Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 31, 2008

PSM


Ini bukan cerita pasal Play Station Magazine a.k.a PSM. Ini cerita pasal PSM yang lain. Projek Sarjana Muda. Ah...memang menakutkan!!! tak pernah aku takut sebegini sampaikan dah habis present pun aku rasa berdebar gile.. even aku g interview pun aku tak cuak macam ni.,Just imagine!aku merupakan second presenter untuk sidang pagi ni dan tidak dibenarkan membuka slide yang aku rasa aku dah buat lawa gile...pulak tu dapat 3 orang panel killer..P.M Dr. Roslan, Tn. Hj. Kamarudin a.k.a En. K n En. Shamsul Hendra. Maunya tak menggeletar kepala lutut ni bila Dr. Roslan tanya aku macam2. Nak tak nak kena jawab secara profesional mengikut apa yang aku paham based on guide yang diberikan penyelia aku, En. Ismail Haron. Tq untuk ketiga-tiga panel yang sedia mendengar n kepada Dr. Roslan n En. Hendra, tq atas teguran untuk penambahbaikan projek ini dan pujian yang diberikan pada aku.."Your presentation is very smooth compare with other students..".hehehe.

Intro slide yang tak digunakan sebagai bahan presentation. Tajuk dalam bahasa melayunya ialah Pengurusan Pembuangan Sampah di Bangunan Pasca Tingkat

Apa2 pun baru aku paham yang PSM ini juga merupakan singkatan untuk Persediaan Sebelum Mati. Yang penting semua benda yang hendak dilakukan mesti ada persediaan yang cukup. Kalau tak memang kena hentam!!! Sebab itu, kena rebut 5 perkara sebelum datang lima perkara :

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati

For those yang akan present pada sidang petang, wish you best of luck! dan jangan lupa malam ni ada solat hajat and majlis restu ilmu dengan lectureres Qs Department di KRp. Prof, PM, Dr., Encik, Puan dan Cik, kami memohon restu atas segala ilmu yang telah kalian curahkan..

*pelik gak en. K tak tanya apa2 soalan pun masa present viva td..Bestnyer...yahooo.....('',)

Tuesday, October 28, 2008

Ma’at taufiq wan najah


“Ya Allah!dah nak nak exam!”,tak semena2 kata2 ini terpacul dari mulut saya apabila memasuki study week. Seperti hati saya tidak percaya untuk menghabiskan pengajian di semester ini.Emosi yang mengatasi realiti.Lalu kesedaran ini mendorong saya mengkoreksi diri. Minggu study saya gunakan untuk mengulangkaji semula pembelajaran saya sepanjang semester ini. Saya mula berkira2 markah exam mid term yang telah saya lalui pada bulan ogos lalu. Saya mula menghitung masa.Sebagai konklusi, final exam saya hanya tinggal beberapa jam sahaja bermula hari ini!
Apa yang perlu dilakukan dalam tempoh sesingkat ini?
Saya akan berkongsi bersama rakan-rakan. Semoga sama2 beroleh kejayaan.Sebelum itu,saya dahului dengan peringatan buat diri:

“Kejayaan hakiki dalam menuntut ilmu adalah keberkatan dari pemilik ilmu tersebut.Bukti keberkatan itu adalah bilamana seseorang berjaya mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.Maka,berhasillah ilmu itu sebagai nur,pembimbing manusia menemui jalan kebenaran.Adapun natijah bertulis hanyalah penilaian kecil yang tidak harus diperkecil.Justeru,jadilah penuntut ilmu yang cemerlang lagi terbaik dari segenap aspek!”


Di saat-saat genting sebegini, saya sebenarnya akan mula belajar secara last minit sahaja, Apa yang orang akan faham, study last minute adalah tidak elok tapi itulah saya dan saya boleh dikategorikan sebagai pelajar yang agak malas untuk mengulangkaji. Tapi saya ingat lagi nasihat seorang ustaz saya yang saya pegang hingga ke hari ini iaitu untuk menghadapi peperiksaan :
Perlu :
1. Mengenali diri kita
2. Pastikan kita mengikuti perkembangan semasa kuliah.Paling kurang,sudah melengkapkan nota kuliah,menempah buku2,memahami satu per dua daripada input dan output pensyarah dan menyudahkan semua urusan perkuliahan(kad matrik).
3. Mula merangka jadual belajar bermula saat ini sehingga minggu peperiksaan.
4. Memastikan penggunaan masa secara optimum.Masa selepas Subuh,dalam kenderaan,ketika berjalan kaki,ketika menunggu(sebelum program,mesyuarat dsb) dan pada setiap masa yang terluang,jadikan nota teman bicara kita.
5. Kelas tutorial,study group dan segala aspek gempur serta motivasi peperiksaan perlu bermula sekarang!Pastikan subjek yang sukar difahami diletakkan sebagai prioriti utama dalam senarai kitab yang perlu dikhadamkan dengan kadar segera!.
6. Sistematik dalam urusan pemfailan segala nota kuliah,nota ringkas dan koleksi soalan peperiksaan tahun2 lepas mengikut subjek.
7. Faktor pendorong yang ada pada pelajar yang pernah meraih kejayaan yang paling cemerlang (MUMTAZ @ jayyid.jiddan) untuk diamalkan bersama(cth:study tengah malam selepas qiamullail,amalan puasa sunat dll)
8. Membuat formula(menggabungkan pangkal huruf menjadi suatu cerita rekaan yang menarik mewakili gambaran setiap fakta)dan sistem angka untuk setiap point berangkai
9. Study group.Berbincanglah dengan kawan terhadap kefahaman untuk setiap fakta dan fokus yang diberikan oleh pensyarah dalam kelas.Kadangkala,kita merasakan sudah cukup faham,namun,berhati2lah daripada SILAP FAHAM! Perbincangan dan pendapat kawan2 mendorong kita untuk lebih mudah membuat bayangan dan mengingat setiap fakta.
10. meletak gambar orang tersayang dan kata2 semangat di dinding
11. buat countdown supaya diri tak terleka dan kerap rasa takut untuk buang masa kerana sudah set dalam minda,exam makin hampir
12. Yang penting sekali untuk perhatian sahabat2,saya sarankan secara serius untuk:

• menjaga adab:
-adab bersama guru
-adab mendampingi kawan2
-adab menghormati kitab2 kuliah dan nota
-adab belajar seperti membaca doa sebelum dan selepas,ada yang berpendapat perlu menutup aurat setiap kali belajar,mendapat posisi strategik ketika study bergantung kepada keselesaan masing2(atas meja,atas katil,depan tv,sambil makan dsb
• menjaga pemakanan agar hafazan kuat dan lekat di ingatan:
• makan makanan yang halal dan tidak syubhah(seperti barangan boikot)
• amalkan makan madu dan habbatussaudak setiap pagi
• minum air kosong dengan kadar yang banyak

13. menjaga ukhwah,hubungan dengan Allah dan individu sekeliling kita(ahli bilik dan kawan2 sebatch).Cuba istiqamah zikrullah dan qiamullail setiap malam.Jika tidak mampu,tampung dengan solat sunat dhuha.Elakkan melakukan kesalahan(perkara lagho) atau maksiat kecil
14. Jangan ada pemikiran nak berjaya sorang2.Bantu kawan2 yang agak lemah dan sentiasa beri semangat pada diri sendiri dan orang lain.Sila elakkan diri menggunakan alasan study,kelas dll untuk mengelak daripada menerima taklifan persatuan.Tawar perkhidmatan mengajar dan kebajikan kepada kawan2 kita.
15. Sentiasa menghubungi keluarga dan memaklumkan perkembangan terkini.Minta mak dan abah melazimi solat hajat dan doa secara berterusan untuk kejayaan dan kesihatan kita.

Akhirnya,setelah usaha untuk mempersembahkan yang terbaik telah kita lakukan,bertawakallah terhadap natijah peperiksaan kita.Moga kita tidak mudah lemah semangat jika diuji dengan kegagalan.

P/s:Ini hanyalah coretan saya sebagai seorang individu yang masih lemah dan dalam proses belajar. Banyak lagi perkara yang ustaz saya berikan saya tidak amalkan. Saya juga bukan insan yang kamil untuk melakukan semuanya. Bersama –samalah kita memburu najah.

Monday, October 27, 2008

Anak-anakku

adik pipah n kakak piqah

adik amcai, kimi n jajiQ

Tiap-tiap pulang dari kampus, aku kena layan anak buah aku, Kimi yang begitu teruja sangat dengan keretapi..Bila nampak aku buka laptop je, memang kena layan kehendak dia je. Mahunya dia nak tidur selagi dia tak puas menghadap beberapa video pasal keretapi yang aku download dari youtube.

“Pak Chu, Mi nak keretapi..” ayat itu memang aku ingat bila tiada berdekatan dengannya. Keletahnya memang sentiasa mencuit hatiku.

Kesian Hakimi….mungkin disebabkan terlalu rindukan sepupunya, Aqil Haziq, dia terlalu teruja dengan keretapi sampaikan aku tunjukkan video sinchan dan upin&ipin pun dia tak nak sebabnya mereka berdua berpisah di stesen keretapi untuk pulang ke kelantan apabila kakak ku mengambil Haziq semula selepas mereka sentiasa bersama selama 9 bulan di bawah jagaan emak ku.

Pak Chu juga sentiasa ingatkan keletah Afiqah, Jajiq, Afifah n Amcai..

Wednesday, October 22, 2008

Silaturrahim

Semalam macam ada sesuatu yang berlaku..aku tak pasti apa tapi yang penting ramai betul kenalan lama yang call and ajak jumpa. First, pagi semalam seorang kenalan aku yang dah berpisah around 10 years ago..kak ecahh, yang aku kenal masa mewakili kadet bomba negeri johor ke peringkat kebangsaan.. Just imagine! 10 years is quite long for me..satu tempoh yang cukup panjang…So, aku memang tak expect yang aku akan jumpa dia sebab last jumpa time kadet tu la and she give me a cute pillow as a souvenir.

Dalam tempoh yang cukup panjang tu,dia mesej aku nak jumpa aku di CICT, UTM..Fuhhhh…
memang terkujat abis sebab malu gak nak jumpa dia sebenarnya. Bila dah set masa kul 1.30 aku jumpa dia kat sana..apa yang aku nampak hanya seorang gadis yang cute miut dah tunggu aku..
Ada 2 persoalan yang timbul dalam kepala fikiran aku iaitu

1. Adakah aku yang semakin mengembang menyebabkan kak ecah nampak cute?
2. Adakah kak ecah semakin mengecil menyebabkan aku nampak berisi?

Jawapannya aku tak pasti tapi yang pasti ramai kenalan lama aku kata aku makin berisi berbanding dulu…huhuhu

Petangnya pula, after final presentation techo, kawan sek lama aku call ajak lepak kat taman Universiti,,lukman hakim a.k.a Scheba’ datang ke jb dengan tujuan hendak berkursus di CIDB tapi sambil2 tu datang merapatkan silaturrahim dengan kawan2 lama.. aku, kamal n dwen dapat jugak makan percuma nasi putih ayam penyet.





Balik je kolej,,,aku dapat calling dari Kak Eyah..uh…memang mengejutkan sebab kami lost contact around 8 years..dan kak eyah pun dah kawin sekarang but study lagi dalam bidang pendidikan di maktab Melaka. Malamya pula, sempat jugak kami lepak2 ngan acet, pulot, rudy, sandak, chodot, n kere’ di restoran osman BBU..

Hari semalam merupakan hari yang baik bagi aku dan aku harap hari2 yang bakal mendatang akan lebih baik daripada hari semalam. Bila aku fikir semula barulah aku faham erti silaturrahim sebenarnya. Ia membawa erti yang cukup besar sekali bagi sesiapa yang menghargai sesuatu hubungan..Bukan mudah untuk menjaga silaturrahim andai diri kita sendiri tidak pernah mengingati orang-orang sekeliling yang pernah menceriakan hidup ini.

Special thank you to kak eyah because u are my good sister during me in smkajb since 1998 untill 2000..we’re always together sharing about our problem dan tidak lupa juga kepada kawan2 di smkajb juga yang sentiasa menceriakan hidup ini ketika di zaman persekolahan…

Monday, October 20, 2008

Kaulah ratu,,kaulah raja...


Renungkanlah….

Jika emak sanggup berkerah tenaga untuk aku…..

Mengapa aku tidak sanggup berkerah tenaga untuk mencapai kejayaan demi emak..

Jika emak sanggup luangkan masa untuk aku…

Mengapa aku tidak boleh luangkan masa untuk emak?

Bayangkan jika suatu hari emak tiada....

Siapa lagi yang akan masakkan aku lauk yang sedap2 bila balik dari kampus..

Siapa lagi yang ingin mendengar luahan rasa aku tika aku dilanda masalah..

Siapa lagi yang akan memberi komen tentang penampilan aku...

Siapa lagi yang akan masakkan bekalan bila aku bekerja nanti...

Siapa lagi yang akan temankan aku untuk ke mana-mana..

Siapa lagi yang akan bergurau senda dan berkongsi masalah dengan aku...

Emak...

Kaula ratu hatiku...

Tanpa dikau aku takkan sampai ke tahap ini...



Dan renungkanlah....

Jika bapak sanggup untuk bekerja lebih masa untuk aku...

Mengapa aku tidak boleh tolong bapak lebih masa...

Jika bapak sanggup letih dan penat demi aku..

Mengapa aku tidak boleh begitu untuk bapak...

Bayangkan jka suatu hari bapak tiada.....

Siapa lagi yang akan potongkan rambut aku..

Siapa lagi yang akan memberi aku nasihat dan kata-kata yang membina...

Siapa lagi yang akan berkorban harta dan wang ringgit demi aku...

Siapa lagi yang akan memantau kehidupan aku...

Siapa lagi yang akan berselisih pendapat dengan aku...

Bapak..

Kaulah raja di hati ini..

Tanpa mu hidup ini akan dilalui dengan sukar sekali...


Terima kasih untuk mak dan bapak..

Sayang selalu...


Benih yang baik, walau dicampak di mana tempat pun,

akan membuahkan hasil yang baik


Tika dan saat ini, hati ini begitu sayu apabila memikirkan keadaan ayahanda yang tidak berapa sihat....

Sambungan dari rumah aku yang digegarkan bersempena raya ke lapan belas






Kat sini aku upload gambar kawan2 yang datang kat umah aku..tak semua suka bergambar macam budak2 ni termasuk aku.eh, ye ke?hehehehe..so, ada yang takde dalam pic ni.

Sunday, October 19, 2008

Rumah digegarkan bersempana raya pada hari ke lapan belas

Raya yang ke 18 jatuh pada hari sabtu..aku ngan adik ada niat nak tong2 sama2 untuk wat open house buat kawan2 semua. Mak aku bersetuju dengan cadangan aku ngan adik aku sbb itu juga merupakan cara untuk bersedekah. Mujur adik aku bawa kawan2 dia selaku dayang2 aku dari UTHM untuk membantu emak di dapur. Tq jugak untuk jiran tetangga yang membantu dari semalaman lagi untuk membuat kuih...

Sebelum aku cerita lebih lanjut, menu utama pada mjlis tu ialah nasi putih, sayur nangka masak lemak, ayam masak sambal pedas, ulam raja dan kacang botol, sambal belacan, sambal tempoyak, kuih koci dan karipap, air sirap serta kuih muih raya.

Memang "masyuk" mak masak semua sebab masing2 kepedasan dan ada yang tambah dua kali. Aku sebagai anak hanya mampu tersenyum tanda kepuasan yang tak terhingga. Trip pertama kawan2 adik aku datang dari batu pahat. Geng2 dia memang sporting sebab sanggup datang dari jauh semata-mata nak raikan kawan jugak. Sebenarnya, mak aku ada niat jugak sambil2 nak wat belated birthday untuk adik aku gak yang ke 22. Happy belated birthday dik...Sebelum makan bapak aku ada wat doa selamat gak tanda kesyukuran..

Kunjungan kawan2 aku dari utm belum datang lagi sbb diorang g umah member aku sorang lagi. Nak gerak ke umah aku, ujan turun lebat plak..so, jalan kat higway pasir gudang jem..plak tu diorang konvoi 7 buah kereta. Lebih kurang jam 4, aku dapat call dari roomate aku yg cakap diorag accident sesama sendiri..pia tak sempat nk brek emergency then langgar kete daus..aku tergamam!! sebab dengarnye macam teruk tp mjur takde kecederaan parah dilaporkan. Daus mintak aku mintak tolong carikan kedai yang ada jual bumper kancil..sampai umah aku je, masing2 macam kaku sebb mungkin trauma ngan kejadian tu.Lepas daus makan, terus ajak aku g kedai aksesori kereta. Memang kerja gila time tu sebab kawan2 datang rumah aku tapi aku takde sampai diorang balik. Sorry kawan2 sebab kejadian macam ni takde sape yang nak. Bincang punya bincang ngan tauke kedai, dia suruh antar kereta kancil tu ketuk dulu..Ketuk tak sampai 30 minit kena cas rm70.mahal giller bapak aku rasa tapi bila fikir balik kerja macam tu memerlukan skill. Skill tu yang mahal sebenarnya. After siap ketuk je kereta tu, terus pecut ke kedai aksesori kereta di masai.. Sesi tawar menawar ngan tauke pun berlaku.Sori daus, aku tak bawak wallet..sebb emergency time tu sampai semua lupa.

Bila dah nego harga ngan tauke kedai, dapt la jugak harga rm120 siap pasang ngan no plate kereta.Memang kerja giler jugak sebab duit dalam tangan cuma ada rm125. Bila bumper dah pasang.. tauke boleh tanya lagi, "no plate nk pasang tak? kalau lu nak pasang, kena tambah rm18 lagi.." dalam hati aku dah maki hamun dah.."cibai betul apek ni, janji lain, cakap lain plak"
aku tanya Daus selaku tuan punya kereta.."Boleh ke?"
"Balance tinggal rm5 je ni"..balas daus..
aduh.....memang cibai punya apek ni...
Bincang punya bincang dan setelah geledah semua ruang dalam kereta, dapat la penambahan rm5 lagi..fuhhh..memang satu keadaan yang amat mencemaskan aku rasa..pastu terus jempa tauke. tanya "rm10 buat plate sekali tak boleh ke?"
"Ok la..wa kasi cincai sama lu"...apek dah mula bengang aku rasa..
Tunggu punya tunggu siap gak dalam masa 1 jam lebih dia wat bumper kancil kawan aku tu..
Time tu aku dah panas punggung sebab kawan2 lain memang dah mula tunggu kat rumah..
Settle je uusan kereta tu, aku ngan Daus terus pcut balik rumah dan kawan2 dari utm dah takde sebab diorang tunggu kat masjid hajah maznah..yang ada kawan2 aku dari smkajb..

Kawan2 coursemate, sorry sangat sebab tak dapat entertain korang dan jangan serik datang rumah aku tapi harap korang puas dengan menu yang sangat pedas pada hari tu..

InsyaAllah, kalau ada umur yang panjang, korang gegarkan rumah aku lagi ye sebab tahun ni dah final year, so raya tahun depan maybe semua dah kerja..dan semuanya akan menjadi busy yang amat sangat.

Terima kasih yang tak terhingga kepada orang2 kuat dalam majlis ni..especially for my mum, jiran tetangga, kak ida, kak izan kan cik ida.. geng2 adik aku dari uthm..amy, sipah, besah dan huda. Jasa kalian akan ku kenang..kepada amy..abang epul nak mintak maaf banyak2 sebab banyak sakat amy..

Gambar majlis akan aku post later tapi tak semua ada termasuk aku.huhuhu


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails