Entri ini sudah semestinya saya tujukan kepada seorang blogger yang menyambut hari kelahirannya hari ini…Khas untuknya sebab saya suka gaya penulisan dalam blognya yang sememangnya boleh memberi saya motivasi...Keep blogging bang!
SELAMAT ULANG TAHUN!
SELAMAT HARI JADI!
SELAMAT HARI LAHIR!
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!
walau apa pun sebutannya…saya tetap menyanyikan lagu selamat ulang tahun ini dan mengirimkan doa walau dari jauh…
Sudah pasti setiap kelahiran itu akan dirasai dengan kesakitan..Kesakitan itu akan menjadi nikmat bilamana seorang ibu dapat melahirkan zuriat itu dengan sempurna..Dan sudah pastinya permulaan kelahiran itu menyebabkan tahun demi tahun umur kita akan bertambah. Tetapi sebenarnya umur kita lambat laun akan berkurang.
Manusia tidak dapat mengelakkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah, iaitu salah satunya adalah umur. Allah telah menjadikan umur menjadi salah satu ketetapan yang tak dapat diubah dan dihalangi.
Hari kelahiran menjadi hari yang penting untuk diingati. Bukan untuk diraikan dengan gilang gemilang tetapi untuk direnungkan kembali kerana pertambahan usia bermaksud masa kita untuk mengabdikan diri juga semakin kurang. Tidak salah jika kita mengingati hari kelahiran sebagai hari menjelang kematian.Dengan bertambah umur kita maka semakin dekat pula hari di mana kita akan dipanggil oleh Allah.
Ada beberapa pesan yang boleh kita ambil dari suatu hari kelahiran. Tangisan, azan, iqamah, dan tawa, adalah pesan yang disampaikan Allah dalam kelahiran kita. Dari keempat-empat pesan tersebut, kita boleh mengerti apa yang boleh diambil dari hidup ini Melalui tangisan, kita mengenal seberapa berat ibu kita hamil dan mengandung selama 9 bulan. Kita lebih mengerti makna hidup ketika ibu kita berusaha keras untuk melahirkan kita di dunia yang fana ini. Dengan taruhan nyawa, ibu kita mengorbankan segala jiwa dan raga agar kita yang besar ini keluar dari tempat yang sangat kecil bernama rahim. Melalui azan, kita mengenal kebesaran Allah SWT. Melalui azan pula kita memahami seberapa besar Allah dengan segala kebesarannya. Melalui iqamah sebagaimana dijelaskan seperti azan, kita memahami apa erti dari kelahiran melalui alunan nada yang khas. Dari iqamah pula ajakan untuk solat dikumandangkan, setelah azan dialunkan. Dan yang terakhir, lewat tawa kita mampu memahami erti hidup ini setelah kita melewati yang pertama, kedua, dan ketiga iaitu tangisan, azan, iqamah. Melalui iqamah, kita menjadikan hidup kita sebagai tahapan yang harus satu persatu dilalui tanpa melewatkan satu tahapan sebelumnya. Hidup adalah suatu tahap yang harus dilalui dengan rasa gembira, syukur dan hormat.
Di kesempatan ini, saya ingin ucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat abg chime..Seperti biasa ucapan yang sangat tipikal...Semoga sentiasa mendapat keredhaan orang tua dan Ilahi dalam apa jua lapangan yang diceburi..
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan
Selamat Hari Lahir
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Hiasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir
Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi
pssssttt......makan kek tu sorang2..takleh nak share ngn kawan2,,hehehe..ada 3 je strawberry..kena tambah 3 lagi kat belakang tu..wakakaka
16 comments:
aie... hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...
seriussss terharu giler... hadiah pertama yg sgt berharga... (tapi org ketiga yg bagi ucapan)...
tak tahu naka kata apa... mekasih byk2 sgt... nak nagis jap... hu hu hu...
terima kasih, utk lagu tu (walaupun picing lari sikit... hehehe)
terima kasih untuk doa-doa yg baik tu... moga diperkenankan..
terima kasih utk puisi yg indah dan meyentuh hati tu...
dan terima kasih jugak utk kek yg lawa tu walaupun takleh dimakan - dah utk hiasan semata-mata... nanti saya ambik.
terima kasih byk2 sgt utk entri special ni....
ur such a nice man...
aku bayang abang chime menangis terharu ni aie. haha!
dan untuk abang chime, selamat ulangtahun. moga terus jadi yang terbaik!
selamat hari lahir kepada kawan anda
hepi besday to abg chime...
:]]
Salam Dik...
apa khabar mak Aie? Mudah-mudahan dia sihat ye...
chime punya birthday ke hari ni... Sat nak masuk blog dia...
abang chime mesti sgt terharu....selamat hari jadi untuk kawan anda!
selamat hari lahir kpd saudara chime
selamat hari lahir n selamat hari bapa..hehe
Wow....
So touching entry...
Make my tears flowing out...
U have put lots of effort in it..
Hope I will get one too..:)
Bertuahnye Chime dapat hadiah kek....
salam.... saya ada puisi buat abang Chime, khas dari anaklaut.
Ditengah merahnya mega
Di dalam sunyinya senja
Kutulis sebuah puisi padamu
Walau kutahu tak menarik untukmu
Sejalan berjalannya waktu
Berputarnya bumi
Terbenamnya mentari
Dan munculnya bulan di malam hari
Bertambah pula usiamu
Semoga engkau sihat selalu
Selamat ulang tahun sahabatku, abang Chime..
Kerena hanya itu yang dapat aku berikan padamu
terima kasih kerana sudi singgah analaut..
selamat hari lahir kepada sahabat itu
hepi b'day to ur fren aie!!
Salam Aie...
Apa khabar?
Aikk, ulang tahun Bang Chime eh baru-baru ni? Akak baru tau ni. Terima kasih kerana maklumkan ya. Jap lagi akak nak gi wish Bang Chime gak...
Chime, rasanya pernah komen dekat blog saya sekali. Happy birthday buat Chime.
shahdunye ucapan hari lahir ...wuuu
Post a Comment