Wednesday, January 14, 2009

Sekadar renungan

Alamak, tak mungkin...

Bayangkan tiba-tiba pintu rumah diketuk,pintu dibuka,
Ya Allah Rasulullah rupa-rupanya! !! Barangkali kita berasa gembira, takjub, pemimpin paling agung muncul dipintu. Mungkin kita bersalam, memeluk baginda, diajak baginda moga-moga sudi bermalam dirumah, atau barangkali kita berfikir,meminta Rasulullah tunggu di pintu, rumah bersepah perlu dikemas, tandas kotor perlu dibasuh,VCD 'adult rated' dimana harus disorok?

Majalah-majalah picisan dimana hendak disimpan? atau barangkali segera balik ke bilik, bagi muslimin seluar pendek perlu ditukar, terkial-kila mencari pelikat, poster artis perlu dicabut, diganti dengan ayat seribu dinar, pemberian peminta sedekah yang diletak di bawah katil...atau barangkali malu, abah tak pernah jadi imam solat di rumah.. mama tercari-cari tudung dalam stor, jiran tetangga tak pernah kenal, surau dekat rumah tak tahu kat mana, mengaji Al-Quran sebulan sekali....atau barangkali kita terfikir, bagaimana dengan adik-adikku? adik-adik selalu menyanyi, zikir dan Al-Quran jauh sekali, abang hafal nama pemain man U, artis, artis, namun tidak keluarga baginda, sahabat baginda yang baginda kasihi, tengok VCD hari-hari, Korea, Jepun, Inggeris, Al-Quran?? "Ala...sibuk la.." Buku agama?? "Exam agama lambat lagi.." atau baragkali kita segan, baju kakak semua ketat, baju yang ok ada 2,3 helai, baju kurung tanpa tudung, yang dipakai setiap hari Isnin dan Jumaat untuk ke kuliah. Kita mengaku cintakan Rasulullah, buktinya? semasa Maulidur Rasul kita berarak,perang selawat kita selawat, tapi tak faham apa-apa.habis berarak umpat urusetia majlis. "Sunnah nabi?Apa tu?"."Dakwah? Ala..JAKIM kan ada..aku bukan ustaz/ustazah. ."

notakakikukumalu :

Kehidupan di dunia hanyalah sementara.Akhirat jua yang kekal selama-lamanya.

23 comments:

ah tok said...

Berpesan-pesan dan saling ingat mengingati. Itu yang penting.

Saya suka entri ni.
Teruskan.



:D

pink_butterfly said...

astagfirullahalazim...

da bnyak bwat dosa di muka bumi ni... bila nak btaubat? esok?lusa?tahun dpn?atau nak tgu jln btongkat dlu?itu pon kalau masih ada hari esok,lusa, tahun dpn atau hari tua utk kita...

sama2 la kita kmbali ke jalan ALLAH...

thanx enchek aie, this entri mmg so meaningful..

ifahruzzaman said...

TAHNIAH...

Alhamdulillah,masih ada org mcm ko ni.kira ok la...

wpun kita xla muslim muttaqin..skurg2 masih ada rasa..

ab geldofg said...

pnuh bmakna...aku ska cara ko tulis

LotsOfLove-Pearls said...

Betapa bermakna dan mendalam ertinya..
Salam kenal di alam maya..

OJENG said...

insaf kejap aku.Huhu.
Nway good job.huhu.

arsaili said...

salam..a good sharing..moga kita dapat manfaat dari ingatan tersebut

Monkey D Luffy said...

perumpamaan yg bagus

~ochie~ (^_^)v said...

salam...
wawawa.. dalamnya maksud..
sesuai utk santapan nurani...
anda memg berbakat... teruskan usaha anda berkarya

fazemy said...

Kita terlalu cintakan dunia..andai kata harini kita mati..apalah bekalan yg boleh dibawa..cd2 tersebut kah..

nice artikal..maksud mendlm..insaf..

BurungBelatuk said...

tu la perangai manusia....mana perlu ditegur kita tegur...anyway,aku suka n3 nih...penuh pengajaran walau short..kip it simple man...

Bunga Binti Nordin said...

best la entry nih.
best sgt.

:)

ateh... said...

wah best lak cite dia..ateh ingtkan betul2 lak nabi sampai depan umah.ni dah kire wali dah ni..hahahha

A j u E said...

suka gaya penulisan dan pengisian.penuh dengan mesej dan berbunyi sinikal.

sedar jap..menginsafi diri

Framestone said...

tue baru Rasullullah swt.. Kalau Jais ke Mais ke Jawi ke.. cam mne gelagat dorg ek

@LiYaNNuaR said...

akak suka entry ni... hehehe...

Nazz said...

Masyaallah... terima kasih dengan pesanan ini....

Idayu said...

terima kasih atas pesanan tu.moga kt sama ambik iktibar.

chimera said...

huhu! entri melankolik berbau peringatan eloklah selalu di karang. sebab manusia ni sifatnya memang mudah lupa - bila terbaca, isaf sejekap... kemudia lupa lagi.. justeru kitalah yg perlu ingat-mngingatkan sesama kita...

pijah said...

aie.. thanx sangat. timekasih... muah! ;)

aie akaike said...

salam. orang yang namanya 'aie' tu bagus2 ya. heh. syabas buat anda. ;)

Tirana said...

Malu pada Rasulullah..malu pada Allah sebab as Sunnah kita abaikan..al Quran kita tinggalkan.. Good entry Aie..

Suryani said...

setiap hari kita sentiasa memikirkan apa kita nak makan setiap pagi+tengahari+petang+malam...kita kenyang dari segi jasmani...tapi jgn lupa disamping itu, ingatlah juga apa makanan yang telah kita berikan untuk rohani kita...
sepadankah makanan jasmani dan rohani kita???renungkanlah~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails