Monday, February 16, 2009

Maaf, tiada sambutan di hari lahirmu..

Istimewa untuk awak..maafkan saya kerana tiada yang istimewa untuk saya menyambut hari yang istimewa untuk awak.Bukan saya lupa tapi keadaan tahun ini tidak mengizinkan.

Saya tahu awak betul2 memahami situasi saya sekarang...sehingga hari ini saya belum meraikan awak walaupun sudah masuk hari ke 4 selepas tarikh lahir awak (12 Feb)..Maafkan saya....

"Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan awak untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa.. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan awak supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Sering awak bertanya...kenapa mesti memilih awak? Ermm....Kenapa saya memilih awak? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih awak. Saya sudah sholat istiqarah, dan saya semakin mantap memilih anda.

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 23 TAHUN

Moga awak sentiasa mendapat keredhaan dari Allah Taala.InsyaAllah.. Hari lahir awak mengingatkan saya kepada arwah bapak saya yang mana tarikh lahirnya adalah pada hari lahir awak juga (12 Feb).."

Al-Fatihah

16 comments:

.:chEyaNtie:. said...

dik, sambutan tak penting..yang paling penting ialah ingatan..

Qaseh said...

betul tuh kak yant...sambutan x penting..yang penting, ingatan..

ateh... said...

bg ateh kan..menunjuk kan perasaan cinta itu tk salah.dan mungkin ia perlu bgmemupuk perasaan cinta.oleh itu..selagi mana kita mampu membuat pasangn kite tersenyum..lakukan nya

ab geldofg said...

mudah2an dia trima maaf ko tu

Tirana said...

Aie..kak tirana rasa dia faham...bila2 pun boleh sambut kan?

alhaqimi said...

hmm,

jgn bersedih lagi aie...

dakap erat semangat dan ketabahan hidup..

ceriakan semua insan tersyang dalam hidupmu!!

addyaholix said...

aku yakin dia mampu faham. kalau pon ada sedikit yang terluka dalam hatinya, aku tetap yakin dia akan cuba untuk memahami. kerna dia memang sepatutnya begitu.

fazemy said...

Ingatan sudah lebih dari mencukupi.

sharamli said...

hapy belated brfday t0 'awak'

mesti dy teharu kn....

Monkey D Luffy said...

aku rasa dia faham... dan ini akan buat dia terharu ni... hehehe

firdaus said...

Aku tahu die akan faham, sebab die ade bertanyer kat aku tentang ko, dan sebab tu aku tahu siape die, dengan tarikh yang kau letakkan, aku yakin, memang dielah orangnya.. dengan sepenuh keyakinan aku menyatakan, die faham dengan keadaan ko..

chimera said...

ada cerita cinta kat sini ya... hmmm, tak de apa-apalah aie. dia tentunya faham aie sekarang. bagi sayalah, tanda ingatan tu tak semestinya dgn meraikan - dpt ucap selamat, bagi doa yg sempurna - tu dah memadai...

tentu dia pun tak mengharapkan apa-apa kalau semua tu sekadar menambah rasa sedih pd aie... saya pasti dia memang faham...

Luth Textile said...

takziah kepada aie..
bro, jgn sedih2.. aku nak hang bersabar banyak2..

aku tau hang boleh, bro

Azita said...

kak ita doakan aie mendapat cinta yg sejati dan bahagia selalu...cinta perlu dipupuk walaupun kadangkala amat pedih...

jiji najiy said...

bagi jiha,
clebration or party2 ni xpenting.. itu hanya BONUS
yg penting adalah ucapan 'happy birthday dr org tersayang'
doa kepada ALLAH harus dipanjatkan sentiasa sebagai tanda kasih dan sayang

Aie said...

dah selamat berintebiu dah pon geng

doa-doakan lah

haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails