Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 25, 2009

Emak..sedang buat apa tu?

Saya tak balik ke rumah.

Tengahari semalam, saya terserempak dengan abuji (bapa abu turab) sewaktu hendak makan tengahari bersama rakan-rakan saya (dah lama saya tak makan bersama rakan-rakan sejak saya ulang alik dari rumah ke kampus), saya bersalaman dan memeluk erat abuji sebabnya sudah lama saya tidak berjumpanya...air mata mula berkaca sewaktu berjumpa dengannya kerana abuji juga sudah saya anggap sebagai bapa saya sendiri. Abuji tidak lokek untuk memberi kata-kata nasihat. Saya tahu, abuji juga seorang yang kuat menghadapi hari-hari yang mendatang sebabnya dia juga telah kehilangan insan yang tersayang~seorang isteri.

Dalam waktu yang singkat kami hanya sempat bertanya khabar dan keadaan sekarang. Katanya, jangan ikutkan perasaan dan kata hati..sibukkan diri berurusan dengan akhirat dan yang mengkagumkan saya, abuji sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana dalam bidang senibina. Belum sempat saya bertanya kenapa abuji sambung pengajian walhal sudah mempunyai kerjaya yang stabil, rumah yang besar, firma arkitek yang gah..abuji menjelaskan bahawa menuntut ilmu juga diberi pahala dan tambahnya lagi beliau belum puas lagi menuntut ilmu dan sebab itu abuji sedang sibuk ke arah untuk menambahkan pengetahuan dalam diri. Saya kagum. Kata-kata abuji mengingatkan saya kepada situasi kadang-kadang saya juga ada merungut betapa sukarnya untuk memahami sesuatu ilmu..rupanya kesukaran itulah yang ada ganjaran yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar..

__________________________________________________________

Semalaman tidak balik ke rumah atas tuntutan sebagai seorang pelajar. Menghadiri ujian dan kelas pada waktu malam menyebabkan terpaksa meninggalkan emak bersendirian. Pesanan ringkas yang dihantar kepada kakakku, harap-harap diambil tindakan segera untuk menemankan emak di kala aku tiada di rumah.

Harap mak dalam keadaan baik sepanjang malam aku tiada di rumah. Menjelangnya peperiksaan yang semakin hampir menyebabkan kelas waktu malam terpaksa dibuat dan menyebabkan aku juga terpaksa meninggalkan emak bersendirian...

Malam ini juga aku akan balik walaupun aku pasti kelas malam ini akan habis lewat.

11 comments:

Tirana said...

Banyak kelebihan menjadi orang yang berilmu...jadi jangan jemu mencari ilmu..

a.b geldofg said...

blajar rajin2 ye

Keri AlHaj said...

ada harga yg tinggi yg perlu dibayar utk capai stu-satu kejayaan... dan semuanya menuntut pengorbanan dari kita... IsyaAllah... semoga nanti akan memberikan hasil yg lumayan...

jiji najiy said...

anak yg soleh
kagum2... x )

Sis Lin said...

bersungguh dlm sesuatu akn mmbawa kejayaan...sis doakan kejayaan akan sntiasa bersma aie...
sian mak sorg2 tu kan...

Kapten Luffy said...

kalau ada rezeki... memang nak gak sambung... luar negara :)

eya said...

bljo rajin2 ye aie..

Anonymous said...

menuntut ilmu tu sesuatu yg indah kalo kita tau hrgainya.. =)

addyaholix said...

kau juga suka terbang?
camar kita sama =)

IamYonna said...

dalam memenuhi tuntutan diri sendiri sebagai pelajar..
mmg byk yang kita akan terlepas pandang :)

Fly said...

manusia dipandang mulia kerana ilmunya, semoga berjaya dengan apa sahaja lapangan yang diceburi. Allah sentiasa membantu pada mereka yang sentiasa yang tidak putus2 meminta kepadanya..aminnnnnnn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails