Jalan ceritanya begini.....
Sebuah novel yang menggunakan sekolah pondok sebagai latar belakang jalan penceritaan. Jika dilihat pada zaman dahulu, sekolah pondok dianggap wujud daripada strategi umat Islam bagi ’menyembunyikan’ dirinya daripda ditembusi dan dijajah oleh Barat. Selain itu, sekolah pondok juga dianggap sebagai tempat perkembangan pengajaran agama Islam dan sebagai usaha menambah keberkesanan dan kehebatan penerapan sistem pendidikan dan pengajaran agama Islam itu sendiri. Akan tetapi novel ini berkenaan dunia pondok yang bergelumang dengan kitab kuning dan juga cerita anak muda yang sedang membuak-buak cintanya.
Pertama kali melihat tajuknya, saya fikirkan mungkin ianya kisah-kisah cinta orang sufi terhadap Alllah tetpai sangkaan saya meleset kerana ia merupakan cinta sentri (pelajar-pelajar) di pondok (tempat pengajian) mereka. Novel ini juga menceritakan keadaan sebenar yang berlaku di sekolah pondok di mana ia juga sama seperti sekolah asrama biasa yang juga mempunyai golongan yang memminati jantina sesama jenis sekaligus akan memberi kefahaman kepada kita bahawa, mereka hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari godaan syaitan dan nafsu.
Pengajaran daripada novel ini, boleh dilihat dari pelbagai aspek. Pertamanya, manusia dari apa darjat dan status tetap akan tergugat dengan badai cinta yang melanda kerana manusia adalah insan biasa. Selain itu, cintailah sesuatu kerana Allah dan cinta itu terlalu suci tetapi manusia yang mengotorkannya. Selain itu amalan yang dituntut dalam Islam ialah menghormati guru walau diri sendiri yang terkorban kerana jasa guru tamat tinggi nilainya.
Kesimpulannya, novel ini menerapkan nilai-nilai islam dalam menjalin hubungan cinta yang bersandarkan cara-cara yang dibenarkan dalam Islam tanpa perlu adanya sentuhan dan bisikan nafsu .Perasaan cinta yang suci harus dipupuk dan dibaja dengan benih Islam yang bakal memandu pasangan yang sedang bercinta. Ini kerana gejolak nafsu dalam percintaan tidak mengira pangkat dan darjat atau kedudukan dalam masyarakat. Dan yang paling penting, percintaan adalah dipandu kita sendiri. Terpulang kepada kita samada kenderaan cinta yang kita pandu itu menuju ke destinasi syrgawi atau terjuman dalam gaung yang dalam.
notakakikukumalu : Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.
22 comments:
out of topic--> kalau ikutkan..kebanyak kes haruan makan anak nie.. disebabkan oleh darah anak luar nikah yang mengalir dalm keluarga tersebut
dan bnde nie yg membuatkan sesebuah keluarga mempunyai nafsu sesama sendiri..
he..23x mmg sempat pun promote... minggu nie baru dapat jual 2 set je
aku dah jumpe org yang bole buat aku tersenyum.. dah 8 tahun aku jumpe org tu.. dan sekarang aku rase dah tibe aku nak jadikan senyuman dari org tu milik aku yang sah.. kau tunggu je la eh, pasti akan ade sesuatu pekabaran dari aku nanti.. ni bukan main2 lagi.. dh tibe mase untuk aku lebih serius..
nak pinjam nivel ni?
ok?
xtau sempat ke x cari
Aie, apa kata kalau kamu cuba usahakan online book dari perpustakaan kamu. Boleh juga kawan-kawan belog pinjam nanti. ;)
macam best pulak... buku novel rupanya, ingatkan buku2 motivasi dakwah...
errr... dir dah nak menikah ke?
Bro Framestone,
Orang sebegitu memang patut direjam sampai mati je kan?
Dir,
Alhamdulillah..aku doakan yang terbaik untuk ko.Apa2 hal inform k.
joegrimjow,
nk pinjam ke?meh la dtg umah. Rasanya kedai buku ada jual buku ni.
Bro Grunge,
InsyaAllah..satu cadangan yang baik. Tapi koleksi buku saya belum banyak lagi.
Bro, nanti saya tuntut royalti eh sebab guna nama saya dalam entri.Kih3
Abg Chime,
Yups!buku novel..Dalam ni juga kita boleh jadikan ia sebagai satu motivasi kerana cinta yang dijalin berdasarkan Islam. itu juga satu motivasi juga kan?
InsyaAllah Dir tahun ni jugak kot.jom abg chime kita serbu datang makan nasi minyak dia nanti.
xsangka btul..
asis,
apa yang tak sangka?
BUDAK SKOLA BAIK PUN ADE KES CAMTU.. CRITE TU LA..
asis,
O..itu ke yang tak disangka? ermm..no komen..sebenarnya kat mana2 tempat even tempat islamik pon ada juga berlaku perkara cam tu. sebabnya kita hanyalah manusia biasa yang tak lepas dari godaan syaitan yang direjam.
nauzubillah.minta dilindungi oleh Allah dari perkara maksiat.
Hello Aie...
Terima kasih kerana singgah blog I..Nice to meet U...Hope to know U better thru here..:)
bagus isi novel ni.
tapi ana payah nk baca novel mcm ni.
syukron for the sharing..
at least ana taw critanya even tak bacanya kn?
:p
tp,
ada sstengah novel pts one yg ana mnat.
kluaran ini banyakkan best2!
Kedai buku popular ada jual tak aie?..
benar mcm dlm novel tu..wlpun di sek pondok..setiap org ada perasaan cinta..tiada yg mustahilkan..
Mencari Sinar Bahagia @ Tommy,
Hello..
Nice to meet u too..
Miss Gaza,
apa yag ana ada InsyaAllah kita boleh kongsi bersama.Ana payah juga untuk menghabiskan novel seperti ini tapi kuatkan semangat juga untuk membacanya.
eiza,
Rasanya kedai buku popular ada jual buku2 seperti ini.Betul!memang tak mustahil berlaku seperti dalam novel ini sebab pelajar2 sekolah pondok juga hanyalaha manusia biasa.
salam Aie; Wah kena cari novel camni.. sinopsis pun dah rasa terkesan nih
wow bro best cita nih... pasal sekolah pondok tuh... Sebab Iklas dia disayangi tok guru... sbb iklas jugak dia bahagia... sbb iklas jugak dia dapat kawen 2 hehehe....PEACE...
Notakakikukumalu tuh. betol ke saya eja?huhuh.
"Tertarik kepada seseorang yang dapat membuat mu tersenyum"....
Terima kaseh ya awak kerana berkongsi:D
yg ni baru sinopsis
kalu baca abes mesti feeling abes ni
hoho
ada satu lagi noevl motivasi saya nak syorkan aie baca... tajuk dia 'VT'... best citer dia... memang motivasi betul... tapi dlm bentuk novel... cubalah cari..
Bro fly,
carilah novel tu..Tapi takut bro fly tak sempat baca sebab nak jaga e-ein yang cute mute tu.
dkma,
ceritanya memang best tapi penggunaan bahasanya susah jugak nk difahami sampaikan kadang2 saya terpaksa mengulangi ayat tersebut kerana ianya menggunakan dialek indonesia.
notso_violet : seindah bunga seri pagi,
sama2..apa yang baik, kita kongsi sama2 k.
khairil,
ye ke sinopsis?hehehe..saya macam dh macam buat karangan pulak.Kalau cigu bm semak, mesti dia suruh kurangkan ayat.
Abg Chime,
InsyaAllah saya cari buku tu. Buku yang ada hasil karangan abg chime pun saya belum jumpa lagik.Nk cari jugak!
boleh tahan rebiu ni aie. novel cinta bercorak islamika memang indah dibaca. kak nak cuba carilah buku ni.
adoiii!!
honestly nih novel paling lambat sya abeskan..
bayangkan dapat hadiah since 11 april sampai hari ni 9 jun, masih xsampai separuh muka..
sbb jalan cerita dia yg sgt la slow..
xshebat cerita cinta dari Habiburrahman El-Shirazy..
Post a Comment