Thursday, February 19, 2009

Bila bunga-bunga berguguran


Hidup ini tidak selalunya indah.Bila kita berada dalam keadaan duka, Allah kurniakan kita kegembiraan bagi mengubati hati yang duka.Bila kita berada dalam keadaan suka, dengan sekelip mata Allah boleh menarik nikmat suka itu.

Tiada manusia yang inginkan kedukaan tetapi sebenarnya dengan kedukaan itulah yang mendekatkan kita kepada Maha Pengasih.Begitulah lumrah alam.Kadang-kadang kita tak pasti adakah kita ini insan yang betul-betul kuat dan tabah.Ujian demi ujian Allah berikan untuk menduga manusia.

Langit juga tidak selalu cerah, alam juga turut merasainya.Bunga-bunga yang berguguran juga menunjukkan alam turut merasai kesedihan itu.Seolah-olah ingin turut sama merasai kedukaan itu.

p/s: Buat pertama kalinya, air mata saya berguguran kerana seorang perempuan ibarat bunga-bunga yang berguguran.Kepada awak, saya maafkan kesalahan awak sebabnya mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya.

notakakikukumalu :
Kata-kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerana selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap

16 comments:

ah tok said...

Berkaca mata gua beb!



Peace!
Hidup perlu diteruskan.

CikYana(",) said...

nape nie??

lor nk majuk psl pe plak??aduyai..cik yana xreti pujuk org nie..huhuhu

pink_butterfly said...

sbr...sbr..sbr~

ifahruzzaman said...

ni knp plak ni aie?

relax...

Monkey D Luffy said...

lelaki memang lemah berhadapan dengan wanita... apa lagi kekasih hati.. huhuu

CikYana(",) said...

en.sparky??xdela..org lain kot kasi..tekalh ek:)

Luth Textile said...

adoi,
aieeee,,,

chimera said...

apa dah jadi ni aie...

nak nasihat pun tak tahu apa punca... pertama kali air mata gugur sebab perempuan ya... saya dah byk kali dah... hehehe... tapi walau pun gitu, perempuan ni punya daya yg sgt kuat... ya betul perumpuan punya byk kelemahan... tetapi kelemahan lelaki adalah perempuan itu sendiri..

semoga tabah hadapi ujian yg lain pula...

rimieilya said...

sabar ye..tak semua yang kite harapkan akan menjadi kenyataan. sy pn sedang mengalami apa yang awk alami sekarang.

alhamdulillah, i can control myself..

saya doakan awk sentiasa tabah menjalani hidup ni

Tirana said...

Hidup tak selalunya mendung...Lepas mendung berarak pergi, kita akan nampak cahaya..mungkin cahaya itu lebih cerah dari cahaya yang dulu. Jadi bersabarlah...

alhaqimi said...

hmm, benar: betol dan sebagainya!

setiap kedukaan pasti ada hikmahnya!

addyaholix said...

lelaki yang mengalirkan air mata bukan lelaki yang lemah. cuma kamu perlu jadi lebih kuat.

ab geldofg said...

bodoh pompuan krana lelaki...bodoh lelaki krana pompuan

CikYana(",) said...

nape??
sbb cik yana de mslh..serabut..tension..mcm2 lah..
insyaALLH..cik yana pegi xlama..mgkn dlm beberapa ari je..

.::c!kzUrA::. said...

sabarlah aie...mmg hidup ini indah tp tak semuanya yg indah akan kita lalui...

.farah. said...

menangis sbb seorang perempuan? siapakah?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails