Monday, October 27, 2008
Anak-anakku
Tiap-tiap pulang dari kampus, aku kena layan anak buah aku, Kimi yang begitu teruja sangat dengan keretapi..Bila nampak aku buka laptop je, memang kena layan kehendak dia je. Mahunya dia nak tidur selagi dia tak puas menghadap beberapa video pasal keretapi yang aku download dari youtube.
“Pak Chu, Mi nak keretapi..” ayat itu memang aku ingat bila tiada berdekatan dengannya. Keletahnya memang sentiasa mencuit hatiku.
Kesian Hakimi….mungkin disebabkan terlalu rindukan sepupunya, Aqil Haziq, dia terlalu teruja dengan keretapi sampaikan aku tunjukkan video sinchan dan upin&ipin pun dia tak nak sebabnya mereka berdua berpisah di stesen keretapi untuk pulang ke kelantan apabila kakak ku mengambil Haziq semula selepas mereka sentiasa bersama selama 9 bulan di bawah jagaan emak ku.
Pak Chu juga sentiasa ingatkan keletah Afiqah, Jajiq, Afifah n Amcai..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
comelnye anak-anak ko..
cute!!
Post a Comment