Saturday, June 06, 2009

Bulan Bercinta

Bulan ini bulan cinta..
bulan ini bulan berkasih sayang..
Dan sahabat saya kata, bulan ini bulan musim mengawan..
Sebenarnya bukan bulan ini sahaja..bagi saya,hari-hari kita boleh mencintai dan dicintai, berkasih sayang tetapi untuk yang belum sah, tak boleh la buat seperti apa yang sahabat saya katakan..

Sangatlah menyakitkan mencintai seseorang, tetapi tidak dicintai olehnya. Tetapi lebih indah adalah menyayanginya tanpa mengharapkan sesuatu perasaan apapun darinya. Hanya perlu satu minit untuk menghancurkan seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk mencintai seseorang, Tetapi memerlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang... Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu dengan orang yang tidak tepat. Jadi ketika kita akhirnya bertemu dengan orang yang tepat kita akan tahu betapa berharganya anugerah tersebut. Cinta adalah ketika kita membawa perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan dan menemukan bahawa kita peduli dengan si dia.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kita bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kita harus membiarkannya pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka... Tetapi kadang-kadang kita menatap terlalu lama pada pintu yang telah tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka bagi kita.

Teman yang terbaik adalah teman dimana kita dapat duduk bersamanya dan merasa terbuai dan tidak pernah mengatakan apa-apa dan kemudian berjalan bersama. Perasaan seperti itu adalah percakapan termanis yang pernah kita rasakan. Benarkah bahawa kita tidak tahu apa yang kita dapatkan sampai kita kehilangan itu ?? Tetapi benar juga bahawa kita tidak tahu apa yang hilang sampai itu ada . Memberikan seseorang semua cinta kita tidak pernah menjamin bahwa mereka akan mencintai kita juga!!!

Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai itu tumbuh di dalam hati mereka, tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh di dalam hati kita.

Ada hal yang sangat ingin kita dengar tetapi tidak akan pernah kita dengar dari orang yang dari mereka kita ingin dengar. Tetapi jangan sampai kita menjadi tuli walaupun kita tidak mendengar dari seseorang yang mengatakan itu dari hatinya . Jangan pernah berkata selamat tinggal jika kita masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama kita merasa masih dapat maju. Jangan pernah berkata kita tidak mencintai orang itu lagi bila kita tidak mampu membiarkannya pergi...

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan... Kepada mereka yang masih percaya walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang masih mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangun kembali kepercayaan Jangan melihat dari wajah, itu bisa menipu.

Jangan melihat kekayaan, itu boleh menghilang. Datanglah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah Berharaplah kamu dapat menemukan seseorang yang dapat membuatmu tersenyum.

Bersama-samalah kita semai kecintaan kita kepada Yang maha Esa, Nabi s.a.w, ibu bapa dan sesiapa sahaja yang ingin kita cintai.

Sahabatku, jangan meratapi apa yang terjadi..putus tunang bukan bermaksud kamu putus segala-galanya..mungkin itu bukan yang terbaik.

Selamat bertunang buat sahabat-sahabat saya, Lukman Hakim bin Hasni seta pasangannya di kuala Krai,Kelantan dan juga buat Haleefa Binti mahmud serta pasangannya. (Pah, majlis ko InsyaAllah aku datang...)

Selamat pengantin baru juga buat sepupu saya, abang Zain serta pasangannya yang selamat diijabkabulkan pada pagi Jumaat (semalam)..bang, kenapa tiba2 jadi gelabah?hehe

Juga buat Abang Lani dan pasangannya. Semoga anda selamat melafazkan ijab dan kabul dengan tenang pada hari esok.

Dan jangan lupa kecintaan kita pada negara iaitu kepada Seri Paduka baginda Yang Di-Pertuan Agong.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN S.P.B YANG DI-PERTUAN AGONG

16 comments:

anaklaut said...

anaklaut seorang lelaki..bukan akak..:))

anaklaut said...

anaklaut seorang lelaki..bukan akak..:))

GRuNGe said...

Salam Aie. Agak konpius denga entry kali ni. Sama ada Aie dilamun cinta, ataupun putus cinta? Nak quote khutbah jumaat tadi, kita boleh mencintai sesama manusia, tetapi janganlah mencintai manusia lebih dari 1. Allah 2. Rasulullah 3. Ugama Islam. Renung-renungkan.

AiE bAhRi said...

Anak laut,
maaf..saya salah taip..maaf sgt2 bro..

Bro Grunge,
Salam bang, saya dilamun cinta?oh..tidak!!putus cinta?juga tidak!!
Betul bang, kita boleh mencintai manusia tapi tak boleh lebih dari kita mencintai Allah, Rasulullah, Agama Islam, ibu bapa..

chimera said...

yg perenggan 1st tu - bulan ni ada cuti sekolah panjang... jd, ramailah org kawen.. hehe

aie bicara tetang cinta... di lamun cinta kah?

ok, kasi can saya tambah sikit:
Love is not about "it's your fault", but "I'm sorry".
Not "Where are you", but "I'm right here for you"
Not "How could you," but "I understand"
Not "I wish you were," but "I'm thanful you are"...

errr... slamat bercinta

AiE bAhRi said...

Abg Chime,
aah..lupa plak bulan ni bulan cuti sekolah..dan boleh tambah lagi..bulan ni bulan cuti semester..dan juga bulan kelahiran abg chime..betul kan??

eh, tak la..saya tak dilamun cinta. saya masih seperti ini. ahaks (",)

selamat bercinta tu saya pulangkan semula pada abg chime la..

haruan tasek said...

memang luas untuk mentafsirkan cinta. apa sahaja dengan cinta. tapi jangan di lupa cinta sebenarnya kepada Allah swt.

Luth Textile said...

kalau kita tak bercinta, taubat kita takkan rasa perit putus cinta, kan kan..

dah bertunang tu, jaga2la pergaulan. ia bukan tiket utk menghalalkan yg haram. tunggu da nikah baru halal.

aie oh aie..

MISZ NaNa said...

bulan cuti ini adalah bulan untuk orang2 bercinte utk bertunang/berkahwin huhu... oh yes ape yg kamu tulis itu memang tepat! saye setuju.

miEchi said...

sungguh terkesan...moga2 cinta akan dtg..

yonna said...

bro T___T kata2 hikmah tu mmg utk penyedap hati bagi mereka yang mengalami hati pecah, haihh, sabar byk2 bro. i'allah cinta tu ada :)

musim2 cuti skolah ni mmg ramai sangat yang kahwin kan?> :)

AtieAbid said...

"Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kita bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kita harus membiarkannya pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka... Tetapi kadang-kadang kita menatap terlalu lama pada pintu yang telah tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka bagi kita."

terkena ngan batang hidung atie..how sad..

chii said...

" untuk jatuh cinta mmg mudah, untuk dicintai juga mmg mudah. tp untuk dicintai oleh org yg kita cintai itulah yg plg sukar ^_^..

nice eh..

pape pun..semoga aie dpt temui cinta yg di cari :p

asis said...

jatuh chenta lagi..
lagi2 ku jatuh chenta..

Aku... Dia... Kamu.. said...

Cinta itu indah bila belum dapat. Dah dapat baru tahu macam mana hampehnya cinta yang diagungkan selama ni.

Cinta bawa kebahagiaan tetapi bersama2nya terselit duka yang berpanjangan.

Kalau masa boleh diputar, sudah tentu saya pilih untuk tidak kenal apa itu cinta!

NurLuLu said...

Salam, emm tumpang tanya cik Haleefa yang awak maksudkan tu yang rumah dia di Taman Perling ke? dulu belajar di UTM?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails