Monday, June 15, 2009

Yang tua mesti dihormati

Tiba-tiba sahaja keinginan saya untuk menaiki kenderaan awam timbul apabila memikirkan sudah lama saya tidak menaiki bas untuk ke mana-mana. Sambil-sambil itu boleh juga saya tahu harga tambang bas yang terkini. Boleh tahan juga kadar kenaikan harganya. Harap-harap harganya akan turun lagi selepas harga minyak turun masa kini. Sebabnya, sudah tentu jika harga tambang pengangkutan awam ini tidak dikawal, maka makin susahlah orang yang menggunakan perkhidmatan ini. Bukan semua orang berada dalam keadaan senang. Tambahan pula, ekonomi sekarang berada dalam keadaan yang kurang stabil.

Bukan penghormatan yang dipinta.Bukan harta benda yang diketagih.Mungkin itulah yang dikatakan oleh orang-orang tua atau yang lebih dewasa dari saya ketika berada dalam bas.Bagi saya tak semua akan berkata begitu tetapi saya dapat rasakan apa yang mereka rasakan.

Penat, Mengantuk dan Tidak selesa.

Itulah yang mereka alami ketika ini. Seharian bekerja mencari sesuap nasi untuk diri sendiri dan keluarga adalah menjadi satu tanggungjawab yang wajib dipikul oleh mereka. Sanggup menaiki kenderaan awam untuk pergi dan balik kerja. Tapi, anak-anak masa kini masih tidak mengerti apakah yang dilakukan oleh orang tua mereka.

Sesak dan macam ikan sardine!.satu situasi di mana saya menggunakan bas untuk menuju ke satu destinasi.

Tidak dapat digambarkan apa yang akan terjadi jika saya sudah berusia seperti mereka. Mesti sedih melihatkan anak-anak muda yang buat seolah-olah tidak wujudnya orang yang lebih tua di hadapan mereka. Tidakkah mereka kasihan kepada orang-orang tua ini yang susah payah menaiki bas dan berada dalam keadaan berdiri sedangkan anak-anak muda duduk dalam keadaan sambil bermadu asmara bersama pasangan di tempat duduk .Tidakkah? Sampai hati mereka…

Saya berhenti setakat ini.Sedih untuk meneruskan ayat-ayat bila mengenangkan jika orang tua saya naik bas tanpa dipelawa oleh anak muda untuk duduk.

Yang tua dihormati, yang muda disayangi..tapi selalu saya terfikir bagaimana orang tua nak sayang yang orang muda jika yang muda tidak tahu menghormati yang tua.

Allah selalu mengingatkan kita bahawa, "KEREDHAAN ALLAH BERADA DALAM KEREDHAAN ORANG TUA, DAN KEMURKAAN ALLAH BERADA DALAM KEMARAHAN ORANG TUA."

23 comments:

CikYana(",) said...

yana selalu naik kenderaan awam time blajo dulu
dlm bus..rmai gk makcik2 yg uzur kn
so yana mmg kasi dorg duduk la
yana berdiri xpe.
bkn lme sgt pun

"Kita mesti hormat pd orang tua"

ASYIQ said...

Btul tu...rasanya tambang bas tak turun dah sebab harga minyak tak akan turunnya....

Ingat zmn belajar kt UM...naik bas mini...alahai, sampai duduk atas tangga. Then dia punya laju...Allah saja yang tahu.

Syukur sbb skrg dh boleh bawa kereta sendiri.

Tirana said...

Kak Tirana dah berzaman tak naik kenderaan awam..sbb dah ada kereta sendiri.. Lagipun kak tirana tak kerja so nak ke mana kan? Nak gi shopping macam org lain..kak tirana tak minat..budget pun tak ada..hehehe

haruan tasek said...

tambang bas dah naik 2 kali ganda sekarang nie...

AiE bAhRi said...

Cik Yana,
try la naik masa dah abis belajar.Mesti seronok sebab pasti teringat zaman belajar.

Kak Asyiq,
Ya!tambang bas pasti tak turun lagi..
Kak, tapi itulah kenangan kan..pasti akan tersenyum sorang2 bila mengimbas kembali kenangan duduk di tangga.hehehe..

Kak tirana,
Jom la sesekali naik kenderaan awam even dh ada kete n boleh pandu sendiri.Pasti seronok tengok gelagat penumpang.hehehe..

CikYana(",) said...

bkn xnk try naik
tp skrg da ade transport sndiri
tp..xpela
yana try la naik la nnti
hehehe

MISZ NaNa said...

Selalu naik kenderaan awam dan memang selalu nampak la scene yg macam ni... huhu~ mmg x dapat bayangkan kalau kite dah tua nanti macam mane la keadaannye

Fly said...

beza tul harga tambang bas sekarang dan dahulu, lama sungguh aku x naik kenderaan awam ni, kekadang teringin rasanya nak naik bas pathup, ada lagi ke bas ni kat Melaka :)

Precious said...

Masih ingat gimana rasa nak pitam masa mengandungkan anak sulung - lama berdiri dlm bas sesak. Hilang rasa malu, aku mintak utk duduk ngan org muda dekat aku tp nasib baik dia cepat bangun dan tolong aku. Mungkin masa tu muka akupun dah biru kot ... Masa tu aku baru 24, belumpun tua ...

Ex Starians said...

Smile brother..smile..!!!!!!!!!!!

AiE bAhRi said...

bro haruan tasek.
yup..mmg naik tambang bus..

CikYana,
ala...ada transport sendiri lain cite la..hehehe..kena try gak!

MISZ NaNa,
bagaimana ye bila kita dah tua tapi anak2 muda buta tak tahu je bila kita dalam keadaan macam tu.Mesti sedih yang amat.

Bro Fly,
memang berbeza..(ceh..macam ayat iklan je)
Bro, selamat kembali bertugas di sekolah..sian e-ein kena tinggal..

Precious,
ibu mengandung pon perlu diberi keutamaan..
terima kasih menziarahi saya..

Ex Starians,
Yup..sedang tersenyum..(",)
salam ziarah dari saya..

KhairiL's said...

lama x naik bas jd mmg x tau pasal ni

tp kesian kt pengguna yg menjadikan bas awam sbg pengangkutan harian

GRuNGe said...

Tambang bas naik dua kali ganda, tapi perkhidmatannya seperti 10-15 tahun dahulu. Aie, betul tu, hormat orang tua (adakah abang dikategori sebagai tua?). Abang masih muda remaja lagi tau Aie. :P

chimera said...

hmmm, hari tu diorg naikkan harga tambang, alasan - harga minyak naik... tapi bila harga minyak turun balik semula - harga tambang, mantainnnnn... takde turun2 dah. huh... seb baik saya dah tak naik bas dah...

same to me - kalau naik bas ke,lrt ke... kalau tgk org2 tua berdiri ni... terus terbayangkan mak dgn ayah... 'mcmana kalau yg kena beridiri kepenatan tu mak dgn ayah aku'... hmmm. Tuhan tu adil. kesombongan akan dibalas dgn kesombongan... satu masa semua kita akan tua jugak...

Framestone said...

tertibe terasa cam org tua2 pulak huhuhu

out of topic--> alam aie he..23x kamu pun dipujuk rayu ek..

mmg sellau yg nmpk straight kekdg kebarangkali mereka songsang lagi tgi huhu... ade masa perbaiki dorg balik..

jangan jauh terpesong pulak.. ramai laki rosak nnt he...23x

CINTAMANISZ Lite said...

Kepada sesape yg tak menghormati orang tua2 masa korang tengah muda2 belia ni..jgn ingat korang tu mudaaaa aje. Fizikal mesti tua punya walaupun hati tu tak sedar diri dah tua, hehe..Tu pun kalo umur panjang.

Luth Textile said...

aku tak sampai hati nak naik bas sebab ni la.. kesian la kat depa tu.. orang tua, kenala respek.. jgn bt mcmtu.. sakit hati tengok orang yang tak hormat org tua..

tengok je.. tak bley nak buat apa2,,

addyaholix said...

aku pernah biar seorang makcik berdiri waktu aku baru sampai kl dari kampung. dengan alasan aku terlalu letih sebab perjalanan jauh. dan sampai sekarang aku menyesal. aku harap dia maafkan aku.

anaklaut said...

tu yang mals nak naik kenderaan awam ni..pengalaman anaklaut berada di luar negara, sangat berbeza sekali, seperti di kota London, nilai etika serta disiplin dia orang sangat tinggi..di malaysia lain..

tu yg malas nk guna kenderaan awam..

apapun tq singgah anaklaut..

asis said...

mmg mahal..

Eazy Izzuddin said...

sgt beza tmbg dulu n skang
huhu
mahal

enyheartsdiamond said...

wow!!
u wat tesis under pe?

u dlm environmental field ke?

Nine said...

naik bas syok..
byk org suka..
tak letih dari drive..kalo turun kl..


tambang mahal skrg..
tak mcm dulu dah..

Yup setuju dgn Aie kena respect org yg tua dari kita..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails