Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 02, 2010

Duit Gaji

Sejak kebelakangan ni, saya macam takde mood. Mood saya macam diragut-ragut oleh peragut yang sentiasa suka menyibuk.Entah! kadang-kadang tak paham juga la. Tapi saya cuba nak pahamkan jugak. Cuma yang dapat saya simpulkan, memang susah nak jaga hati semua orang. Hati kita, takde siapa nak jaga.Eh, tak perlu nak jaga hati saya, yang penting, kena ada sikap saling hormati. Itu lebih utama. Hati sendiri, jaga sendiri sebab kalau tak jaga hati sendiri, susahlah kan sebabnya semua kejahatan dan kebaikan berpunca dari niat dalam hati.

Ok! saya dah cool sebenarnya. Mana boleh nak moody sentiasa. Hidup kalau nak sentiasa bahagia, kita kena wujudkan mood bahagia itu sendiri, barulah boleh bahagia!Dan saya happy dengan kerja dan suasana kerja saya. Banyak yang boleh saya belajar dari staf yang lain. Rasa belum puas lagi nak capture semua. Yang paling happy bila hujung bulan dapat gaji, pastu boleh kasi duit pada mak. Ya! itu yang paling puas bila saya dah boleh berbakti kepada emak. Cuma agak terkilan bila arwah bapak tak sempat nak merasa duit gaji.

Sekali lagi saya ulang, banyak yang saya belajar bila masuk alam kerjaya. Belajar nak urus diri, urus kerja, urus masa dan yang paling penting urus kewangan. Pasal kewangan mungkin berat lebih-lebih lagi orang yang baru bekerja macam saya. Yela, budak baru nak kerja, (ceh, perasan budak pulak si Aie ni...dah layak jadi bapak orang dah..) macam2 nak beli yang semuanya bergantung pada duit.

Kalau ikutkan nafsu, baru masuk gaji hujung bulan, awal bulan gaji dah habis. Itu yang berlaku pada saya mula-mula awal kerja lepas habis study diploma. Tapi bila dah habis study degree, saya ada kaedah sendiri untuk kawal kewangan saya. Terima kasih kepada emak saya yang bertindak sebagai penasihat kewangan saya. Love you so much mak. Antara beberapa tips yang emak saya kasi :

1) Baru kerja tak sampai setahun, jangan ada keinginan nak angkat kereta baru. Kalau ada niat, simpan dan tahan niat tu sebab kereta tu akan jadi besi buruk sebabnya nanti duit gaji habis ke kereta saja.T A P I kalau ada niat nak kahwin dan memang dah suka sama suka, kahwin dulu tapi pandai-pandai la manage financial pastu.

2) Dapat gaji, terus keluarkan sejumlah wang dan simpan dalam bank yang kita susah nak keluarkan. Contohnya, bank yang kita takde bank card tersebut.

3) Jangan ingat gaji adalah keperluan satu bulan tapi kena beringat, gaji adalah kegunaan untuk hari-hari yang mendatang juga.


#tips 1 tu paling saya suka, mak macam dah bagi green light.. yeahaaa.....

Kalau tak nak kasi luak gaji;

1) J A N G A N L U P A hulur sedikit sebanyak duit gaji kepada mak ayah. Kalau amalkan ni, InsyaAllah duit gaji kita tak rasa luak pun. Cubalah! jangan berkira sangat dengan kedua orang tua. Cuba fikir, dari kita lahir hingga dewasa, dah berapa juta emak dan ayah belanja untuk kita? tapi mereka tak pernah nak balas. Kalau kita bagi seluruh gaji kita pun belum tentu kita boleh balas pengorbanan mereka. Selagi mereka ada, tak rugi kalau kita hulurkan sedikit gaji kita. Mereka tak pinta pun sebenarnya tapi sebagai anak, kita kena ingat mereka.

2) B E R J I M A T. Maksud berjimat di sini bukanlah pelokek tapi berjumat yang mendatangkan banyak kebaikan. Dalam seminggu, rasanya dah boleh tolak duit makan minum lapan hari kalau kita amalkan puasa sunat Isnin Khamis. Bukan setakat dapat pahala malah boleh kuruskan badan dan juga duit makan minum untuk tempoh hari tersebut kita boleh gunakan untuk yang lain.

3) Tak salah kalau ada lebih gaji, kita S E D E K A H kat tabung masjid atau belanja kawan-kawan. Ni pun kalau diamalkan, rasa macam tak luak pun duit. Cubalah! sedikit kita hulur, mencurah-curah rezeki kita satu hari nanti.

Bukan susah pun nak manage duit kan. Yang penting, kita gunakan untuk perkara kebaikan. Tak perlu nak mengeluh gaji tak cukup ke apa. Kalau gaji 6k pun tapi kita tak gunakan pada jalan yang betul pun pasti rasa tak cukup. Yang penting dalam diri kena ada satu sikap sentiasa beringat.

Tetiba rasa macam pakar motivasi pula. Ceh... cuma kadang-kadang saya jenis tak beringat jugak sebab tu sampai bila-bila saya perlukan mak menjadi penasihat kewangan peribadi saya.=)

8 comments:

TokNabe said...

Kerna buat satu akaun khas...AKAUN KAHWIN.hehe.

Maiyah said...

wah.. mesti duit dah byk tu bleh le gi merisik risik heeee

akhis said...

~stuju2
~duit elaun fellowship dah msuk
~abah pesan sedekah kat msjid n bg kat adik2...
~abah suh thn dulu nk pasang woofer kat kreta...hehehe

akhis said...

~stuju2
~duit elaun fellowship dah msuk
~abah pesan sedekah kat msjid n bg kat adik2...
~abah suh thn dulu nk pasang woofer kat kreta...hehehe

ch@ said...

yups...gaji banyak, belanja pun byk :)

Belog Cik Peanut said...

bagus2..
green light itu penting
hehehhe
t jangan lupa jemput2 rakan bloggger...
p.s:peanut penasihat kewangan yang bagus...bagus menghabiskan duit..hehehe

Ami said...

hidup berkat happy kan parents. I like this entry.Saya sayang mak saya jugak! :)

Anonymous said...

saya pulak mcm ni... bukak 2 akaun, satu yg boleh kita simpan duit dan dikeluarkan masa perlu... dan satu akaun lagi utk simpan duit tapi tak boleh nak dikeluarkan (bukan tak boleh terus... tapi payah nak keluarkan)...

cth: satu akuan maybank, dan satu lagu simpan dalm ASB. yg ASB tu simpan terus pasal payah nak dikeluarkan, pastu dia lagi cepat beranak pinak...

Nak lagi baik, simpan dlm tabung haji...


... abang shuk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails