Sunday, July 05, 2009

Datang dengan harapan...pulang biarlah dengan kejayaan...

Masa hujung minggu saya habiskan dengan menghantar adik dan sepupu saya pulang dan mendaftar di kampus. Masing-masing terpancar keseronokan mereka untuk memulakan sesi pembelajaran pada semester baru. Semoga dengan bermulanya semester baru akan menambahkan lagi semangat baru mereka untuk menunaikan kewajipan menuntut ilmu.

Sabtu-saya menghantar adik saya pulang ke kampus bersama keluarga. Semangatnya berkobar-kobar mahu pulang ke kampus kerana katanya ingin mendapatkan keputusan yang lebih baik lagi berbanding pada semester-semester yang lalu. Suasana di kampus biasa sahaja bagi saya kerana pelajar baru telah pun mendaftar pada minggu yang lalu. Minggu ini kelihatan pelajar-pelajar kanan sahaja yang sibuk untuk urusan mengambil kunci bilik masing-masing. saya dapat rasakan semangat baru mereka.

Ahad-saya menghantar sepupu saya untuk urusan pendaftaran pelajar baru. Suasana yang lain saya dapat saya rasakan kali ini. Melihat suasana semasa pendaftaran itu, mengingatkan saya kembali kenangan semasa mula-mula mendaftarkan diri sebagai pelajar di institut pengajian tinggi. Kelihatan pelajar-pelajar baru bersemangat untuk menyambung pengajian semula. Saya kagum dengan semangat ibu bapa mereka sehinggakan sanggup beratur bersama anak mereka untuk urusan pendaftaran. Melihat keadaan itu, saya tersenyum sendirian. Inilah yang dinamakan pendorong dan semangat dari ibu bapa. Saya jadi lebih terharu apabila bukan sahaja ibu bapa yang datang semasa pendaftaran, malah saudara mara juga turut sama datang untuk memberi semangat. Saya masih ingat lagi cerita seorang sahabat. Katanya, dalam kawasan kampungnya, hanya dia seorang sahaja yang memperolehi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi sehinggakan emak dan ayahnya mengadakan kenduri kesyukuran besar-besaran dengan menyembelih seekor lembu untuk dijamu oleh seluruh penduduk kampung. Tambahnya lagi, melihat kegembiraan emak dan ayahnya menjadikan dia tidak sampai hati untuk belajar sambil lewa di kampus kerana bukan emak dan ayahnya sahaja yang memberi harapan, malah keseluruhan penduduk kampung turut memberi harapan yang penuh kepadanya.

Lebih mengkagumkan saya, apabila ramai juga pelajar kurang upaya (OKU) yang mendaftarkan diri sebagai pelajar di institusi tersebut. Kegigihan mereka membuatkan saya berasa rendah hati dan sering terfikir. Manusia yang dianugerahkan dengan sifat yang sempurna sering mengabaikan keistimewaan yang diberikan walhal mereka yang kurang upaya ini tidak sedikit pun berasa semangat mereka luntur walaupun takdir mereka sebegitu.

Saya juga dapat rasakan kehangatan semangat adik-adik saya yang baru mula untuk mengenali kehidupan sebagai seorang mahasiswa atau mahasiswi di kampus. Semoga semangat dan niat mereka seiring dengan apa yang mereka harapkan.

Biarlah kita datang dengan penuh harapan dan semangat yang berkobar-kobar...dan akhirnya kita akan pulang dengan kejayaan yang diharapkan. InsyaAllah.

Semester ini, saya tidak menetap di kolej kediaman kampus atas sebab untuk menemankan emak yang bersendirian di rumah. Terima kasih kepada pihak HEP yang meluluskan permohonan saya untuk tinggal di luar kawasan kampus. Saya tidak akan menyalahgunakan peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak HEP dan fakulti.InsyaAllah.

13 comments:

saiyidah_nafisah said...

alhamdulillah, teruskanlah berkobar untuk ilmu yang takkan pernah kurang. ingatlah, bukan susah nak susah dan bukan senang nak senang, usaha dan berdoalah kita bersama... amin.

maiyah said...

aie seorang anak yang baik, jgn sia-siakan masa depan yang cerah.. sejuk hati ibu bila melihat anak yang amat mengambil berat padanya. Akak harap aie akan berjaya seperti apa yang diimpikan.. Insyaallah

chimera said...

Ok... selamat belajar kembali. semangat tu yg penting sekali. noga semua yg terbaik akan jadi milik aie dan adik-adik semua...

adik saya pun dah masuk daftar semalam.

Monkey D Luffy said...

harap2 bukan hangat2 taik ayam jer

Ivy Metaga said...

wish yang terbaik untuk adik2..=)

CINTAMANISZ Lite said...

AiE; Semoga perjalanan ketika pencarian ilmu berjalan dengan baik..InsyaAllah..

sharamli said...

oo0..da tinggl lua..jg mak lekl0k...

Abg Din said...

Semoga berjaya hendaknya....didoakan...

GRuNGe said...

Aie, abang doakan kamu dan keluarga berjaya hendaknya. Pikullah amanah dan tanggungjawab yang ada sebaik mungkin. Abang tahu, kamu bisa memikulnya.

anaklaut said...

aie memang anak yang baik..

saya doakan adik aie berjaya dgn cemerlang dlm pengajian..insyallah.

ryann said...

bagus aie, jaga mak. take care. semoga sihat

ASE1 said...

bagus , anak yg soleh , semoga berjaya dan mendapat kecermelangan di dunia dan akhirat .

Watierman said...

You are such a nice guy...moga kejayaan milikmu dik...berbaktilah buat orang tuamu...moga beroleh keberkatan darinya...INsyaallah!!AMIN!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails