Sunday, March 01, 2009

Sayalah anak, sayalah "bapa"

Setelah selesaikan segala urusan di rumah, saya dan emak berhajat untuk menziarahi pusara arwah bapak.Memang setiap minggu kami anak beranak akan menziarahi pusara arwah bapak.Ikutkan hati, setiap hari kami hendak pergi tetapi disebabkan kekangan masa dan tuntutan duniawi menyebabkan kami hanya berpeluang untuk menziarahi pusara bapak pada hujung minggu sahaja.Usai membaca surah yasin bersama emak di pusara bapak, saya mendapat mesej dari obe' saya (panggilan kepada pakcik saya) menyatakan pagi tadi dia juga telah meziarahi pusara bapak saya dan menyatakan kepada saya bahawa makcik saya tidak sihat.

Kesempatan masa yang ada pada hujung minggu, saya terus ke rumah obe' saya bersama untuk melihat keadaan makcik.Kasihan melihat keadaan makcik kerana tidak sihat dan biasanya dialah orang yang paling sibuk untuk menghidangkan makanan apabiila keluarga kami sampai di rumahnya.

Kebiasaannya, apabila datang ke rumah obe', beliau akan memberi kata nasihat buat saya. Obe' mula bercerita yang dia telah bermimpi bercakap dengan arwah bapak.Obe' cerita lagi, dalam mimpi tersebut, obe' menyatakan arwah bapak mengadu bahawa dia terlalu merindui anak2nya.Ya Allah, ketahuilah oleh-Mu, bahawa kami juga merindui arwah bapak.
Saat itu, mata saya mula berkaca apabila obe' menceritakan bahawa sekarang yang boleh diharapkan hanyalah saya dan adik saya kerana yang lain masing2 sudah berkahwin dan mempunyai komitmen sendiri.Obe' bercerita lagi bahawa dalam mimpi tersebut bapak berpesan jangan rebutkan duniawi semata-mata.Saya akan ingat segala pesanan arwah bapak kerana memang ada betulnya dan insyaAllah kami akan sentiasa menziarahi pusara arwah bapak supaya dengan cara itu rindu kami juga akan terubat.

Banyak lagi obe' memberi nasihat kepada saya kerana saya seorang satu2nya anak lelaki yang masih tidak berkahwin dan menetap bersama emak.InsyaAllah, jika diizinkan Allah, saya akan tingggal bersama emak buat selama-lamaya sebab itulah permintaan emak.Emak lah harta kami paling berharga sekarang.Saya juga sanggup mengorbankan kehidupan sebagai seorang mahasisiwa di kampus kerana setiap hari berulang alik dari rumah ke kampus yang mengambil masa perjalanan selama 40 minit.Memang memenatkan tapi apakan daya itulah salah satu cara supaya emak sentiasa kuat untuk menghadapi hari2 yang bakal mendatang.Selepas kuliah, terus saya memandu ke kedai untuk menjaga kedai runcit arwah bapa pula.

Hadir ke kampus hanya untuk hadir kuliah sahaja.Segala aktiviti bersama rakan2 sekampus saya hadkan buat sementara waktu.Sampai ada antara mereka yang berkecil hati kerana saya belum berpeluang untuk makan dan bersembang bersamanya.Harap mereka masih memahami keadaan saya.InsyaAllah apabila urusan kedai sudah selesai, saya akan bahagikan masa untuk kalian juga.

notakakikukumalu :

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
"Sesiapa yang menziarahi kubur kemudian membaca Yassin, maka Tuhan akan meringankan seksa ahli kubur itu dan pembacanya mendapat pahala yang sama dengan ahli kubur itu"

11 comments:

Tirana said...

Sayu baca entry Aie hari ni..Kak Tirana dapat rasakan apa yang Aie rasa. Arwah ayah kak tirana meninggal ketika kak tirana berusia 10 tahun tapi sampai sekarang pun masih rindu pada dia dan setiap kali teringat, mesti airmata akan berguguran..

azza_irah said...

salam aie..
rasa sebak di hati. tersentuh akak mbaca n3 aie. tabahkan hati dik..tuhan sememangnya arif dalam setiap yg telah ditentukan. kuatkan semangat. akak sntiasa doakan aie. moga aie dan keluarga diberi kesabaran dan ketabahan...

sharamli said...

stiap bnda yg jdik ada hikmah..
saba je la...
jg mak lekl0k...

Azita said...

salam aie. sedih akak baca entry aie. akak pun dah kehilangan ayah hampir 13 tahun tapi rasa rindu tetap ada... banyak2 bersabar...

Reez said...

Al-Fatihah buat arwah ayah Aie...

Selagi terdaya, kirimkan doa dan ayat-ayat suci buat arwah... Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan diletakkan disisi org2 yg beriman...

Sbg anak lelaki, tanggungjawab kita pada kedua ibubapa terutama sekali kepada emak kita... Selagi hayatnya, jgn sesekali tinggal dirinya keseorang kerana kita perlu ingat, dialah insan yang telah mengandungkan kita 9 bulan, melahirkan kita dengan penuh kesakitan dan kepayahan, menjaga dan memberikan kita kasih sayang selama kita membesar dan sebagainya... Jasanya, sungguh tidak terkira dan sebab itulah syurga terletak dibawah tapak kakinya...

Baguslah kalau Aie sentiasa berfikiran begitu.. Moga dikekalkan hendaknya...

Tabahkan hati utk menempuh hari muka... Reez yakin, Aie mampu untuk menghadapinya...

~ Seri Lyana ~ said...

anda mengalami hari-hari sukar! Yang pahit itu galang gantinya bagi yang manis.. Redhalah.. Bersangka baiklah dengan ujian Allah.. InsyaALLAH...

Dhada said...

Dugaan dan cabaran tak pernah sepi dalam kehidupan manusia .

alhaqimi said...

salam aie:

kuatkan semangat, teruskan semua usaha murni nak menjaga emak aie.

niza said...

aie...sedih baca entry aie...apa2 pun...akak doakan aie kuat n tabah dik mengharungi kehidupan seorg mahasiswa n anak...akak doakan semoga allah permudahkan segala urusan aie...

addyaholix said...

apa yang mampu aku ucap, moga kau terus kuat. sebab aku yakin kau mampu untuk bahagiakan semua orang yang kau sayang. moga pengorbanan kau kali ini punya ganjaran hebat di akhirat yang hakiki kelak.

Idayu said...

salam aie..akk fhm apa yg aie rasa.akk juga sudah kematian ibu.rindu kita pada arwah,takkan padam.moga aie tabah.jaga emak,byk pahalanya.moga dirahmati Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails