kurang sebegini..talk anyone talk anywhere..ada sesiapa yang tahu berkaitan dengan judul penuh buku ini?

Iklan :Pesta Buku Negeri Johor 2009


Tarikh : 27 May 2009 - 1 Jun 2009
Masa : 10 am - 9 pm
Tempat : Danga City Mall ( Open Car Park A)

Jom warga JB kita gegarkan pesta buku. Jumpa di sana!

Membaca Jambatan Ilmu

Thursday, May 21, 2009

Kalau kita..

Kalau kita berasa panas,
jangan salahkan matahari yang terbit,
Kalau kita sakit,
jangan salahkan takdir yang menimpa,
kalau kita marah,
jangan salahkan orang lain, tapi cermin diri untuk perbaiki kesalahan kita sebabnya kemarahan itu puncanya dari hati kita.
kalau kita benci,
jangan sesekali kita ungkit segalanya.

Noktah!

Tuesday, May 12, 2009

Lapangkanlah Dada Insan Itu

Berbuat baik seperti sedekah dan memberikan sesuatu yang baik kepada sesama manusia dapat mendatangkan kebahagiaan dan menghilangkan keresahan. Semua ini merupakan satu dari sekian banyak hal yang mampu menyebabkan kedamaian di dada.

‘Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu.” (Surah al-Baqarah :254)

Ikatan yang mengikat jiwa adalah sebahagian dari ikatan yang mengikat tangan. Orang-orang yang bakhil adalah yang aling sesak dadanya dan sempit akhlaknya. Mereka ialah orang yang bakhil atas anugerah Allah. Sekiranya mereka sedar bahawa apa yang mereka berikan kepada orang lain akan mendatangkan kebahgiaan, nescaya mereka akan berebut untuk berbuat baik ini.


Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya Allah akan menggandakan (pembalasannya) kepada kamu dan mengampuni kamu (Surah At-Taghabun :17)

Minggu yang lalu, saya ke bank Islam untuk menyemak samada JPA sudah memasukkan elaun latihan industri atau belum. Alhamdulillah, baki duit dalam akaun bertambah maksudnya elaun sudah dimasukkan, saya didekati seorang pemuda dengan membawa buku dan sudah semestinya saya fikir pemuda itu ingin menjual buku itu kepada saya..Sangkaan saya meleset..rupanya pemuda itu ingin memberi buku itu kepada saya atas suruhan seseorang.

Katanya buku itu ada seseorang yang ingin mendermakan kepada saya. Lalu saya segera bertanya siapa yang memberi buku itu. Selepas pemuda itu menunjukkan insan yang bermurah hati itu, segera saya terus mendapatkannya untuk mengucapkan terima kasih lantas dia membalas terima kasih kembali diikuti dengan nasihat belajar rajin-rajin.

Saya terfikir bagaimana dia tahu saya masih belajar..dan walau apa pun persoalan yang bermain di minda, saya doakan semoga pemberi buku itu sentiasa mendapat keredhaan dan dilapangkan dadanya oleh Allah sepertimana ilmu dalam buku yang diberikannya itu.

Sunday, May 10, 2009

Syurga itu di bawah tapak kaki ibu : Selamat Hari Ibu

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :

"Maka janganlah engkau sesekali mengatakan kepada keduanya (ibu bapa) dengan perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau mengherdik kedua-duanya. Dan katakanlah kepada kedua-duanya ucapan yang mulia, merendah dirilah di hadapan kedua-duanya dengan menunjukkan kasih saying dan katakanlah, “Oh Tuhanku,kasihilah kedua-dua ibu bapaku,sebagaimana mereka telah mendidik aku sewaktu kecil.” (Surah al-Isra’ : 23-24)

Selamat Hari Ibu buat mak tersayang…Hajah Hindun Binti Hj. Mimfari.

Sesungguhnya mak adalah ratu di hati kami..Terima kasih atas pengorbananmu membesarkan kami enam beradik. Tiada apa yang dapat kami beri melainkan doa buatmu

Tuesday, May 05, 2009

Terima Jika Itu Pilihan Allah Untuk Kita

Mudah-mudahan jalan keluar terbuka
Mudah-mudahan kita boleh mengubati jiwa kita dengan doa
Janganlah engkau berputus asa manakala kecemasan yang menggenggam jiwa menimpa
Ketika paling dekat dengan jalan keluar adalah ketika sudah terbentur pada putus asa.

Selesai menjawab kertas terakhir pada semester ini, saya diekori seseorang dari belakang. Rupa-rupanya si dia..sudah lama rasanya kami tidak bertegur sapa seperti sebelum ini. Mungkin masing-masing sibuk dengan persiapan peperiksaan..

Assalamualaikum..dia menyapa saya dengan salam

Waalaikumsalam..ermm..macamana paper tadi?ok?

Alhamdulillah ok..awak...dah nak balik rumah ke? boleh jumpa sekejap?

Tak la..hari ni saya dah minta izin dengan mak yang nak balik lewat sikit sebab ada majlis ngan kawan-kawan malam ni..ye..nak jumpa sebab apa ye? Kat mana?

Takpe..kita sembang sambil jalan je la..tak elok pula nanti orang lain tengok..

Ok..boleh..

Nak cakap sesuatu ni…dari minggu ulangkaji sehingga malam tadi..saya ada lakukan solat istikharah..saya tak pasti betul ke tak tapi dah banyak kali sama..macamana ek nak explain

Ermm…solat istikharah?untuk apa? (saya pura-pura tak tahu…padahal dah tau..)

La…takpelah…lepas ni kita serah pada takdir je la...Cuma nak cakap..Allah tunjukkan awak orang yang akan saya temui nanti..

Ok kalau macam tu..pasni tak jumpa saya lagi tau sebab nak cuti..saya minta maaf banyak-banyak kalau ada buat salah dengan awak..apa-apa hal mesej atau call ye..

Ermm..Assalamualaikum..

Waalaikumsalam..


Saya tak banyak bertanya dari apa yang awak jelaskan..bukan bermaksud tak mengambil berat apa yang awak katakan pada saya tapi saya tak nak terlalu excited sebab saya tau awak tak suka cara itu..

Sepanjang hari sehingga ke saat ini saya memikirkan perkara itu..Saya diam bukan bererti saya menjadi kelu atau bisu tapi saya hormati keputusan awak sejak mula lagi iaitu “Saya akan terima jika itu pilihan Allah untuk saya..”

Malam itu saya mengirim kiriman ringkas padanya..

"Saya insan biasa dan saya juga serahkan pada ketentuan Allah..Doakan yang terbaik buat kita dan semoga Allah memberi jalan yang terbaik buat kita.."

Sunday, May 03, 2009

Saya kembali..

Perjuangan saya belum selesai sebenarnya walaupun peperiksaan pada semester ini sudah selesai..Terima kasih kepada yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan doa untuk perjuangan ini.

Belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Happy Labour Day..Moga cuti kali ini dapat diluangkan bersama keluarga tercinta..

Buat kawan-kawan, selamat bercuti semuanya..moga cuti kali ini dapat digunakan dengan sebaiknya. Ambil masa untuk berehat bersama keluarga setelah kalian berhempas pulas di medan perjuangan universiti kerana tiap masa bersama keluarga ada nilai yang lebih indah dan berharga dari segalanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails