Saya dah balik. (ada ke yang ambil kisah??hehe). Cuti saya kali ini bagi saya biasa2 sahaja. Pada mulanya saya dan rakan2 merancang untuk bercuti di Penang. Sudah lama rasanya tidak menjejakkan kaki ke utara tanahair. Tapi, perancangan itu saya yang batalkan kerana bimbang ayah sahabat saya tidak berapa sihat pada ketika ini dan kami tukar ke plan lain iaitu hanya meronda2 di bandar Kuala lumpur sahaja. Walaupun sering juga ke Kuala Lumpur, tapi saya tidak mempunyai masa untuk meronda ke merata tempat kerana biasanya pergi ke sana atas tujuan untuk menyiapkan tugasan sahaja.
Sampai di Kuala lumpur seawal jam 4 pagi menyebabkan kami terpaksa lepak di Puduraya sementara menunggu waktu LRT beroperasi. dalam keadaan yang tidak selesa, terpaksa juga digagahkan untuk meronda sementara menunggu jam 12 untuk check in..
Ermm..bukan keadaan kami yang ingin saya ceritakan tapi apa yang penting, memang memenatkan lebih2 lagi sudah sebulan bercuti di rumah menyebabkan kaki malas hendak melangkah. Dan tentunya rakan saya menjadi boring..manakan tidak..mana2 shopping complexs, saya akan lepak di kedai buku terlebih dahulu..saya masih mencari dan terus mencari dan akhirnya saya memilih buku2 ini untuk menambahkan koleksi bacaan saya di rumah. Adoyaiiii..buku yang saya beli semasa pesta buku Johor baru2 ini pun saya belum habiskan bacaannya...
Buat mak dan adik, hanya ini yang saya belikan untuk kalian. Saya tahu mak suka dengan beg tangan tu tapi tak pasti pula adik saya..tapi nampaknya dia juga suka dengan sandal kura2 tu..
Buat sahabat yang sama pergi bercuti untuk meronda, terima kasih atas tanda ingatan ini. Rasanya dah lewat bulan tapi memandangkan alasannya sibuk untuk ke pejabat pos, jadinya dia memberi sewaktu kami bercuti sahaja...(tq kad dan butang mutiara baju melayu dari sabah..).
Jangan lupa untuk menjaga ayahmu yang tidak berapa sihat sejak dua menjak ini. Jangan lupa bang, esok kena kerja..dah 2 hari kamu ambil cuti..he3
Kadang-kadang kita lupa, apa yang kita rancang tak semuanya akan menjadi kenyataan tetapi hanya kuasa Allah yang mampu tentukan perancangan yang kita lakukan.
24 comments:
Padanla lama tak nampak Aie online rupanya bercuti...ronda-ronda KL..berapa buah buku yang Aie beli? Baca jangan tak baca..hehehe
Oh, bercuti rupanya...Ada je yang ambik kisah :)
Wah...bagi handbag kat mak ye..Bagus la tu. Mesti Mak terharu kan?
Wah, saya peduli. Sebab tanpa anda Aie, saya kekurangan satu blog untuk membaca. Jadi, bagaimana perjalanan dan percutian? Dapat tak jumpa seseorang yang menarik perhatian kamu? Ramai juga dapat dilihat di kedai-kedai buku (lebih-lebih lagi Kinokuniya). Sempat tidak ke Kinokuniya Aie?
semoga ayah sahabat tu sihat2 hendaknya..
rajin gak aie membaca ni.. betul tu membaca membuka cekrawala... huhu
Kak Tirana,
ronda2 kl je kak. dapat la beli 3 buku lagi..hoorei..best sgt kalau dapat beli buku!
Kak Na,
Itu je mampu aie belikan untuk mak. Lagipun tengok handbag mak macam dah nak lusuh je..apa lagi..memang mak suka la. Sampaikan hari ni, mak masak lauk favourite tu..
Bro Grunge,
Ye ke peduli?TQ bang! perjalanan yang memenatkan sebabnya menggunakan pengangkutan awam tapi percutian yang memuaskan bagi saya.he3. Takkan dalam tempoh 3 hari ni terus ada yang menarik perhatian saya bang!Lokasi perjalanan bukannya sama.ha8. Kinokuniya memang penuh dengan manusia2 ulat buku..tapi keadaan macam tu la yang menyeronokkan.
Bro Kasawari,
InsyaAllah..semoga ayahnya dikurniakan kesihatan yang baik.
Dan membaca itu juga jambatan ilmu bro!
Bestnya dgr sana sini blogger pegi bercuti
mesti bestkan aie walaupun singkat
nnt kalu nk datang penang bg tau la, boleh jmpa
bestnye pegi jln2 kt KL
da lme yana xpegi KL
huhu yana pun suka membaca
nk2 baca novel :))
hadiah tuk mak n adik da beli
hadiah tuk yana bile lak nk beli?
ngeh2 (^_^)
bestnya dapat cuti. kami nie bila nak cuti... boss bagi kami cuti...
ada ole2
nak2
haha... masih ramai yg peduli sebenarnya...
hmmm, bercuti pergi kolumpo. mcm best pulak... saya selalu kalau cuti pilih destinasi belah2 pantai timur sana...
huhu... dah beli buku tu ya... moga beroleh manfaat darinya, buku tu memang bagus... selamt membaca, ciri-ciri orang berilmu ni... tak kira kemana perginya, buku jugak yg dicari hahahaha... saya suka membaca tapi kalau dah bercuti saya akan lupakan buku-buku nih... hehehehe...
p/s - kita diberi kuasa utk merancang, Tapi Allah adalah sebaik-baik perangcang - rangcangan kita semuanya telah teratur dalam rancanganNya....
wah...bercuti kt KL
beruntung mak n adk dpt buah tgn
anis x dpt aper2 ker..ehehe
Khairil's,
InsyaAllah kalau saya ke penag, saya inform k.Memang plan nk ke penang..
Cik yana,
Hadiah untuk cik yana nnti la ek =)
Haruan Tasek,
Bos dh luluskan permohonan cuti bro la..tak caya cuba tanya bos sekarang!he3
Monkey D Luffy,
boleh2..
Abg Chime,
Bercuti ke kuala lumpur biasa2 sahaja..tak la best mana..takde pemandangan best seperti di negeri pantai timur..tapi disebabkan saya dh puas ke negeri pantai timur semasa belajar di sana menyebabkan keinginan saya untuk ke negeri utara lebih teruja.
Teringat kenangan ketika bercuti bersama rakan2 classmate di negeri pantai timur...pantainya mmg mendamaikan.
Buku tu saya dah khatam baca dah..Alhamdulillah memang puas hati dengan input yg diberikan, Kadang2 ada juga cerita2 penulis yang terkena batang hidung sendiri.he3
dah cuti tu, jalan2 la bro..
aku ngn khairil akan bawak hang berjalan2.. aku kt seberang, khairil kt pulau.. :D
selamat bercuti~
Aie..
Ramai yg kisah aie tak ada.
Best la jadi adik aie..dpt sandal kura2 tu. Mesti dia suka jadi adik kpd abang yg penyayang...baiknya dia.
Buku 'berapa harga segulung ijazah' tu mcm menarik laaaa.
bila dah suka
cm best..nnt ulaskan .. hu3
Aie ke KL rupanya! Kenapa la tak bagi tau awal-awal! Kalau tak boleh akak belanja!
Cik Anis,
nk ole2 jugak ke?hehe..nnti la eh..
Luth,
sebab tu la masa ari tu aku tanya ang pasal penang sebab plan nk p sana n nk jumpa kalian semua tapi keadaan tak mengizinkan. InsyaAllah kalau ada rezeki kita jumpa ye!
Kak Asyiq,
Terima kasih bagi yang kisah bila saya tiada.hehe
Dialah satu2nya adik yang saya ada kak. dialah rakan gaduh, suka dan pengkritik saya.he8. Beza kami cuma setahun je sebab tu rapat.
Buku tu memang best.bagi orang yang dah lepas zaman universiti pun boleh baca gak sebab banyak unsur motivasi dalam buku ni.
sha,
bila dah suka tu best seller..So,ceritanya memag best rasanya..nanti saya ulas k.
Kak Myza,
Tak sempat kak nk bgtau sbb plan nk g ke tempat lain. takpe, lain kali kalau ke sana lagi, saya inform k.
Cuti-cuti Malaysia lar ni ek! Pergilah melancong. Banyak tempat untuk dilawati...hehehehe..iklan ZOOM MALAYSIA!
cantik kasut..
Aku...Dia...Kamu..
Kalau boleh cuti macam ni nak round satu malaysia..cuma ongkosnya belum ada.haha
asis,
tq.
patut ar da lama xpost en3. ei..pegi becuti..lawa kasut. kalo sy jadi adik aie da lame nanges teharu tao. nak pinjam novel tu. emmuehehe.. bes lepak kedai buku. mmg xigt dunia ar
pijah,
baru 3 ari la saya tak post en3 baru.hehe..adik tak nages pon..cuma senyum meleret je.
Boleh nk pinjam novel tu..nk bg kat mana?hehehe..betul2..mmg tak ingt dunia kalau dh lepak kedai buku kan?
tak rugi beli buku. lambat baca pun takpe.
Post a Comment