Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, January 26, 2009

Kehendak alam

Time cuti saya cuti, time kerja saya kerja, time belajar saya belajar, time solat saya solat, time makan saya makan, time tidur saya tidur.Pendek kata hidup kita kena disesuaikan dengan kehendak TUHAN, kehendak alam dan kehendak tubuh badan.Tiga perkara ni kena jaga kalau nak selamat di dunia dan semoga selamat juga di akhirat.

Kita bekerja siang malam.Pagi petang adalah alam.yang kita fikir macamana nak jalani kehidupan seharian, macamana nak dapatkan duit, macamana nak mendidik diri sendiri ni adalah alam.

Kalau kita cantik, maka cantiklah alam.Tak cantik kita, alam tetap cantik.Maknanya kalau kita tak menjaga hak-hak kita terhadap alam yang meliputi bekerja kuat, mentadbir sesuatu dengan sempurna, amalan hidup sihat dan macam2 lagi, kita tak menyesuaikannya dengan kehendak alam itu sendiri.

Alam sediakalanya cantik dan semua usaha dalam alam ini asalnya cantik.Hanya kita sahaja yang nak bagi lebih cantik atau tak nak bagi tak cantik.Nak bekerja elok atau tak nak bekerja elok.

Wow!mengancam kan!bukan soal bekerja saja, termasuk soal belajar, berbelanja dan semuanya yang berkaitan dengan hablum minan nas iaitu hubungan sesama manusia.

Tapi kehendak alam yang berkaitan dengan hablum minan nas saya tak tak dapat jalani dengan sempurna lagi.Ermm...satu kekecewaan saya beberapa hari yang lepas tak terubat lagi..Moga2 terbuka hatinya untuk membalas mesej saya tanda memaafkan saya (saya rendahkan ego saya untuk saya rendahkan ego sahabat saya..erkk...walaupun saya fikir bukan saya melakukan kesalahan).Dan kekecewaan saya tidak dapat ke kelantan akhirnya terubat juga apabila tiket keretapi masih ada lagi dan insyaAllah saya akan sampai untuk berjumpa dengan insan2 yng saya sayangi pada hari rabu ini..Yeahaa....Moga2 semuanya berjalan dengan lancar...

notakakikukumalu :

Ada sahabat saya mengingatkan saya, di sebalik hujan yang turun ,pasti akan ada pelangi yang cantik akan timbul.Itulah indahnya aturan alam Maha Pencipta

7 comments:

unknown said...

btul²
kata² ko

Sulamankasihabadi said...

tiada yg indah melainkan yg indah2 belaka ciptaan Allah tu..

selamat la berjumpa insan tersayang ek..:)

addyaholix said...

jangan terlalu meletakkan harapan tinggi. kau dah cuba yang terbaik, walaupun kesalahan bukan pada kau secara hakikatnya. teruskan hidup. aku yakin, masih ramai yang tahu menghargai kau!

dan selamat bertemu manusia-manusia yang kau sayang. moga itu mampu mendamaikan hati kau yang gundah!

D.L Sumunie said...

Tertarik dgn kenyatan aie ttg "hubungan sesama manusia tak sempurna lagi"..Selagi kita masih berada di atas bumi nyata ini selagi itu kita tak akan menemui kesempurnaan 100% apa lagi dalam hubungan sesama manusia. kecekalan hati dan berfikiran positif banyak membantu untuk ketahap hampir sempurna...semoga aie akan temui hubungan itu suatu hari nanti.

abdullahjones said...

:)

Fly said...

aku setuju tul ngan kata2 ko tu bro.. :)

Ochie~(^_^)v~ said...

salam.. aie.. sukanya posting aie ni.. thanks bg peringatan tau.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails