Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, March 07, 2009

La Tahzan

Baru sahaja selesai membaca satu buku motivasi Islam yang bertajuk La Tahzan..Saya fikir buku ini sangat bagus untuk orang seperti saya sebabnya ia memberi motivasi supaya jangan terlalu bersedih dengan sesuatu.Saya kongsi buku ini bersama emak tercinta supaya mak juga mendapat kekuatan untuk menempuhi hari2 yang mendatang.

Apa yang sudah pergi, relakanlah dia pergi.Jangan biarkan hidup dihantui masa lalu, jangan biarkan diri sentiasa dibayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu.Ibaratnya kita tak pelu mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya, memulangkan matahari kepada tempat terbitnya, mengembalikan kanak-kanak ke dalam rahim ibunya kerana kerja sebegitu akan membuatkan kita terbakar dengan apinya.

Alhamdulillah minggu ini, kami adik beradik dapat berkumpul bersama2.Kebetulan ada cuti sambutan maulidur rasul isnin nanti, maka dapatlah mereka untuk cuti lama sedikit.Seperti biasa, kami akan menziarahi pusara bapak yang hampir memasuki hari yang ke 40 dan hari ini juga kami adik beradik akan menguruskan pusara bapak sebabnya kami tidak memasang batu dan menanam rumput lagi di pusara bapak sebabnya penggali kubur tidak benarkan jika kubur masih dalam keadaan baru.Tapi memandangkan keadaan cuaca sering hujan dan tanah sudahpun mendap sedikit, kami sepakat untuk memperelokkan pusara bapak.

Dan lagi, hari ini kami sepakat untuk mengadakan majlis tahlil bagi arwah bapak.Saat2 sebegini pastinya sedih kerana mengenangkan arwah bapak.Masa berlalu sebegitu pantas...Rasa baru semalam dapat berjumpa dan bersembang dengan arwah bapak.Semoga arwah bapak aman dan tenang di sana..InsyaAllah anak2 mu akan sentiasa mengirimkan doa untuk mu.

Sebagai manusia tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang sebab hembusan angin sentiasa menghala ke depan, air mengalir pun menuju ke depan, kafilah berjalan pun ke arah depan.Itulah sunnah alam bahawa aturan hidup dan arus tak perlu ditentang.Yang hidup teruskan hidup, yang tiada jangan diratapi tapi kenanglah dia dalam ingatan doa kita.

8 comments:

Kapten Luffy said...

jgn sedih sgt... sebaliknya kena bersyukur dengan apa yg sudah ditentukan-NYA... :)

azza_irah said...

akak doakan aie semakin tabah. insya allah masa yang berlalu akan membantu aie menjadi lebih kuat. kenangan bersama tak patut dilupakan, biar ia terus hidup dalam diri kerana itu yang memberi kita semangat bukan melemahkan.

cIk pEnNa said...

sy doakan Aie menjadi lebih kuat menghadapi dugaan..

Dhada said...

Dhada juga bru kehilangan seorg pakcik :/

Keri AlHaj said...

La Tahzan... ya.. buku motivasi penguat semangat yg sgt bagus... jgn bersedih. saya telah membaca buku tersebut berkali-kali juga... saya syorkan juga aie baca buku 'Jangan Takut"... terbitan penerbit yg sama dan penulis yg sama... sebuah buku motivasi yg tak kurang hebatnya....

jiji najiy said...

tabahkan hati yea abg aie
bykkn solat,doa,sedekah utk arwah
doa seorg anak yg soleh amat2 diperlukan

btw, jgn lupe jage mak abg aie

filanastasia said...

aie : you're not alone.. been there.. done that.. kita hanya perlu menguatkan diri.. keep him in da memory.. it last forever...

Fly said...

salam sohabat, setiap yang berlaku penuh hikmah yang tersirat di sebaliknya. Allah maha agung. selamat menyambut maulidur rasul

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails