Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 16, 2009

Penat tapi nikmat

Biasanya, rasa puas itu akan dapat dirasa apabila kepenatan yang dialami itu berbaloi. Kepenatan bekerja berbaloi dengan bayaran gaji.Begitu juga dengan kenikmatan yang dialami dalam kehidupan seharian walaupun tidak menerima sebarang bayaran berbentuk upah atau gaji.Ibaratnya, seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.Dia telah bersusah payah di awal perjalanannya tetapi sekarang dia dan keluarganya boleh menikmati kesenangan.

Kepenatan yang dialami oleh seorang pujangga untuk memilih kata-kata untuk merangkap puisinya..sudah pasti akan dapat menghasilkan satu karya yang cukup menawan.Dan ini membuktikan kepenatan pujangga tersebut adalah berbaloi kerana puisi-puisinya mampu menggerakkan perasaan dan hati nurani pembaca.Seorang pujangga yang tidak pernah merasa susah dan penatnya berusaha dan tidak pernah meneguk kesusahan dalam hidup maka untaian puisi-puisinya hanya akan terasa seperti kata-kata murahan yang tidak bernilai kerana puisi-puisinya hanya keluar dari lisannya, bukan dari perasaannya…dan juga bukan dari hati nuraninya.

Begitu juga dalam kehidupan.Semuanya akan terasa nikmat apabila kita menghayati apa yang kita lakukan.Rasa sakit pun boleh terasa nikmat jika dihayati.Manakan tidak, semasa sakitlah hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta semakin dekat.Masa itulah keikhlasan berdoa kita serahkan segalanya…Penat juga sebegitu..mengadulah kepada Yang Maha Pencipta bahawa kita penat kerana Dia amat memahami hambanya tetapi jangan sampai jadikan alasan penat itu untuk tidak menghadap Allah sebanyak 5 kali sehari...

Hujung minggu yang cukup memenatkan..Menguruskan segala urusan kedai untuk berpindah..memenuhi undangan jemputan perkahwinan sebanyak 3 tempat sebagai wakil kepada arwah bapa..Dan menyiapkan 3 tugasan sekaligus malam semalam tanpa rehat yang cukup sebabnya malas hendak bertangguh lagi kerana tugasan baru pasti akan ada lagi.hujung minggu yang sangat puas dan nikmat bagi saya!Alhamdulillah Allah memberi kekuatan untuk saya hadir ke kuliah pada pagi ini dan diberi kesihatan yang baik untuk bertebaran menuntut ilmu….dan petang ini saya akan menziarahi pusara bapa kerana tidak sempat ziarah pada hujung minggu (semalam)

Kepada ‘awak’, projek sarjana muda awak saya belum buat semakan lagi…..terima kasih kerana memahami.

Tidak lupa juga ucapan Selamat Hari Lahir kepada rakan sepejuangan,Shahira binti Hamdan.Semoga segala impian tercapai..Amin.

5 comments:

addyaholix said...

syukur kau mampu pikul semua. pasti ganjarannya besar nanti. kau cuma perlu terus bersyukur.

Keri AlHaj said...

penat itu terasa nikmat bila kita buat sesuatu dgn ikhlas.... dengan minat juga... seorang ibu/ayah akan terasa nikmat dari kepenatannya apabila anak-anak dpt menikmati hidangan makanan hasik dari segala usahanya.... so... ikhlaslah sentiasa untuk merasai kenikmatan dari segala rasa penat kita...

Kapten Luffy said...

betul! betul! betul!

tapi... sebab jalan mudah itu mudah... ramai yg pilih itu...

lihat saja di luar sana...

jiji najiy said...

bersusah dahulu bersenang dikemudian hari
setiap kepenatan kesusahan itu pasti memdapat balasan yg setimpal olehNYA amin... x )

zeti said...

msti rasa puaskan bila kita buat ssuatu dgn ikhlas & b'sgguh2 :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails