Wednesday, July 22, 2009

Saya,Komputer,EX5,"Si Merah" dan Amsyar Harith

Memulakan hari-hari tanpa perkara-perkara yang disebutkan amat sukar bagi saya. Benar-benar menguji saya pada awal semester akhir ini. Selepas satu perkara, satu perkara lain yang buat hal. Mungkin ini dugaan buat saya. Masalah terbesar yang saya hadapi apabila tiba-tiba komputer tidak boleh dihidupkan. Pada semester akhir ini, saya memang berniat untuk memberikan laptop kesayangan saya kepada adik saya dan mengambil komputer kepunyaan sebagai tukar milik tapi apabila memulakan pengajian, komputer tiba2 buat hal. Saya jadi tak keruan apabila tugasan yang banyak menanti untuk disiapkan segera. Mujur ada sahabat-sahabat saya yang membantu untuk membetulkan apa yang rosak. Rupa-rupanya motherboard dan power supply komputer tersebut telah mengalami kerosakan.

Apabila komputer siap dibetulkan, masalah baru timbul pula. Motor peninggalan arwah bapa saya tiba-tiba tidak boleh dihidupkan untuk saya ke masjid berhampiran. Padahal baru sebulan saya menghantar ke bengkel motor bagi tujuan servis tapi masih lagi mengalami kerosakan. Ini juga dugaan buat saya.

Sebelum dua perkara tersebut berlaku, "Si Merah" saya juga mengalami masalah. Saya bersiap untuk ke kampus berjumpa penyelia tesis saya sebelum semester baru dimulakan bagi persiapan awal, pada awal pagi saya hendak memanaskan enjin "Si Merah",kereta tak boleh dihidupkan. Rupa-rupanya masalah berpunca daripada bateri kereta.

Selesai masalah-masalah ini, balik dari kampus pada minggu lepas, mak saya cakap bingkai gambar kesayangan saya telah dipecahkan oleh Amsyar Harith. Ingatkan mak hanya bergurau sebab dia tahu saya terlalu sayangkan bingkai gambar itu tetapi bila melihat hanya terdapat gambar keluarga sahaja di atas kabinet membuatkan saya pasrah. Dan hari ini, Amsyar Harith buat hal lagi, dalam diam-diam dia naik ke bilik saya.Mungkin sekadar untuk bermain di atas katil sahaja tetapi malangnya, cermin besar saya retak sebab Amsyar jatuhkan dan monitor komputer wider screen saya juga jatuh dari meja.Mujur tiada kesan retak pada monitor tesebut.

Kejadian-kejadian seperti itu memang betul-betul menguji saya,Mujur saya duduk di rumah dan biasiswa kediaman kolej yang tidak dipotong membolehkan saya untuk 'cover' dengan kejadian seperti ini.

Peristiwa sebegini banyak mengajar saya erti kesabaran. Dalam kehidupan, banyak perkara-perkara yang kita tidak sangka terjadi pada bila-bila masa.Bila Allah berkata 'kun fayakun' maka, akan jadilah sesuatu perkara yang Allah inginkan.Kita sebagai hamba, hanya perlu bersedia menerima ujian dan dugaan dengan hati yang rela kerana kekeluhan itu akan lebih menyukarkan kita.

Untuk anak pakchu,Amsyar, pakchu pukul tangan kamu untuk mengajar kamu untuk menjadi seorang yang tidak berani mengacau hak milik orang lain.Niat pakchu hanya untuk mengajar.Pakchu tak marah Amsyar sebab Amsyar antara insan yang sentiasa gembirakan hati pakchu.

12 comments:

maiyah said...

sabar.. yop sabar.. mmg ada harinya apa yang kita buat serba tak kena, COBAAN kata Pramlee

ah tok said...

1. EX Lima perlu dipanaskan setiap pagi ATAU petang untuk mengelakkan minyak overflow dan tak boleh start.

2. Si Merah sebelum start kereta perlu diperiksa air bateri dan air radiator dan segala macam. Tayar misalnya. Paling komang seminggu sekali.

4. Barangan peribadi perlu disembunyikan jika ada budak yang lincah aktif seperti itu. Marabahaya. Lebih-lebih lagi barangan yang mudah pecah.

Sekian,
Pesanan Khidmat Masyarakat

Precious said...

Eh ehhh ... dengar tu amsyar, untung ada orang amik tahu ... dengar nasihat orang yang banyak pengalaman tau ...

dir&fara said...

salam aie.. lame tak borak ngan kau.. aku pun makin busy skang ni..

banyak2 bersabar bro.. walaupun aku busy ngan keje, macam2 jugak dugaan aku trime.. tapi aku redah je.. hati membare, tapi aku senyum je.. harap kau pun senyum selalu walaupun pening kepale.. yg penting jage kesihatan tu..

sharamli said...

xpe..amsyar xsengaja..budak2 mmg mcm tu..

GRuNGe said...

Aie, sabar Aie. Dua entry yang menimbulkan tanda tanya dekat abang. :P Sabar tu separuh dari iman tau Aie. Lalalala.

P/S: Abang lagi tak sabar dari Aie.

ASYIQ said...

Ada harinya mmg mcm tu aie...serba tak kena. Kdg2 mmg menguji kesabaran.

Akak pun bukan boleh dokategorikan dalam 'orang2 yang sabar'. Kita akan mudah mengeluh,kesal,kecewa tetapi kita perlu sensitif. Rasa sensitif amat penting utk meletakkan diri kita dalam keredhaan dan kepasrahan....semua itu perlukan latihan. Kita kan manusia biasa....

chimera said...

salam aie.

haha... perkara biasa tu aie. org lain pun lalui hal yg sama jugak.. ada yg lagi teruk..
tapi saya tau aie penyabar orgnya. mcm2 ujian Allah beri untuk uji tahap kesabran kita ni... alah, sebelum ni pun aie dpt ujian yg lagi hebat boleh je bersabarkan.. apa sgtlah kalau diberi ujian2 berbentuk kemusnahan harta ni...


p/s: saya pun baru ni mcm nak meraung bila anak buah jatuhkah ikut tingkap camera DSLR sampai berkecai... rasa nak lempang2... hahah. tapi bila fikir balik, dah tahu rumah ada budak2 kenapa letak kat tempat budak2 tu boleh capai... saya jugak yg cuai. hmmm, pasrah jelah walaupn rasa nak nangis hahahah....

addyaholix said...

salam aie,
kau seorang yang sangat penyabar. dan penyayang. bertuah amsyar. kalau aku entahlah. mungkin dah menangis aku kerjakan. sebab kadang aku mudah hilang sabar bila dugaan bertimpa-timpa. walau kadang aku sedar itu semua dari tuhan. mungkin sebabnya aku bukan malaikat, tapi aku cuma manusia biasa.

** bang chime, dslr berkecai? alahaiiii saya tak tahu nak cakap apa. aduh kalau saya menangis tak berlagu la jawabnya bang!

Tirana said...

Yang kita nampak negatif sekarang boleh jadi positif satu hari nanti jadi bersabarlah..Yang pentingnya sikap kita hendaklah sentiasa optimis walaupun dalam keadaan yang paling mencabar..

zeti said...

akak pun penah jd camni.. klu kita b'sbr ngan apa yg b'laku insya allah ada hkmah yg m'nnti :)

Anonymous said...

lepas satu,satu. yang pentingnye kita bersabar dan ambil dari pengajaran peristiwa itu.setiap orang beriman akan diuji.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails