Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 28, 2009

Ala omak...kawinkan aku...

Selesai sesi kuliah, saya lepak bersama kawan-kawan sekuliah untuk lunch sambil bersembang kosong. Dalam kehangatan bersembang, topik yang amat menarik perhatian kami adalah mengenai perkahwinan.Ya! KAHWIN!

Memandangkan ini semester terakhir kami, seorang sahabat saya menceritakan mengenai persiapan kahwinnya yang belum dilakukan dan majlisnya dirancang akan diadakan pada bulan 12 ini. Saya fikir, tinggal beberapa bulan sahaja dan jika dilakukan pada saat-saat akhir, pasti ada sahaja yang tidak sempurna. Tapi bila diterangkan bahawa majlisnya diuruskan sendiri oleh emaknya, saya dan rakan-rakan yang lain menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya ada yang menguruskan. Dan bukan persiapan dari material yang kami harapkan tetapi kami lebih mengharapkan sahabat saya ini lebih bersedia dari segi mental, rohani dan fizikal untuk menempuhi kehidupan baru pada akhir tahun ini. Bila difikirkan semula, untuk mengadakan majlis perkahwinan memakan masa sampai bertahun lamanya tapi majlisnya hanya 2 hari sahaja dan kita belum pasti kehidupan selepas perkahwinan bagaimana pula..

Kisah ini benar-benar terjadi kepada sahabat kepada sahabat saya yang ingin melangsungkan perkahwinan pada bulan 12 nanti. Katanya, seoarang sahabatnya, bila menjelang hari perkahwinan, tiba-tiba dia rasakan dia tak nak kahwin dengan lelaki tersebut padahal lelaki tersebut memang baik dari kaca mata saya. Dan bila diajukan kepada emaknya bahwa dia tidak mahu kahwin dengan lelaki tersebut, emaknya terkejut dan terpaksa meneruskan majlis kerana kad sudah diedarkan kepada tetamu dan emaknya berkata lepas berkahwin, terpulang pada anaknya untuk bercerai atau meneruskan kehidupan sebagai suami isteri. Astaghfirullah! saya mengucap panjang bila emaknya hanya mampu memberi cadangan sebegitu.

Sahabat saya bercerita lagi, semasa pergi ke majlis kahwin sahabatnya itu, malam pernikahan hanya diiringi dengan linangan air mata di bilik kerana dia betul-betul tidak bersedia untuk berkahwin walaupun sudah melalui proses berkenalan, bercinta sehingga bertunang. Mungkin jadi tawar hati. Walaupun majlisnya diadakan secara besar-besaran tapi saya dapat bayangkan apabila sahabat saya kata, baju pengantinnya dan barang hantarannya tidak sesempurna mana kerana dia menyembunyikan barang-barang tersebut daripada emaknya. Alahai....sedih juga bila suasana perkahwinan diraikan sebegitu rupa.

Akhirnya, kehidupan yang sepatutnya dirasai dengan penuh kebahagiaan sebagai pasangan suami isteri hanyalah sebagai satu sandiwara sahaja apabila di depan keluarga walhal mereka tidak pernah memenuhi nafkah batin sebagai pasangan suami isteri dan si isteri hanya mampu menangis bila menghubungi sahabat saya untuk meluahkan segalanya dan dia hanya meletakkan dalam tempoh terdekat ini untuk berpisah membawa haluan masing-masing tetapi si suami tetap memujuk untuk bersama-sama menempuhi kehidupan. Betapa kasihnya si suami walaupun si isteri sebegitu.

Dalam apa juga situasi yang dihadapai oleh mereka, kami hanya mampu mendoakan yang terbaik buat mereka. Berbincanglah sebaiknya bagi mengharmonikan suasana perhubungan yang telah dipilih itu kerana yang berlaku pasti ada hikmahnya.

18 comments:

CikYana(",) said...

uit smpai cmtu sekali ek?

hope pasangan yg nk berkahwin 2

kne bincang baik2 dulu la

utk elakkn dr terjadi pape perkara yg x diingini

akhis said...

~dasyatnye..
~ttba jer xsedia nk kwen...
~smoga urusan mereka di permudahkan

IamYonna said...

ishh ada jugak kes mcm tu. sebab tu la bila dah plan nak kahwin, tny hati betul2 dah get ready ke belom.. kang x pasal2 jadi janda duda nnt T__T

kesia si suami. betapa beliau nak menyelamatkan rumah tangga beliau..

Anonymous said...

perkahwinan bukan sehari dua..tp perjanjian dua hati smpai kiamat @ pun sehingga nyawa dijemput pergi..
tp ramai skrg ni, berkahwin ats dasar nafsu semata2..berfikir masak2 sebelom kawin supaya x mengecewakan diri sendiri & pasangan msg2..

Watierman said...

Salam aie...Akak yakin Adik akak ni lebih matang dari pasangan tersebut...moga segalanya dipermudahkannya bila tiba masanya nanti...jgn lupa panggil akak yer!!

unknown said...

huhu
takut nk pikir pasal kawin

eiza in the house.. said...

salam aie..
biasa kita dgr perkara mcm nie..mak bapak lebih rela teruskan majlis dr mendengar kata hati si anak..tp ape jua pun tu sudah ketentuan ilahi..kita doakn dia mmbuka pintu hatinya utk suaminya itu..amin =)

Unknown said...

salam aie..sedihnye mar baca kisah aie kali ni.xtaula nak berpihak yang mana satu sebab dua2 punya sebab yang tersendiri. mungkin insan yang menempuhinya lebih mengerti keadaan yang sebenar. tetapi ada seorang hamba allah pernah berkata pada mar 'sekiranya tujuan kita membuat majlis besar-besaran untuk mendapatkan pujian daripada masyarakat akan megundang riak.dan riak pula hanyalah sifat Allah di mana hanya Diala sahaja yang boleh mempunyai sifat ini. lalu kesannya memang akan dirasai sesudah berkahwin kerana Allah menjanjikan balasan bagi mereka yang suka menunjuk nunjuk dan bermegah-megah dan sesungguhnya janji Allah itu amat benar.Insya Allah semoga cerita ini mendapat iktibar pada diri saya dan rakan-rakan sekalian.

Ivy Metaga said...

hurmmm..sebab tu lah sebelum berkahwin kena betul2 bersedia, sebab kahwin ni bukan nya perkara yg main2 kan...
harap kisah kedua2 pasangan itu akan berakhir dengan kebahagaian, keputusan terletak pada diri mereka...wish them all the bestt..=)

arsaili said...

salam...kenala berfikir dan solat istikharah sebelom membuat keputusan terutama melibatkan keputusan yg besar

sharamli said...

takut jgk tetiba bnda tu jdik kt 0rg...mintak dija0hkan,,,

d0akan hubungan rumahtangga mereka kembali pulih..insyaallah

GRuNGe said...

Komen lari tajuk.

Ala omak kahwin kan Aie.
Ala omak kahwin kan Aie.

Aie, bulan 12 ni kamu kahwin dengan siapa yea? Lalalalala.

ASYIQ said...

Semester akhir dah yea...maknanya hari perkahwinan aie pun dah dekat...hihi. Jgn lupa jemput tau...ada rezeki nak merasa juga.

p/s pilih yang betul2 beriman dan berakhlak ye aie...

Maiyah said...

inilah yg dikatakan takde apa yg pelik lagi, wah wah aie dah bleh kawin ek! huhu

Tirana said...

hehehe..kawin itu seronok tapi memang kena bersedia..bersedia dari pelbagai aspek. Jika tidak, jadi macam kawan Aie tu...berendam airmata.

jagoan said...

nak kahwin senang.
mengharungi perkahwinan itu yang payah!

Tea Cha Hai said...

Pasal kahwin lagi....

Keri AlHaj said...

apa-apa pun, hidup kita jugak terikat pd satu takdir Allah yg digelar "JODOH"... walau bagaimana pun ceritanya, kalau sudah ditentukan memang sudah jodoh. akan berhubung jugalah dua insan itu... begitu jugalah sebaliknya.
Ikhtiarkan yg terbaik... doakan yg terbaik...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails