Friday, August 28, 2009

Selepas A adalah B, Selepas 2 adalah 3

Setiap perkara ada aturan dan turutannya. Selepas A, adalah B, diikuti dengan C. Begitu juga dengan huruf.Selepas angka 1, barulah 2 dan kemudiannya 3.

Itu adalah lumrah.Yang utama perlu ada baru yang kemudiannya ikut. Sama seperti dalam bulan puasa. Aturan sebegini boleh kita aplikasikan. Kalau kita lihat situasi di bulan Ramadhan. Ramai yang menjalankan ibadah puasa tetapi solat 5 waktu tidak dikerjakan dengan sempurna. Adakah ini mengikut aturan yang betul?

Kalau diikutkan dalam Islam, rukun Islam itu sendiri telah menyusun sesuatu rukun berdasarkan keutamaan iaitu :
  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan solat 5 fardhu
  3. Berpuasa di bulan Ramadhan
  4. Menunaikan zakat
  5. Mengerjakan haji (bagi mereka yang mampu)

Jadinya, apa guna berpuasa cukup sebulan di bulan Ramadhan, tetapi rukun yang ke 2 kita tidak lakukan sedangkan rukun yang kedua itu adalah lebih aula.

Saya sertakan contoh yang sangat mudah.
Kita menunaikan solat tetapi tidak melakukan niat lantas terus mengangkat takbiratul ihram. Kesannya solat kita tidak sempurna sebabnya perkara utama kita tak lakukan tetapi terus melakukan perlakuan yan berikutnya.

Sama juga kesnya seperti menunaikan solat terawikh. Solat terawikh hukumnya sunat tetapi kita lakukan dengan sempurna tetapi solat lima waktu kita abaikan walhal hukumnya wajib.Contoh yang biasa adalah selepas waktu bersahur. Selepas bersahur, pastinya ada yang terus masuk tidur tanpa menunggu azan subuh dan melakukan solat fardhu subuh. Kesannya solat wajib itu diabaikan.

Kalau diaplikasikan dalam apa juga perkara, perkara utama perlu dilakukan terlebih dahulu supaya perkara berikutnya juga sempurna. Takkan sempurnanya susunan abjad jika tiada huruf A dan takkan sempurna juga susunan angka jika tidak dimulai dengan angka 1.Yang utama tetap utama. Wallahualam.

"Ya Allah, ampuni aku kerana kadang-kadang aku leka dengan perkara yang lebih utama.."

14 comments:

mamai said...

kita nie orang yg geljoh suka tak ikut aturan...beratur pun tak ikut barisan...

sharamli said...

mamai-macam mn beratur xikut barisan?
xberatur la nmanya tu..hu3

akhis said...

~saling mengingatkan

imHepPie said...
This comment has been removed by the author.
imHepPie said...

huhu..ntahla byk sgt kekurangan..

pss...lepas i u kan???kan??

TokNabe said...

Sub. mate kat budak2 diajar mengira dalam urutan menurun......

Mungkin teraplikasi dalam kehidupan ..........

:D

maiyah said...

salam adik.. dulu akak lit nak solat tapi bila dah mula wat hari2 dah jadi satu kemestian kalo tak buat tak leh

chimera said...

salam aie...

semuanya kena ikut tertibkan. mcm berwuduk jugak, kena utamakan yg perlu diutamakan dulu...

Tirana said...

Utamakan yang wajib sebelum buat yang sunat.

Kasawari said...

betul tu.. kdg2 ada yang berbuka di luar pun telepas waktu Magrhib... solat tiang agama..

terima kasih berpesan sesama kita..

ASYIQ said...

Yang paling baik...."sempurnakan yang wajib dan wajibkan yang sunat...."

Kesempurnaan amalan wajib juga perlu ditampung oleh amalan sunat. Tetapi apa gunanya bahan penampung sekiranya benda yang nak ditampung pun tak ada...isyk...ko faham ke ni aie.

Napelah akak hari ni...asyik cakap berbelit2 je..hihi.

GRuNGe said...

Aie salam merdeka. ;) Semoga kamu dalam keadaan sihat hendaknya. Maaf lama tak singgah sini.

patungcendana said...

salam ramadhan dan salam kemerdekaan aie... :-)

kuIna LadyInRed said...

smbahyang tu tiang agama.. klu tianganya senget yg lain pun akan senget lah jugak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails