Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 30, 2009

Takdir dan Syukur

Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan..
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-NYA..
Syukur pada Allah kerana pemberiannya kerana apa yang kita minta belum tentu baik untuk kita.
Gunakan segala nikmat yang Allah bagi dengan sebaiknya mungkin..itulah tanda syukur kita pada Allah.

kiriman ringkas dari awak membuatkan saya terfikir panjang..saya juga hanya mampu berserah..

Saturday, March 28, 2009

Happy Birthday to Afifah

HAPPY BIRTHDAY TO U..
AFIFAH MAHIRAH BINTI SAIFUDDIN
YANG KE 2 TAHUN


Pak Chu doakan semoga Pipah menjadi anak yang solehah untuk ibu dan ayah...
Semoga anak pak Chu ni tabah menjalani kehidupan bersama ibu dan kakak tanpa ditemani ayah kerana ayah bekerja di negeri pantai timur.
Gambar ni pak Chu ambil dari photopages ayah Pipah...

Wednesday, March 25, 2009

Emak..sedang buat apa tu?

Saya tak balik ke rumah.

Tengahari semalam, saya terserempak dengan abuji (bapa abu turab) sewaktu hendak makan tengahari bersama rakan-rakan saya (dah lama saya tak makan bersama rakan-rakan sejak saya ulang alik dari rumah ke kampus), saya bersalaman dan memeluk erat abuji sebabnya sudah lama saya tidak berjumpanya...air mata mula berkaca sewaktu berjumpa dengannya kerana abuji juga sudah saya anggap sebagai bapa saya sendiri. Abuji tidak lokek untuk memberi kata-kata nasihat. Saya tahu, abuji juga seorang yang kuat menghadapi hari-hari yang mendatang sebabnya dia juga telah kehilangan insan yang tersayang~seorang isteri.

Dalam waktu yang singkat kami hanya sempat bertanya khabar dan keadaan sekarang. Katanya, jangan ikutkan perasaan dan kata hati..sibukkan diri berurusan dengan akhirat dan yang mengkagumkan saya, abuji sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana dalam bidang senibina. Belum sempat saya bertanya kenapa abuji sambung pengajian walhal sudah mempunyai kerjaya yang stabil, rumah yang besar, firma arkitek yang gah..abuji menjelaskan bahawa menuntut ilmu juga diberi pahala dan tambahnya lagi beliau belum puas lagi menuntut ilmu dan sebab itu abuji sedang sibuk ke arah untuk menambahkan pengetahuan dalam diri. Saya kagum. Kata-kata abuji mengingatkan saya kepada situasi kadang-kadang saya juga ada merungut betapa sukarnya untuk memahami sesuatu ilmu..rupanya kesukaran itulah yang ada ganjaran yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar..

__________________________________________________________

Semalaman tidak balik ke rumah atas tuntutan sebagai seorang pelajar. Menghadiri ujian dan kelas pada waktu malam menyebabkan terpaksa meninggalkan emak bersendirian. Pesanan ringkas yang dihantar kepada kakakku, harap-harap diambil tindakan segera untuk menemankan emak di kala aku tiada di rumah.

Harap mak dalam keadaan baik sepanjang malam aku tiada di rumah. Menjelangnya peperiksaan yang semakin hampir menyebabkan kelas waktu malam terpaksa dibuat dan menyebabkan aku juga terpaksa meninggalkan emak bersendirian...

Malam ini juga aku akan balik walaupun aku pasti kelas malam ini akan habis lewat.

Tuesday, March 24, 2009

Kelmarin..saya ke sini

Sesekali membawa anak saudara ke tempat sebegini, menyeronokkan juga..merupakan terapi minda buat saya untuk rehat seketika dari kesibukan..

Satu entri yang tak penting...saje je..
Broadband celcom asyik buat hal je..nape ni???

Friday, March 20, 2009

Musim kahwin (Part III)

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT
FARHAN a.k.a BILAL DAN ISNIZA a.k.a ISZ
Erm...senyum seri pengantin

Kawan2 yang terlebih suka

Semoga dipermudahkan urusan oleh Allah Taala dalam menempuhi alam rumahtangga.

Thursday, March 19, 2009

Pelik ke?


Baru sahaja selesai membaca sebuah buku yang agak santai..ermmm..banyak yang saya pelajari dari buku ini..bermula dari peringkat untuk merisik sehingga ke peringkat mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang soleh dan solehah

Apa yang terkesan di hati saya ialah seharusnya kita hargailah keunikan pasangan masing-masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, lalu belajar untuk saling memahami..hal ini penting demi untuk membina sebuah keluarga berbekalkan syariat Allah dan sunnatullah..

Pelikkan cinta tanpa berkenalan?
keluar makan-makan,
berbalas emel dan SMS?


Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kahwinlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas (Riwayat Tirmizi)

saya harap...awak juga akan membaca buku ini...


Wednesday, March 18, 2009

Sahabat..pulanglah walau sekejap

Sekalipun kita tidak boleh menerima teguran ibu, bapa atau adik beradik kita..jangan sesekali memanjangkan rajuk kita itu..teguran itu bukan untuk siapa..tetapi untuk kebaikan kita juga..Pulanglah ke kampung halaman walaupun sekejap wahai sahabatku..tangguhkan dulu segala urusan lain kerana mereka lebih penting dari segalanya..

Jangan disebabkan kita sudah bermisai lebat dan kuat tulang-tulang, kita menjadi seperti anak yang selalu menggonggong kepada ibu bapanya.Rajuk itu sudah jelas menunjukkan kita telah derhaka dengan tindakan kepada mereka.Ketahuilah oleh kita, ibu bapa telah memelihara kita dari kecil dengan baik, memberi makan, pakaian dan minum, mendidik hingga menjadi orang cerdik pandai, rela tidak tidur demi kita, rela tidak makan asal kita kenyang dan bahkan mahu bersusah payah supaya kita bahagia.

Tapi, jika teguran mereka kita tidak boleh terima, sudah cukup baik kah kita melakukan sebegitu?

Sahabat..pulanglah walau sekejap..salam dan peluklah mereka sepuasnya sebagai tanda kemaafan kerana merekalah harta yang paling berharga…

Monday, March 16, 2009

Penat tapi nikmat

Biasanya, rasa puas itu akan dapat dirasa apabila kepenatan yang dialami itu berbaloi. Kepenatan bekerja berbaloi dengan bayaran gaji.Begitu juga dengan kenikmatan yang dialami dalam kehidupan seharian walaupun tidak menerima sebarang bayaran berbentuk upah atau gaji.Ibaratnya, seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.Dia telah bersusah payah di awal perjalanannya tetapi sekarang dia dan keluarganya boleh menikmati kesenangan.

Kepenatan yang dialami oleh seorang pujangga untuk memilih kata-kata untuk merangkap puisinya..sudah pasti akan dapat menghasilkan satu karya yang cukup menawan.Dan ini membuktikan kepenatan pujangga tersebut adalah berbaloi kerana puisi-puisinya mampu menggerakkan perasaan dan hati nurani pembaca.Seorang pujangga yang tidak pernah merasa susah dan penatnya berusaha dan tidak pernah meneguk kesusahan dalam hidup maka untaian puisi-puisinya hanya akan terasa seperti kata-kata murahan yang tidak bernilai kerana puisi-puisinya hanya keluar dari lisannya, bukan dari perasaannya…dan juga bukan dari hati nuraninya.

Begitu juga dalam kehidupan.Semuanya akan terasa nikmat apabila kita menghayati apa yang kita lakukan.Rasa sakit pun boleh terasa nikmat jika dihayati.Manakan tidak, semasa sakitlah hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta semakin dekat.Masa itulah keikhlasan berdoa kita serahkan segalanya…Penat juga sebegitu..mengadulah kepada Yang Maha Pencipta bahawa kita penat kerana Dia amat memahami hambanya tetapi jangan sampai jadikan alasan penat itu untuk tidak menghadap Allah sebanyak 5 kali sehari...

Hujung minggu yang cukup memenatkan..Menguruskan segala urusan kedai untuk berpindah..memenuhi undangan jemputan perkahwinan sebanyak 3 tempat sebagai wakil kepada arwah bapa..Dan menyiapkan 3 tugasan sekaligus malam semalam tanpa rehat yang cukup sebabnya malas hendak bertangguh lagi kerana tugasan baru pasti akan ada lagi.hujung minggu yang sangat puas dan nikmat bagi saya!Alhamdulillah Allah memberi kekuatan untuk saya hadir ke kuliah pada pagi ini dan diberi kesihatan yang baik untuk bertebaran menuntut ilmu….dan petang ini saya akan menziarahi pusara bapa kerana tidak sempat ziarah pada hujung minggu (semalam)

Kepada ‘awak’, projek sarjana muda awak saya belum buat semakan lagi…..terima kasih kerana memahami.

Tidak lupa juga ucapan Selamat Hari Lahir kepada rakan sepejuangan,Shahira binti Hamdan.Semoga segala impian tercapai..Amin.

Sunday, March 15, 2009

Musim kahwin (Part II)

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SAHABAT-SAHABAT YANG TELAH MENDIRIKAN MASJID BAGI MELAYARI ALAM KEHIDUPAN SEBAGAI SUAMI ISTERI


Siti Hajar dan Ikhwan

Ahmad Fansuri dan Azwati

Semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat.

Monday, March 09, 2009

Air Mata Rasulullah S.A.W

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakitsakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat
nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita
mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin... .


Marilah kita bersama-sama memeriahkan Sambutan Maulud Nabi sebagai tanda kasih nya kita kepada junjungan mulia baginda Rasulullah s.a.w ...

Saturday, March 07, 2009

La Tahzan

Baru sahaja selesai membaca satu buku motivasi Islam yang bertajuk La Tahzan..Saya fikir buku ini sangat bagus untuk orang seperti saya sebabnya ia memberi motivasi supaya jangan terlalu bersedih dengan sesuatu.Saya kongsi buku ini bersama emak tercinta supaya mak juga mendapat kekuatan untuk menempuhi hari2 yang mendatang.

Apa yang sudah pergi, relakanlah dia pergi.Jangan biarkan hidup dihantui masa lalu, jangan biarkan diri sentiasa dibayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu.Ibaratnya kita tak pelu mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya, memulangkan matahari kepada tempat terbitnya, mengembalikan kanak-kanak ke dalam rahim ibunya kerana kerja sebegitu akan membuatkan kita terbakar dengan apinya.

Alhamdulillah minggu ini, kami adik beradik dapat berkumpul bersama2.Kebetulan ada cuti sambutan maulidur rasul isnin nanti, maka dapatlah mereka untuk cuti lama sedikit.Seperti biasa, kami akan menziarahi pusara bapak yang hampir memasuki hari yang ke 40 dan hari ini juga kami adik beradik akan menguruskan pusara bapak sebabnya kami tidak memasang batu dan menanam rumput lagi di pusara bapak sebabnya penggali kubur tidak benarkan jika kubur masih dalam keadaan baru.Tapi memandangkan keadaan cuaca sering hujan dan tanah sudahpun mendap sedikit, kami sepakat untuk memperelokkan pusara bapak.

Dan lagi, hari ini kami sepakat untuk mengadakan majlis tahlil bagi arwah bapak.Saat2 sebegini pastinya sedih kerana mengenangkan arwah bapak.Masa berlalu sebegitu pantas...Rasa baru semalam dapat berjumpa dan bersembang dengan arwah bapak.Semoga arwah bapak aman dan tenang di sana..InsyaAllah anak2 mu akan sentiasa mengirimkan doa untuk mu.

Sebagai manusia tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang sebab hembusan angin sentiasa menghala ke depan, air mengalir pun menuju ke depan, kafilah berjalan pun ke arah depan.Itulah sunnah alam bahawa aturan hidup dan arus tak perlu ditentang.Yang hidup teruskan hidup, yang tiada jangan diratapi tapi kenanglah dia dalam ingatan doa kita.

Tuesday, March 03, 2009

Happy Birthday to JaJiQ

Selamat hari Lahir buat Muhammad Aqil Haziq bin Zulfikri.
Semoga Jajiq akan menjadi anak yang soleh buat mama dan abah.
Pak chu hanya mampu doakan dari jauh je.Semoga Jajiq diberi nikmat kesihatan yang baik.

Nenek pesan :
Rajin2 ajak mama dan abah balik kampung jb walaupun pak chu tau perjalanan ke kelantan ke johor bahru mengambil masa yang panjang.

SELAMAT HARI LAHIR BUAT JAJIQ YANG KE 2 TAHUN.

Sunday, March 01, 2009

Sayalah anak, sayalah "bapa"

Setelah selesaikan segala urusan di rumah, saya dan emak berhajat untuk menziarahi pusara arwah bapak.Memang setiap minggu kami anak beranak akan menziarahi pusara arwah bapak.Ikutkan hati, setiap hari kami hendak pergi tetapi disebabkan kekangan masa dan tuntutan duniawi menyebabkan kami hanya berpeluang untuk menziarahi pusara bapak pada hujung minggu sahaja.Usai membaca surah yasin bersama emak di pusara bapak, saya mendapat mesej dari obe' saya (panggilan kepada pakcik saya) menyatakan pagi tadi dia juga telah meziarahi pusara bapak saya dan menyatakan kepada saya bahawa makcik saya tidak sihat.

Kesempatan masa yang ada pada hujung minggu, saya terus ke rumah obe' saya bersama untuk melihat keadaan makcik.Kasihan melihat keadaan makcik kerana tidak sihat dan biasanya dialah orang yang paling sibuk untuk menghidangkan makanan apabiila keluarga kami sampai di rumahnya.

Kebiasaannya, apabila datang ke rumah obe', beliau akan memberi kata nasihat buat saya. Obe' mula bercerita yang dia telah bermimpi bercakap dengan arwah bapak.Obe' cerita lagi, dalam mimpi tersebut, obe' menyatakan arwah bapak mengadu bahawa dia terlalu merindui anak2nya.Ya Allah, ketahuilah oleh-Mu, bahawa kami juga merindui arwah bapak.
Saat itu, mata saya mula berkaca apabila obe' menceritakan bahawa sekarang yang boleh diharapkan hanyalah saya dan adik saya kerana yang lain masing2 sudah berkahwin dan mempunyai komitmen sendiri.Obe' bercerita lagi bahawa dalam mimpi tersebut bapak berpesan jangan rebutkan duniawi semata-mata.Saya akan ingat segala pesanan arwah bapak kerana memang ada betulnya dan insyaAllah kami akan sentiasa menziarahi pusara arwah bapak supaya dengan cara itu rindu kami juga akan terubat.

Banyak lagi obe' memberi nasihat kepada saya kerana saya seorang satu2nya anak lelaki yang masih tidak berkahwin dan menetap bersama emak.InsyaAllah, jika diizinkan Allah, saya akan tingggal bersama emak buat selama-lamaya sebab itulah permintaan emak.Emak lah harta kami paling berharga sekarang.Saya juga sanggup mengorbankan kehidupan sebagai seorang mahasisiwa di kampus kerana setiap hari berulang alik dari rumah ke kampus yang mengambil masa perjalanan selama 40 minit.Memang memenatkan tapi apakan daya itulah salah satu cara supaya emak sentiasa kuat untuk menghadapi hari2 yang bakal mendatang.Selepas kuliah, terus saya memandu ke kedai untuk menjaga kedai runcit arwah bapa pula.

Hadir ke kampus hanya untuk hadir kuliah sahaja.Segala aktiviti bersama rakan2 sekampus saya hadkan buat sementara waktu.Sampai ada antara mereka yang berkecil hati kerana saya belum berpeluang untuk makan dan bersembang bersamanya.Harap mereka masih memahami keadaan saya.InsyaAllah apabila urusan kedai sudah selesai, saya akan bahagikan masa untuk kalian juga.

notakakikukumalu :

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
"Sesiapa yang menziarahi kubur kemudian membaca Yassin, maka Tuhan akan meringankan seksa ahli kubur itu dan pembacanya mendapat pahala yang sama dengan ahli kubur itu"

Wanita : Akal Senipis Rambutnya

Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka,
fikiran dan perasaan lelaki dalam resah,
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun ADAM tetap rindukan HAWA
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok itu,
Untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi seandainya lelaki itu tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok itu,
Menghasilkan bayang2 yang lurus,
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah,
Didikalah mereka dengan panduannya,
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka akan liat,
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan,
Kerana nantinya mereka derita,
Kenalkan mereka kepada Allah,
zat yang kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia!

Akal senipis rambutnya,
Tebalkan ia dengan ilmu,
hati serapuh kaca,
Kuatkanlah ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera,
Hiasilah ia dengan akhlak,
suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya,
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan tuhan,
Bisikkan ke telinga mereka bahawa ia bukan diskriminasi Tuhan,
Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Tuhan,
Jinakkanlah diri dengan Allah,
Nescaya akan jinaklah segala di bawah pimpinanmu,
Jangan mengharapkan suami sehebat Saidina Ali karamuulahuwajhah,
Andai dirimu tidak sebaik Fatimah Az-Zahra

notakakikukumalu :

Hidup dan nasib bukanlah suatuteka teki, tidak pula sebagai permainan takdir sebelum mati,Namun yang pasti hidup adalah medan ujian iman dan takwa.Tabahkan hati teruskan perjuangan.Di sebalik kepayahan dan keperitan yang dialami sebenarnya tersirat 1001 hikmah yang sukar dimengerti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails