Sunday, October 19, 2008

Rumah digegarkan bersempana raya pada hari ke lapan belas

Raya yang ke 18 jatuh pada hari sabtu..aku ngan adik ada niat nak tong2 sama2 untuk wat open house buat kawan2 semua. Mak aku bersetuju dengan cadangan aku ngan adik aku sbb itu juga merupakan cara untuk bersedekah. Mujur adik aku bawa kawan2 dia selaku dayang2 aku dari UTHM untuk membantu emak di dapur. Tq jugak untuk jiran tetangga yang membantu dari semalaman lagi untuk membuat kuih...

Sebelum aku cerita lebih lanjut, menu utama pada mjlis tu ialah nasi putih, sayur nangka masak lemak, ayam masak sambal pedas, ulam raja dan kacang botol, sambal belacan, sambal tempoyak, kuih koci dan karipap, air sirap serta kuih muih raya.

Memang "masyuk" mak masak semua sebab masing2 kepedasan dan ada yang tambah dua kali. Aku sebagai anak hanya mampu tersenyum tanda kepuasan yang tak terhingga. Trip pertama kawan2 adik aku datang dari batu pahat. Geng2 dia memang sporting sebab sanggup datang dari jauh semata-mata nak raikan kawan jugak. Sebenarnya, mak aku ada niat jugak sambil2 nak wat belated birthday untuk adik aku gak yang ke 22. Happy belated birthday dik...Sebelum makan bapak aku ada wat doa selamat gak tanda kesyukuran..

Kunjungan kawan2 aku dari utm belum datang lagi sbb diorang g umah member aku sorang lagi. Nak gerak ke umah aku, ujan turun lebat plak..so, jalan kat higway pasir gudang jem..plak tu diorang konvoi 7 buah kereta. Lebih kurang jam 4, aku dapat call dari roomate aku yg cakap diorag accident sesama sendiri..pia tak sempat nk brek emergency then langgar kete daus..aku tergamam!! sebab dengarnye macam teruk tp mjur takde kecederaan parah dilaporkan. Daus mintak aku mintak tolong carikan kedai yang ada jual bumper kancil..sampai umah aku je, masing2 macam kaku sebb mungkin trauma ngan kejadian tu.Lepas daus makan, terus ajak aku g kedai aksesori kereta. Memang kerja gila time tu sebab kawan2 datang rumah aku tapi aku takde sampai diorang balik. Sorry kawan2 sebab kejadian macam ni takde sape yang nak. Bincang punya bincang ngan tauke kedai, dia suruh antar kereta kancil tu ketuk dulu..Ketuk tak sampai 30 minit kena cas rm70.mahal giller bapak aku rasa tapi bila fikir balik kerja macam tu memerlukan skill. Skill tu yang mahal sebenarnya. After siap ketuk je kereta tu, terus pecut ke kedai aksesori kereta di masai.. Sesi tawar menawar ngan tauke pun berlaku.Sori daus, aku tak bawak wallet..sebb emergency time tu sampai semua lupa.

Bila dah nego harga ngan tauke kedai, dapt la jugak harga rm120 siap pasang ngan no plate kereta.Memang kerja giler jugak sebab duit dalam tangan cuma ada rm125. Bila bumper dah pasang.. tauke boleh tanya lagi, "no plate nk pasang tak? kalau lu nak pasang, kena tambah rm18 lagi.." dalam hati aku dah maki hamun dah.."cibai betul apek ni, janji lain, cakap lain plak"
aku tanya Daus selaku tuan punya kereta.."Boleh ke?"
"Balance tinggal rm5 je ni"..balas daus..
aduh.....memang cibai punya apek ni...
Bincang punya bincang dan setelah geledah semua ruang dalam kereta, dapat la penambahan rm5 lagi..fuhhh..memang satu keadaan yang amat mencemaskan aku rasa..pastu terus jempa tauke. tanya "rm10 buat plate sekali tak boleh ke?"
"Ok la..wa kasi cincai sama lu"...apek dah mula bengang aku rasa..
Tunggu punya tunggu siap gak dalam masa 1 jam lebih dia wat bumper kancil kawan aku tu..
Time tu aku dah panas punggung sebab kawan2 lain memang dah mula tunggu kat rumah..
Settle je uusan kereta tu, aku ngan Daus terus pcut balik rumah dan kawan2 dari utm dah takde sebab diorang tunggu kat masjid hajah maznah..yang ada kawan2 aku dari smkajb..

Kawan2 coursemate, sorry sangat sebab tak dapat entertain korang dan jangan serik datang rumah aku tapi harap korang puas dengan menu yang sangat pedas pada hari tu..

InsyaAllah, kalau ada umur yang panjang, korang gegarkan rumah aku lagi ye sebab tahun ni dah final year, so raya tahun depan maybe semua dah kerja..dan semuanya akan menjadi busy yang amat sangat.

Terima kasih yang tak terhingga kepada orang2 kuat dalam majlis ni..especially for my mum, jiran tetangga, kak ida, kak izan kan cik ida.. geng2 adik aku dari uthm..amy, sipah, besah dan huda. Jasa kalian akan ku kenang..kepada amy..abang epul nak mintak maaf banyak2 sebab banyak sakat amy..

Gambar majlis akan aku post later tapi tak semua ada termasuk aku.huhuhu


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails