Tuesday, October 28, 2008
Ma’at taufiq wan najah
“Ya Allah!dah nak nak exam!”,tak semena2 kata2 ini terpacul dari mulut saya apabila memasuki study week. Seperti hati saya tidak percaya untuk menghabiskan pengajian di semester ini.Emosi yang mengatasi realiti.Lalu kesedaran ini mendorong saya mengkoreksi diri. Minggu study saya gunakan untuk mengulangkaji semula pembelajaran saya sepanjang semester ini. Saya mula berkira2 markah exam mid term yang telah saya lalui pada bulan ogos lalu. Saya mula menghitung masa.Sebagai konklusi, final exam saya hanya tinggal beberapa jam sahaja bermula hari ini!
Apa yang perlu dilakukan dalam tempoh sesingkat ini?
Saya akan berkongsi bersama rakan-rakan. Semoga sama2 beroleh kejayaan.Sebelum itu,saya dahului dengan peringatan buat diri:
“Kejayaan hakiki dalam menuntut ilmu adalah keberkatan dari pemilik ilmu tersebut.Bukti keberkatan itu adalah bilamana seseorang berjaya mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.Maka,berhasillah ilmu itu sebagai nur,pembimbing manusia menemui jalan kebenaran.Adapun natijah bertulis hanyalah penilaian kecil yang tidak harus diperkecil.Justeru,jadilah penuntut ilmu yang cemerlang lagi terbaik dari segenap aspek!”
Di saat-saat genting sebegini, saya sebenarnya akan mula belajar secara last minit sahaja, Apa yang orang akan faham, study last minute adalah tidak elok tapi itulah saya dan saya boleh dikategorikan sebagai pelajar yang agak malas untuk mengulangkaji. Tapi saya ingat lagi nasihat seorang ustaz saya yang saya pegang hingga ke hari ini iaitu untuk menghadapi peperiksaan :
Perlu :
1. Mengenali diri kita
2. Pastikan kita mengikuti perkembangan semasa kuliah.Paling kurang,sudah melengkapkan nota kuliah,menempah buku2,memahami satu per dua daripada input dan output pensyarah dan menyudahkan semua urusan perkuliahan(kad matrik).
3. Mula merangka jadual belajar bermula saat ini sehingga minggu peperiksaan.
4. Memastikan penggunaan masa secara optimum.Masa selepas Subuh,dalam kenderaan,ketika berjalan kaki,ketika menunggu(sebelum program,mesyuarat dsb) dan pada setiap masa yang terluang,jadikan nota teman bicara kita.
5. Kelas tutorial,study group dan segala aspek gempur serta motivasi peperiksaan perlu bermula sekarang!Pastikan subjek yang sukar difahami diletakkan sebagai prioriti utama dalam senarai kitab yang perlu dikhadamkan dengan kadar segera!.
6. Sistematik dalam urusan pemfailan segala nota kuliah,nota ringkas dan koleksi soalan peperiksaan tahun2 lepas mengikut subjek.
7. Faktor pendorong yang ada pada pelajar yang pernah meraih kejayaan yang paling cemerlang (MUMTAZ @ jayyid.jiddan) untuk diamalkan bersama(cth:study tengah malam selepas qiamullail,amalan puasa sunat dll)
8. Membuat formula(menggabungkan pangkal huruf menjadi suatu cerita rekaan yang menarik mewakili gambaran setiap fakta)dan sistem angka untuk setiap point berangkai
9. Study group.Berbincanglah dengan kawan terhadap kefahaman untuk setiap fakta dan fokus yang diberikan oleh pensyarah dalam kelas.Kadangkala,kita merasakan sudah cukup faham,namun,berhati2lah daripada SILAP FAHAM! Perbincangan dan pendapat kawan2 mendorong kita untuk lebih mudah membuat bayangan dan mengingat setiap fakta.
10. meletak gambar orang tersayang dan kata2 semangat di dinding
11. buat countdown supaya diri tak terleka dan kerap rasa takut untuk buang masa kerana sudah set dalam minda,exam makin hampir
12. Yang penting sekali untuk perhatian sahabat2,saya sarankan secara serius untuk:
• menjaga adab:
-adab bersama guru
-adab mendampingi kawan2
-adab menghormati kitab2 kuliah dan nota
-adab belajar seperti membaca doa sebelum dan selepas,ada yang berpendapat perlu menutup aurat setiap kali belajar,mendapat posisi strategik ketika study bergantung kepada keselesaan masing2(atas meja,atas katil,depan tv,sambil makan dsb
• menjaga pemakanan agar hafazan kuat dan lekat di ingatan:
• makan makanan yang halal dan tidak syubhah(seperti barangan boikot)
• amalkan makan madu dan habbatussaudak setiap pagi
• minum air kosong dengan kadar yang banyak
13. menjaga ukhwah,hubungan dengan Allah dan individu sekeliling kita(ahli bilik dan kawan2 sebatch).Cuba istiqamah zikrullah dan qiamullail setiap malam.Jika tidak mampu,tampung dengan solat sunat dhuha.Elakkan melakukan kesalahan(perkara lagho) atau maksiat kecil
14. Jangan ada pemikiran nak berjaya sorang2.Bantu kawan2 yang agak lemah dan sentiasa beri semangat pada diri sendiri dan orang lain.Sila elakkan diri menggunakan alasan study,kelas dll untuk mengelak daripada menerima taklifan persatuan.Tawar perkhidmatan mengajar dan kebajikan kepada kawan2 kita.
15. Sentiasa menghubungi keluarga dan memaklumkan perkembangan terkini.Minta mak dan abah melazimi solat hajat dan doa secara berterusan untuk kejayaan dan kesihatan kita.
Akhirnya,setelah usaha untuk mempersembahkan yang terbaik telah kita lakukan,bertawakallah terhadap natijah peperiksaan kita.Moga kita tidak mudah lemah semangat jika diuji dengan kegagalan.
P/s:Ini hanyalah coretan saya sebagai seorang individu yang masih lemah dan dalam proses belajar. Banyak lagi perkara yang ustaz saya berikan saya tidak amalkan. Saya juga bukan insan yang kamil untuk melakukan semuanya. Bersama –samalah kita memburu najah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam....tq for visit my blog..
gudluck for ur final exam k...
me pn next week start exam....
what a gr8 tips. seronok bacer. haha
;P
Post a Comment