Sunday, June 14, 2009

Sekapur Tak Bersireh..

Terima kasih..
Jutaan terima kasih saya ucapkan pada abang man atas entri khas yang ditujukan kepada saya. Alahai...terkejut rasa apabila seusai rehat dari menguruskan segala kerja di majlis perkahwinan sepupu saya, saya singgah satu per satu blog rakan-rakan dan ada entri khas untuk saya..Ketahuilah abang man, saya belum layak untuk dikatakan seperti dalam puisi itu..

Puisinya berbunyi...
BUAT SEORANG SAHABAT - AIE BAHRI

Gambar mu yang berkaca mata itu,
Dengan gaya rambutmu yang pendek,
Pasti membuka hati para gadis,
Untuk mengenali dirimu.

Bicara sopanmu di blog, Meruntun si dara,
Untuk mendampingi blogmu,
Serta ketagihan hasil penulisanmu.

Kata-kata dan penulisan entrymu,
Menunjukkan empunya diri,
Seorang pimikir,
Seorang yang berilmu,
Seorang yang berwawasan dan berpendirian.

Sepanjang ku kenal kamu,
Tiada riak yang ku lihat,
Hanya perasaan rendah diri,
Walaupun ku tahu,
Ilmu yang kau ada,
Tidaklah secetek mana.

Kau tidak pernah lokek,
Berkongsi apa yang kau tahu,
Kau jalinkan persahabatan,
Dengan keikhlasan,
Demi ukhwah Islamiah.

Sekiranya hanya melihat gambarmu itu,
Pasti ramai yang sangka,
Kau seorang ulat buku,
Yang tiada rasa humor,
Tapi itu semuanya silap,
Kerana ayat kamu,
Seringkali menggeletek hatiku,

Ku harap persahabatan yang terjalin,
Berpanjangan,
Walaupun kau sudah berteman istimewa,
Kerana aku masih ingin belajar darimu,
Menjadi insan cool yang penuh muhasabah diri.

Seperti yang bro katakan tadi. Memang terdetik untuk menulis puisi untuk Aie. Sebagai menghargai kamu, sahabat. Sila rujuk ke http://aiebahri.blogspot.com untuk mengenali sahabat aku ini (rasanya kalian pembaca juga telah menjadi sahabat dia). Harap suatu hari kita dapat bersua secara offline.

P/S: Menghargai seorang sahabat lelaki tidak bermakna aku seorang gay. Aku masih lelaki yang menyukai wanita.

Ketahuilah,
Mungkin abang man belum mengenal dengan saya lebih dekat tetapi memang saya akui, saya juga berasa selesa apabila bersembang dengannya. Malah kadang2 nasihat dan gurauannya membuatkan saya seperti bersembang dengan abang sendiri. bukan niat untuk mengampu tapi itulah yang ikhlas dari hati saya.

Yang tidak diketahui,
Saya bukanlah ulat buku seperti yang disangkakan tapi itulah hobi saya. Saya juga manusia biasa yang masih memerlukan hiburan.hehehe..malah, apabila menjelang peperiksaan sayalah antara di kalangan rakan-rakan yang tidak gemar untuk membaca. dan seperkara lagi...saya belum mempunyai teman yang betul-betul istimewa..bak kata abang man, mungkin kalau perempuan yang mengurat saya, saya yang akan bersembunyi dari perempuan tersebut. Terima kasih abang man, sebab melalui alam maya sahaja, kamu sudah mengenali perwatakan saya. Apatah lagi bila kita berjumpa suatu hari nanti..

Harapan,
Semoga ukhwah persahabatan yang terjalin ini akan berkekalan hingga akhirnya..Penilaian abang man pada saya mungkin terlalu awal..Sekali lagi saya katakan, saya insan biasa yang masih banyak kekurangan untuk dibaiki dari masa ke semasa..Kepada abang man, terima kasih saya ucapkan, ikhlas saya katakan, kamu juga seorang abang yang baik. Dan untuk semua, saya juga rindu ingin bertemu kalian.

JIKA DIKATA EMBUN PAGI ITU SUCI SUCI LAGI PENGORBANAN DAN KEIKHLASAN
JIKA DILIHAT PULAU ITU INDAH INDAH LAGI SEBUAH PERTEMUAN
JIKA DIRASA MUTIARA ITU BERNILAI BERNILAI LAGI SEBUAH PERSAHABATAN

**Abang man, sesekali letak gambar sendiri di profile mesti lagi best kan..hehe

18 comments:

CikYana(",) said...

wah
rse semacam lak baca entri nie

bro man mmg baik n peramah orgnye
yana sndiri rse selesa dgn bro man

huhuhuhu
yana suka baca puisi yg bro man dedikasi kn tuk aie tue

mmg menyentuh perasaan la
caya lah bro :)

GRuNGe said...

Aie, terima kasih. Terlampau tinggi pujimu itu. Terima kasih berkongsi lebih info pasal diri anda. Gambar, sudah ada satu, tapi dalam entry yang lepas. :P

sHaH said...

at least bro..
u got a friend who appreciate u for who u r...

MISZ NaNa said...

bagusnye ade kawan yang macam ni...awak memang bertuah! hargailah persahabatan tu ye!

ASYIQ said...

Oppppsss....mak dara pun suka gak berkawan ngan aie....kan aie kan??

Nak wat menantu anak kita kecik sgt lagi...hihi.

Cik AniS GalaXy said...

sungguh puitis bro man 2 ye
krm slm kt dia tau aie.
anis suke dgn org yg creativ dlm penulisan...

asis said...

ngeeeeee~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sis-Lin said...

bertuah bdn dpt puisi seindah ikhlas dtg dr hati...kan?
itu lah sahabat sejati walau pun bru mengenali..

KhairiL's said...

aie trus kan dgn sikap mcm ni
tgk suma org sayang kt aie

=)

Rashid said...

Tahniah aie
puisi ini adalah satu penghargaan yang ikhlas dari seorang sahabat untuk aie..

Bukan senang nak buat puisi tuu..

bEEdLE d' bARd said...

tak sangka plak dengn blogging blh hasilkan friendship yg sebegini..kekal kan ok?

chimera said...

hmmmm puisi tu sesuai utk aie... saya bayangkan aie pun mcm tu jugak orgnya...

milimilo said...

ohh,name incek grunge abang man ke..huhu

zeti said...

bestnye.. siap ada n3 khas lg utk aie ;) tp bg akak yg br knal aie ni pun setuju gak ngan puisi tu.. :)

Tirana said...

Wow..bestnya dapat puisi istimewa macam tu... Bila agaknya kak tirana nak dapat ye..hehehehe... orang kata "kalau tak tumbuh, tak melata..kalau tak sungguh tentu orang tak kata"..tapi pada Aie tentu lah kata yang baik-baik sebab memang Aie baik pun kan?

haruan tasek said...

berjumpa rakan secara offline memang best... kita seperti dah lama kenal.. syok

anaklaut said...

salam...

betul apa yang dikatakan oleh kapten tu.( haruan tasek )..

c_fu^^ said...

salam.
mmg sesuai..utk aie..
wpun sy baru bbrapa kali mjadi penyinggah setia kat blog nie..sy dpt rasa empunya blog mcm kat puisi..
teruskan berkarya dik!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails