Wednesday, January 28, 2009

Nikmat bertemu amat nikmat

Dengan izin Allah saya selamat sampai di negeri yang dikenali dengan serambi mekah dengan selamatnya pada pagi tadi. Alahmdulillah mama, adik2 sabar menanti dengan penuh kesabaran di stesen keretapi Kuala Krai.Masih terasa dakapan hangat mama dan ciuman adik2 ketika menyambut kehadiran saya.Terungakai segala kekusutan dalam fikiran ini.Mereka juga sebenarnya menjadi pendorong utama saya selain kelurga saya di JB.

Dalam perjalanan menuju ke rumah, bual punya bual, terkeluarlah dari mulut mama, "Aie macam mana?keluarga, study, kawan2?(dengan dialek kelate).

Saya pun terdiamlah.Selama 5 bulan saya tidak berjumpa dengan mereka sebenarnya banyak yang ingin saya kongsi bersama mereka walaupun setiap hari mama akan menelelefon bertanya khabar.Macam mana nak cerita,Kalau nak cerita bukan sikit, banyak.Bukan banyak saja, panjang.

Perbualan mama sepanjang perjalanan menuju ke rumahnya banyak menyentuh tentang semua kegiatan hidup saya.Saya leka bercerita sehingga saya leka untuk bergurau dengan adik2 terlebih dahulu.Segala kekusutan dalam fikiran saya, saya luahkan.Tanpa jemu mama mendengar setiap apa yang saya ceritakan dan diselangi dengan nasihat berunsur jenaka.

Alangkah nikmatnya jika setiap hari saya dapat bertentang mata dengan mereka ini.Pertemuan kali ini betul2 bermakna bagi saya kerana perbualan dalam telefon setiap hari belum lagi dapat menyembuhkan apa2 yang terluka di hati melainkan jika kita sudah bertemu secara berdepan.

notakakikukumalu :

Seringgit senang dibelanja.Sebentuk senyuman sukar dicari.Seringgit hilang nilainya tapi senyuman memberinya tambahan nilai.Saya mungkin kehilangan serinnggit apabila menghubungi kalian tetapi saya dapat menawan senyuman kalian.

Monday, January 26, 2009

Kehendak alam

Time cuti saya cuti, time kerja saya kerja, time belajar saya belajar, time solat saya solat, time makan saya makan, time tidur saya tidur.Pendek kata hidup kita kena disesuaikan dengan kehendak TUHAN, kehendak alam dan kehendak tubuh badan.Tiga perkara ni kena jaga kalau nak selamat di dunia dan semoga selamat juga di akhirat.

Kita bekerja siang malam.Pagi petang adalah alam.yang kita fikir macamana nak jalani kehidupan seharian, macamana nak dapatkan duit, macamana nak mendidik diri sendiri ni adalah alam.

Kalau kita cantik, maka cantiklah alam.Tak cantik kita, alam tetap cantik.Maknanya kalau kita tak menjaga hak-hak kita terhadap alam yang meliputi bekerja kuat, mentadbir sesuatu dengan sempurna, amalan hidup sihat dan macam2 lagi, kita tak menyesuaikannya dengan kehendak alam itu sendiri.

Alam sediakalanya cantik dan semua usaha dalam alam ini asalnya cantik.Hanya kita sahaja yang nak bagi lebih cantik atau tak nak bagi tak cantik.Nak bekerja elok atau tak nak bekerja elok.

Wow!mengancam kan!bukan soal bekerja saja, termasuk soal belajar, berbelanja dan semuanya yang berkaitan dengan hablum minan nas iaitu hubungan sesama manusia.

Tapi kehendak alam yang berkaitan dengan hablum minan nas saya tak tak dapat jalani dengan sempurna lagi.Ermm...satu kekecewaan saya beberapa hari yang lepas tak terubat lagi..Moga2 terbuka hatinya untuk membalas mesej saya tanda memaafkan saya (saya rendahkan ego saya untuk saya rendahkan ego sahabat saya..erkk...walaupun saya fikir bukan saya melakukan kesalahan).Dan kekecewaan saya tidak dapat ke kelantan akhirnya terubat juga apabila tiket keretapi masih ada lagi dan insyaAllah saya akan sampai untuk berjumpa dengan insan2 yng saya sayangi pada hari rabu ini..Yeahaa....Moga2 semuanya berjalan dengan lancar...

notakakikukumalu :

Ada sahabat saya mengingatkan saya, di sebalik hujan yang turun ,pasti akan ada pelangi yang cantik akan timbul.Itulah indahnya aturan alam Maha Pencipta

Thursday, January 22, 2009

Hari-hari yang kecewa

Melewati hari-hari sebagai seorang insan yang serba kekurangan memang banyak dugaan dan rintangan.Entah mengapa seolah2 terasa ada batu besar yang menghempap di atas kepala.Adakah ini petanda awal sesuatu yang buruk akan berlaku pada tahun 2009 ini?

Kekecewaan sering sahaja menghinggap dalam diri ini sepanjang seminggu.Benar!memang saya terlalu sibuk pada minggu ini tapi kesibukan itu tidak seteruk seperti mana kekecewaan yang saya alami sepanjang seminggu.

Kadang2 terasa terlalu betapa lemahnya sehingga saya diuji dengan pelbagai situasi yang memang mengecewakan saya.Saya tak mengeluh tapi saya kecewa. Kekecewaan saya bermula apabila tetamu istimewa dalam keluarga saya telah pulang ke kampung halaman.Saya tak pasti untuk berapa lama lagi tempoh kami akan bertemu semula.Tapi, ingin saya luahkan kekecewaan saya apabila kami sekeluarga dianggap tidak mengingati mereka.Apa salah keluarga kami?Bukan kami tak mengingati tapi kadang2 masa dan jarak yang membataskan semuanya.

Bukan setakat itu sahaja.Saya diuji lagi dengan karenah manusia yang memang pelbagai ragam.Saya tak kisah apabila mereka ‘terlupa ‘untuk tepati janji yang telah ditabur.Saya bersungguh pada masa itu menyiapkan diri untuk bersama2 meluangkan masa bersama mereka.Tapi, hasilnya?saya ditinggalkan tanpa diberitahu terlebih dahulu.Apa salah saya pada kalian?Sakit hatikah melihat saya hidup dengan sentiasa mengukir senyuman walaupun saya dilanda masalah pada ketika itu?Kalian terasa rugi ke apabila saya hadir ke kuliah dengan menggunakan pakaian kemeja baru?Kepada kalian, saya tak mengharapkan apa2 pada kalian..saya hadir ke dunia sebagai insan yang serba kekurangan di sisi Maha Esa tanpa menggunakan sesen pun duit kalian untuk memenuhi kehendak saya.Usah khuatir, jika biasiswa JPA saya mencukupi (memang akan mencukupi malah lebih lagi), InsyaAllah saya akan buat makan2 di rumah saya sebagai balasan kalian telah mengecewakan saya.Cuma satu pinta saya, jangan jadi manusia yang berpura2.

Saya juga mendapat berita yang sememangnya mengecewakan saya.Dan cerita ini, saya belum bersedia untuk menceritakan kepada sesiapa kecuali kepada dua orang sahabat saya yang telah saya anggap sebagai adik saya sendiri.Harap2 berita yang saya terima itu tidak benar!Dan semoga Allah memudahkan segala urusan saya dalam perkara ini.Saya telah bersedia!.Itu yang mampu saya katakan.

Dan hari ini, saya kecewa lagi.Sebabnya saya tidak dapat pulang ke Kelantan yang akan merungkai segala kenangan saya bersama keluarga angkat tersayang.Buat keluarga di sana, maafkan aie kerana kali ini kita juga tiada rezeki untuk bercuti bersama2.InsyaAllah jika diizinkan, kita akan bertemu lagi.

Saya bersyukur..dalam kekecewaan ini, Yang Maha Esa dan keluarga adalah ubat yang paling mujarab dalam merungkai segala kesakitan dan kekecewaan dalam hati ini…

notakakikukumalu :

Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian kita akan dibenci, fikirkan kekecewaan kita akan dikecewa,Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam.Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan.

Tuesday, January 20, 2009

Utusan




Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan oleh-Nya.

notakakikukumalu :

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Sunday, January 18, 2009

Sahabat

Satu ungkapan yang amat bermakna bagi orang yang tahu menghargainya..malah..ada yang sanggup mengorbankan apa sahaja demi sahabat.Baginya sahabat adalah segala-galanya.tanpanya hidup tak akan sempurna..rasa resah..gelisah..sentiasa menyelubungi diri..tetapi sejauh manakah seseorang itu dapat menjalinkan satu ikatan persahabatan yang ikhlas?

Berkawan memanglah mudah tetapi untuk mengamalkan ciri2 seorang sahabat begitu sukar sekali.Dalam menjalinkan persahabatan,seseorang itu harus seharusnya mempunyai cara yang tersendiri bagi merealisasikan keinginan untuk menjadi sahabat yang disegani dan dihormati.Syarat utama untuk menjadi seorang sahabat yang sebenar ialah ikhlas dan jujur..Tanpa keikhlasan dan kejujuran, sikap saling percaya dan mempercayai tidak akan wujud dalam diri masing2..

Bukan mudah untuk menjadi seorang sahabat yang benar2 memahami kehendak naluri kita..kalau ada pun mungkin 1 di antara 1001 orang itu..Maka beruntunglah bagi mereka yang memiliki sahabat sebegitu...

Dan..memang mudah untuk mencari seorang kawan tetapi begitu sukar untuk mencari seorang sahabat apatah lagi untuk mencari seorang teman..


Terima kasih kepada Bro Sr Nik, kak Tirana, dan Ochie
atas pemberian lencana tanda persahabatan ini.
Suka saya ingin memanjangkan pemberian award dan lencana persahabatan ini buat semua sahabat yang singgah di rumah saya ini.Kalian merupakan sebahagian dalam hidup saya.Terima kasih..

Wednesday, January 14, 2009

Sekadar renungan

Alamak, tak mungkin...

Bayangkan tiba-tiba pintu rumah diketuk,pintu dibuka,
Ya Allah Rasulullah rupa-rupanya! !! Barangkali kita berasa gembira, takjub, pemimpin paling agung muncul dipintu. Mungkin kita bersalam, memeluk baginda, diajak baginda moga-moga sudi bermalam dirumah, atau barangkali kita berfikir,meminta Rasulullah tunggu di pintu, rumah bersepah perlu dikemas, tandas kotor perlu dibasuh,VCD 'adult rated' dimana harus disorok?

Majalah-majalah picisan dimana hendak disimpan? atau barangkali segera balik ke bilik, bagi muslimin seluar pendek perlu ditukar, terkial-kila mencari pelikat, poster artis perlu dicabut, diganti dengan ayat seribu dinar, pemberian peminta sedekah yang diletak di bawah katil...atau barangkali malu, abah tak pernah jadi imam solat di rumah.. mama tercari-cari tudung dalam stor, jiran tetangga tak pernah kenal, surau dekat rumah tak tahu kat mana, mengaji Al-Quran sebulan sekali....atau barangkali kita terfikir, bagaimana dengan adik-adikku? adik-adik selalu menyanyi, zikir dan Al-Quran jauh sekali, abang hafal nama pemain man U, artis, artis, namun tidak keluarga baginda, sahabat baginda yang baginda kasihi, tengok VCD hari-hari, Korea, Jepun, Inggeris, Al-Quran?? "Ala...sibuk la.." Buku agama?? "Exam agama lambat lagi.." atau baragkali kita segan, baju kakak semua ketat, baju yang ok ada 2,3 helai, baju kurung tanpa tudung, yang dipakai setiap hari Isnin dan Jumaat untuk ke kuliah. Kita mengaku cintakan Rasulullah, buktinya? semasa Maulidur Rasul kita berarak,perang selawat kita selawat, tapi tak faham apa-apa.habis berarak umpat urusetia majlis. "Sunnah nabi?Apa tu?"."Dakwah? Ala..JAKIM kan ada..aku bukan ustaz/ustazah. ."

notakakikukumalu :

Kehidupan di dunia hanyalah sementara.Akhirat jua yang kekal selama-lamanya.

Tuesday, January 13, 2009

Special 4 Kak Azza

zwani.com myspace graphic comments

Kadang2 terlalu sukar untuk kita mengucapkan apa khabar kerana terlalu sibuk. Selalu juga kita mengabaikan ucapan salam ketika bertemu. Adakalanya, kita yakin esok masih ada untuk kita bertemu dengan kawan2 yg lain. Jarang-jarang kita membalas email mahupun sms kawan kerana malas ataupun tiada credit. Tp, jika esok masih ada untuk kita tp sudah tiada esok lagi pada rakan kita. Kita akan membaca kembali email dan sms yg dikirimkan, dan mula bertanya kenapa kita tak menghargai kehadirannya dalam hidup kita. Walaupun kadang2, kawan akan berkata tak apa aku faham. Tp adakah kata2 itu membolehkan kita mengabaikan sebuah persahabatan.

Kita selalu melihat esok, tetapi selalu lupa tentang hari ni. Adakah esok masih ada seperti hari ini? Ketika kita berdoa adakah kita mendokan insan bernama rakan? Adakah setelah mereka tiada baru kita sertakan doa untuk mereka?

Jadi, selagi kita bernafas, tundukkanlah diri ketika berjalan di bumi ini kerana sesungguhnya kita terlalu kerdil untuk bermegah dengan nikmat dunia yg sementara ini. Sesungguhnya di sana adalah yg kekal abadi.

Happy Birthday to u..
Happy Birthday to u..
Happy Birthday to kak Azza..
Happy Birthday to u...


notakakikukumalu :

Jagalah dirimu baik2, usahakanlah kemuliaanya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi tetapi kesempurnaan budi dan adab-Nabi SAW

Monday, January 12, 2009

Mulakan hari dengan senyuman

"Wah,hari Isnin hari ni, peluang aku tunjukkan kecemerlangan terbuka lagi.Peluang aku tunjukkan kehebatan aku terbentang lagi.Akan aku gunakan hari ini sebaik-baiknya."

Pagi2 lagi dah bangun dari tidur. Hari ni kena bersemangat untuk mulakan hari baru.Mana tahu esok tidak jumpa lagi fajar mentari.Walaupun orang kata biasanya hari isnin adalah Monday Blues,tapi jangan diikutkan hati dan perasaan sangat.

Erm..padahal hari ni sangat malas untuk memulakan langkah.Sebabnya hari ni SMART DAY..tapi mak selalu pesan, jangan berikan makanan negatif pada hati tapi tukarkan kepada positif sebabnya "Bertambah luas akal, bertambah luaslah hidup,bertambah datanglah bahagia.Bertambah sempit akal. bertambah sempit pula hidup, bertambah datanglah celaka"

Jadinya, seharusnya mulakan hari dengan senyuman dan ceria sekali.Selamat menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah..

Saturday, January 10, 2009

Tag


Peraturan untuk menerima award ini ialah:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag.

Tag ni saya terima dari
Kak Aisyah
Dir
Cik Zura

10 fakta/hobi diri saya.
1. Pengumpul beg kertas, pen dan tali leher yang tegar
2. Sukakan kanak2
3. Tidak merokok
4. Muka jarang senyum tapi bukan sombong
5. Anak ke 5 dari orang 6 orang adik beradik
6. Masih menuntut

Saya tak mahu tag sesiapa memandangkan masing2 masih sibuk dengan kerja di awal tahun.tapi sesiapa yang berminat untuk buat, saya alu2kan.

Friday, January 09, 2009

Hadapi dengan bersahaja..

Erm..sehari yang lepas, saya ada membuat entri berkenaan ujian dan dugaan~asam garam kehidupan..Rupa2nya sahabat saya ini juga membaca blog saya..Tapi tidak meninggalkan sebarang jejak tetapi tahu2 sahaja saya menerima kiriman smsnya pada waktu yang sama seperti dia menghantar sms dalam entri sebelum ini.Cuma harinya sahaja yang berlainan.Saya tak dapat membalas mesejnya sebab tidur awal keletihan seharian.Dan memandangkan pagi ini saya tidak mempunyai sebarang kuliah, sempat juga saya untuk membuat entri ini untuk memberi maklum balas kepadanya.

Sms dari sahabat saya begini...

"Salam, aie,,,bagaimana nak hadapi semua ujian dan dugaan tu dengan tenang..kepala rasa serabut sangattttttttttttttttt!!!"

Lihat sahaja sahabat saya mengirim sms itu, memang benar dia betul2 dalam keadaan serabut kerana huruf t di hujung ayat sangat banyak.Itu menandakan dia betul2 serabut!itu percaturan yang saya buat kepadanya.

Sahabat...

Apa yang paling penting, cara kita menghadapi ujian tersebut.Jangan lari dari ujian kerana melarikan diri daripada masalah tidak akan menyelesaikannya.Malah kita akan lebih dibebani dengan masalah.Hadapi segala ujian dengan tenang, tabah, berani dan bersahaja.Setiap masalah yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya.Jadikan ujian dan cabaran untuk kita terus maju ke hadapan.Sebenarnya saya juga tidak kuat untuk menghadapi dugaan tapi saya TERPAKSA memotivasikan diri saya sendiri.Saya masih ingat sewaktu saya dicemuh kerana memiliki dahi yang luas, saya tanamkan dalam hati "Akan aku buktikan, dengan dahi yang luas, saya akan memiliki kejayaan!".Kata2 itu bukan tersemat di jiwa malah saya tuliskan di buku khas saya.Hasilnya, saya pernah berjaya.Sebabnya orang2 tua juga kata rugi kalau memiliki dahi yang luas tapi tidak bijak.Itu juga menjadi kata2 semangat saya.

Kita juga perlu tanamkan dalam diri, kegagalan atau kepayahan yang hadir dalam hidup kita bukanlah penamat cita2.Bukan juga penutup bahagia.Sebaliknya setiap kegagalan dan kepayahan itu adalah pencetus semangat agar kita berusaha lebih gigih lagi.Apabila ditimpa masalah, jangan mendengus atau menyesali takdir hidup.Tuhan hanya akan menguji hamba-Nya kerana Dia tahu hamba-Nyaitu mampu menghadapi ujian tersebut.

Sahabat...hadapi dengan bersahaja juga akan menghilangkan serabut di kepala...Usah terlalu memikirkan sangat..

Saya berani katakan supaya hadapi dengan bersahaja kerana saya kagum dengan abang saya yang sentiasa bersahaja dan akhirnya mendapat tawaran bekerja di sektor kerajaan sebagai pegawai perancang bandar dan desa.Bukan sahaja isteri dan anak2nya gembira.Sayajuga turut menumpang kegembiraan itu.Tahniah bang!.Nah! itu natijahnya jika kita hadapi semua perkara dengan tenang dan bersahaja tanpa memikirkan sesuatu perkara itu terlalu membebankan kerana setiap masalah yang dihadapi, pasti ada jalan penyelesaiannya.

Thursday, January 08, 2009

Ujian&Dugaan~asam garam hidup

Lewat malam tadi, saya menerima satu sms dari sahabat saya yang sedang dilanda masalah yang agak berat.Sms yang agak mengejutkan juga namun, saya gembira.Secara terperincinya.Inilah isi kandungan sms tersebut

"Aie, ko selalu bagi kata2 semangat supaya aku berbuat macam ni berbuat macam tu untuk selesaikan masalah tetapi ko tak tau betapa beratnya beban yang ditanggung oleh aku.Bercakap memang mudah sebab ko tak alami segala masalah tu.Hidup ko ceria dan bahagia.Memanglah senang hatikan!"

Saya ucapkan syukur.Alhamdulillah,terima kasih dengan doa tersebut.Terima kasih keran sudi mendoakan kebahagiaan dan keceriaan saya.Sungguh....saya tak marah,saya tak kecil hati.Namun saya tetap ingin jelaskan keadaan sebenar.Saya hanya mencadangkan sahaja kepada sahabat saya ini sebab dia memerlukan kekuatan dari seorang sahabat tapi tak sangka dia menghantar mesej kepada saya sebegitu.Walaupun begitu, tidak bererti saya tidak pernah diuji.Setiap orang mempunyai ujian dan dan dugaan hidupnya yang tersendiri.Ujian dan dugaan itu adalah asam garam dalam kehidupan.

Haaa......saya tak bercakap kosong.Sungguh,sepanjang hampir 24 tahun usia saya ini, sejak saya kenal dan mampu mengingati setiap yang berlaku dalam hidup saya, dalam tempoh belasan tahun ini, saya juga menerima pelbagai jenis ujian hidup.Maaf kerana tidak dapat menceritakan segalanya kerana saya juga mempunyai rahsia hudup saya sendiri. Cukuplah saya katakan saya pernah diejek, bukan sekadar ejekan tetapi cemuhan.Saya pernah dipanggil si dahi luas, si hitam dan macam2 lagi.Saya pernah gagal dalam ujian.Saya pernah tak makan selama 2 hari,hanya mengalas perut dengan air kosong.Saya pernah putus persahabatan malah diherdik oleh sahabat2 saya.Betapa harga diri saya dipijak2 ketika itu.

Sekarang ini, saya juga menerima ujian dan dugaan.Walaupun saya sentiasa rileks,ketawa namun hanya Dia yang mengetahui segala apa yang terpaksa saya lalui.Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dengan setiap ujian inilah,saya mampu tersenyum dan ketawa sekarang ini.Tanpa segala ujian yang pernah saya hadapi sebelum ini dan segala ujian yang bakal menghampiri, saya yakin agak sukar bagi saya menghadapi hidup dengan senyuman.

notakakikukumalu :

Apabila kita diuji,jangan hanya memandang mereka yang hidupnya lebih baik dari kita sebaliknya pandanglah mereka yang lebih susah.Dengan cara tersebut,kita pasti rasa bertuah dan berbangga dengan hidup kita.Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Wednesday, January 07, 2009

Entri tertunggak : Happy Belated Birthday

H a P p Y
B e L a T E d
B i R t H D a y


Khas untuk Norazeman bin Abd Ghani..(20 Disember)Sorry sebab kami lambat celebrate sebab kebetulan time tu cuti semester.Semalam je baru sempat celebrate. Jangan kecil hati ye man..Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki.All d best



Untuk Ammar Hakimi..Selamat ulang tahun yang ke 3 tahun..(29 Disember).Sorry juga sebab tahun ni pakchu tak beli apa2 untuk hakimi.Semoga kimi menjadi anak yang soleh dan jangan nakal2 sebabnya nanti adik Amsyar ikut apa yang Kimi buat.


Dan untuk kawan saya.Hidayah binti Ismail.Selamat Hari Lahir..(4 Januari).Semoga mendapat kerjaya yang bagus dan jadikan masalah itu sebagai cabaran untuk menghadapi hari2 yang bakal mendatang.


Maaf sebab lambat nak buat entri ni.Walau apa pun,kalian tetap istimewa di hati saya terutamanya Ammar Hakimi..Semoga dengan bertambahnya usia, kalian akan terus mendapat sinar kebahagiaan dan keimanan.

Tidak lupa juga kepada rakan blogger yang menyambut hari lahir pada bulan ini..
Selamat Hari Lahir untuk Luth

dan..
Happy becoming birthday to Fadzli khan, Kak Azza dan Dir

Monday, January 05, 2009

Alahai...sahabat

Kadang2 kita berkawan..Tapi, tak semua suka.Kita cuba buat terhibur.Tapi, tak semua ketawa.Kita rasa kita bergurau..Tapi, tak semua gembira..Kita rasa tindakan kita wajar..Tak sangka ada yang terluka..

Alahai...sahabat maafkan saya jika gurauan saya kasar petang tadi..

notakakikukumalu :

Sahabat setia bagai pewangi yang mengharumkan.Sahabat sejati menjadi pendorong impian.Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah...

Saturday, January 03, 2009

Kaca diri ketika bercermin

Setiap kali kita berkaca di hadapan cermin,apa yang kita fikirkan?akukah ini?Digilai dan menggila untuk digilai?atau kita menekup muka lalu melarikan diri dari cermin dan rasa tak sanggup lagi untuk berkaca?

Sambutan tahun baru sudahpun masuk hari yang ketiga..Ermm..sedang2 berkaca di hadapan cermin, ada yang perhatikan,ada tak kasut yang tertinggal semasa menyambut malam tahun baru?Kenapa kasut?sebabnya adalah....

Balik dari kampus, saya terus memotong rambut.Padahal bukan panjang pun tapi cuma ingin kelihatan smart sahaja.Dah siap, saya terus menghadap cermin..rambut semakin sikit...

Sedang asyik menghadap cermin, saya terfikir..mengapa saya bercermin sehingga saya leka membelek setiap inci muka..

Apabila cermin menghadap cermin, yang terbias adalah biasan lebih kuat.Wajah kita menghadap cermin, yang terhasil adalah wajah kita sebenar. Di hadapan cermin kita akan temui bayangan kita sendiri.Rupanya bayangan itu adalah kemampuan diri kita sebenar, yang sebenarnya amat kuat dan luar biasa sekali;ketakterbatasan yang memberi kekuatan untuk menembus batas rintangan diri, yang sebenarnya dibiaskan oleh diri kita sendiri.

Cermin diri kita dengan diri kita sendiri.Singkirkan cermin2 diri orang lain.Di sana hanya terdapat kekurangan dan kelemahan kita yang akan memupuk ketidakpuasan.Dan ini akan menjerumuskan kita dalam jurang kekecewaan.

Apabila kita mula kecewa dengan diri kita sendiri, kita telah meletakkan cermin yang salah dan keunikan2 yang tersembunyi itu akan lebih sukar ditemukan.Kita adalah diri kita sendiri.

Sebab itu kita kena berkaca dengan cermin diri, jangan berkaca dengan wajah orang, kelak kita temukan kekuatan, sebab kekuatan itu duduknya di hati,sedangkan berkaca di wajah orang, hati kita akan dibuai iri.

"Don't measure yourself by what you've accomplished,but rather by what you should have accomplished with your abilities."

notakakikumalu :

Kekuatan diri terletak pada dalaman diri sendiri.

Thursday, January 01, 2009

Hidup dan kasut

Kata orang kalau duduk di belakang dan ada pemandu memandukan kereta buat kita, itulah paling nikmat. Tanpa berbuat apa2, tahu2 sudah sampai.

Sepanjang perjalanan boleh membaca akhbar atau berangan sesuatu atau pun tidur. Alangkah indahnya hidup kalau begitu, tak perlu tekan brek, tak perlu putar stereng, tak perlu alert setiap masa, tahu2 dah sampai. Sampai di tempat yang dituju, ada orang yang bukakan pintu.

Memang selesa,siapa kata tidak. Tetapi sebenarnya apabila kita ada aktiviti dalam satu2 perjalanan, apabila perjalanan jauh, itu lebih menarik dan lebih nikmat lagi. bayangkan kita naik bas, tiada apa2 yang kita boleh lakukan jika pemandu terus memandu sedangkan kita sangat lapar.Selesakah? Bukankah baik jika stereng itu di tangan kita dan kita boleh berhenti di mana2 kita suka untuk melayan selera perut.

Berbalik semula jika perjalanan kita ada yang jadi pemandu, mungkin kita akan kata, suruh sahaja pemandu berhentikan kereta, tetapi tahukah kita, sebagai tuan besar yang mempunyai pemandu di dalam kereta mewah, pada kedudukan seperti itu, kita seorang selebriti terkenal, barangkali tidak semudah itu untuk kita berhenti duduk di gerai2tepi jalan lagi sebab kadang2 itu berbahaya.

Itulah gambaran puncak kejayaan iaitu kehidupan. Itu impian dan keinginan semua orang. Tetapi jika belum dapat usah katakan hidup tidak adil dan kita tidak akan ada kesempatan. Setiap orang ada peluang yang sama, cuma apakah kita pernah bertindak dengan langkah pertama untuk menggapainya, itu sahaja yang membezakan.

Suatu masa, kita benar2 telah mencapai impian kita. Malah kita pun duduklah di belakang sedang pemandu memandukan kereta buat kita. Eh, elok sahaja kita menyandarkan tubuh, mata terasa ngantuk.Hawa dingin benar2 mengelus-ngelus tubuh kita. Kita pun tertidur dengan nyenyaknya. Apabila terjaga, kereta masih dipandu dan kita berasa berat untuk membuka mata. Kita pun terus tidur dan tidur. Sampai di tempat yang dituju kita pun berasa letih dan tidak bermaya.

Rupa2nya hidup ini memerlukan aktiviti. Apabila kita berada di kokpit, tangan kita memegang stereng, kaki kita menekan minyak dan brek, kita menentukan halatuju kita sendiri, itu lebih nikmat daripada kita duduk sebagai penumpang dan kadang2 terpaksa berkira2 untuk memberikan arahan. Arahan pula terpaksa dikeluarkan dengan suara sedangkan kalau memandu sendiri hanya hati yang bersuara.

Kita lihat hidup dalam kaca mata yang begini. Tatkala kita belum upaya mencapai kedudukan kita, apa juga yang dilalui adalah sesuai untuk kita, nanti apabila kita telah mencapai kedudukan kita, anggap itu juga sesuai untuk kita. Hidup jadi nikmat jika kita pakai kasut ikut saiz tapak kaki kita walaupun yang kita pakai itu hanyalah selipar berbanding kasut buatan Itali tetapi besar, longgar dan mudah tercabut.

SELAMAT TAHUN BARU 2009

notakakikukumalu :

Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita diberi peluang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails