Saturday, June 27, 2009

Doktor..boleh saya tahu,saya sakit apa?

Bahagian dada saya semakin kerap sakit.Kadangkala ianya berdegup kencang. Seolah-olah telah berlari sebanyak 6 kali pusingan. Saya bimbang. Isnin saya telah ke klinik. Kali ini saya baru berkesempatan ke klinik.Ini pun disebabkan saya memaksa diri saya sendiri untuk pergi ke klinik.Risau apa-apa akan terjadi.

Selesai saya scan no pendaftaran pelajar dan mengambil no giliran, saya menunggu untuk menanti giliran saya diperiksa.

1051-bilik 1- tertera nama doktor yang bakal merawat saya.Dr.Hanan.

Saya mengetuk pintu dan tombol dipusing.

"Assalamualaikum Dr". Sapa saya.

"Waalaikumsalam. Duduk. Sakit apa Saiful?"

"Dr, dada saya kerap sakit. Sejak seminggu ni semakin kuat dada saya berdegup. Bulan 4 yang lepas saya ada buat pemeriksaan di sini dengan Dr. Latifah, tapi Dr. kata jantung ok, darah ok n urine pun ok. Tapi ni sakit lagi.. "adu saya dengan panjangnya tanpa ditanya oleh Dr. Hanan.

"Ish..ni bahaya ni kalau dada sakit.Biar saya check dulu..Jantung awak sihat ni. Sekejap ye Saiful..saya check bahagian lain.Sakitnya macam mana?"

Saya jelaskan keadaan saya bila sakit di bahagian dada tu datang...Dr. Hanan dengar dengan tekun.

"Ok, awak baring jap..saya nak periksa. Erm..ni ada MASALAH KAT BAHAGIAN INJAP ni..Dari sejak kecil lagi dah ada masalah ni.."

Ya Allah, saya cuba tenangkan diri saya. Cuba positifkan apa yang doktor nyatakan.Tapi tiba2 satu pertanyaan terpacul dari mulut saya. "Dr, risiko tak?"

"Saiful,apa juga perkara yang kita lakukan ada risikonya kan?Jangan difikir sangat tentang risiko itu.Jangan bimbang. Cuma sebagai hamba Allah, kita jalankan apa yang disuruh. Kata-kata Dr. cuba untuk menguatkan dalaman saya."

Saya bagi awak ubat ni, makan dan jumpa saya semula pada hari Sabtu pagi.Jangan fikir sangat nanti kalau stress lagi tertekan.

Saya memandu balik dengan bermacam2 persoalan. Saya fikir, jika masalah injap saya ada sejak kecil kenapa bila saya menjalankan x-tray beberapa kali sejak masuk di asrama tingkatan 1 hingga sekarang, doktor menyatakan saya sihat dan normal? Saya buang jauh2 persoalan itu supaya tiada beban di kepala.

Singgah ke kedai runcit.Saya membeli quacker oat. Walaupun Dr. kata jantung saya sihat, tapi saya cuba nak amalkan makan quacker oat supaya bahagian2 lain juga sihat.

Lepas makan tengahari, saya terus mengambil ubat seperti yang doktor sarankan mengikut waktu yang ditetapkan.

Alhamdulillah,Allah memberi saya nikmat sihat sedikit. Saya dah rasa perubahan sikit di bahagian dada saya. Tak kerap sakit seperti selalunya.

************************************************
Hari ini, Sabtu pagi, saya pergi ke klinik untuk janji temu seperti yang Dr. Hanan sarankan. Seperti biasa saya menunggu dan saya nampak Dr. Hanan keluar dari biliknya.

"Assalamualaikum Dr. Saya dah ambil nombor giliran tapi kalau saya dapat Dr. lain yang buat pemeriksaan saya, macamana?" Macam budak-budak pulak saya mengadu pada Dr. sebegitu.

"Ok, 5 minit lagi saya masuk awak bilik, Saiful ikut saya masuk ke bilik."

5 minit kemudian, saya mengekori Dr. Hanan dari belakang. Saya jadi serba salah sebab tak mengikut giliran.

"Macamana kesihatan?Sakit lagi tak bahagian dada?"tanya Dr. Hanan.

"Alhamdulillah Dr. Nampaknya ada kurang sikit. Tapi saya tetap risau la Dr."

Dr Hanan sengih..."Jangan risau, saya suruh awak datang ni sebab saya nak scan la..Ubat dah abis belum?Kalau dah abis, saya bagi lagi.."

"Belum Doktor.."

Selesai Dr. scan pada bahagian yang sakit, saya bergegas balik dan naik semester baru nanti, klinik adalah destinasi rutin saya untuk saya berjumpa Dr. Hanan lagi.

Terima kasih Dr. atas layanan yang cukup baik kepada saya. Saya memang sebegini.Kalut bila mendengar sesuatu berita.Mudah-mudahan saya tiada apa-apa dan sihat untuk menjalankan sebarang aktiviti.

Saya perlu tabah dan kuat! Terima kasih kawan2 yang mendoakan saya. Inilah dugaan. Bila-bila sahaja Allah boleh datangkan kesakitan tanpa amaran.

Lewat petang ini, saya perlu ke Kuala Lumpur bersama keluarga tercinta atas satu urusan.

Sabda junjungan nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
“Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)

Wednesday, June 24, 2009

[Hari ke 144] Bapa, abah semuanya aku sayang...

Ungkapan lagu "Untukmu Ibu" nyanyian kumpulan exist masih kuingat. Aku suka menukar lagu tersebut supaya menjadi lagu "Untukmu Ayah". Dulu, jika aku menerima berita kematian ayah atau ibu kawan-kawanku, aku tidak sanggup membayangkan bagaimana jika aku kehilangan ibu atau ayah, tak sanggup rasanya untuk menggambarkan suasana itu.Sungguh memilukan.

Namun pada tanggal 31 Januari 2009, segala yang aku takuti telah menjadi kenyataan. Bapa telah meninggalkan kami sekeluarga tanpa sekelumit kata-kata. Pada pagi yang penuh keramat itu, aku menerima panggilan telefon dari kakakku yang mengatakan bapa pengsan selepas bersenam di hadapan rumah. Ku sangka hanya pengsan biasa kerana pernah sekali bapa pengsan ketika berada di dapur. Setengah jam kemudian kakakku menelefon kembali mengatakan bapa telah pergi untuk selamanya. Ya Allah! bermimpikah aku sedangkan baru 3 hari yang lalu bapa memelukku erat dan memberi kucupan di dahiku sebelum aku berangkat ke Kelantan untuk melawat keluarga angkatku. Itu pun atas cadangan bapa supaya aku melawat keluarga angkatku di sana.

Mujur ketika kakakku menelefon aku telah sampai di stesen keretapi Kempas dan sedang menaiki teksi untuk menuju ke rumah. Di dalam teksi aku hanya mampu menangis sehingga pemandu teksi gabra melihat keadaanku. Bapa pergi jua tanpa sempat kami adik beradik menemuinya buat kali terakhir. Aku pasrah, aku akur dengan kehendak takdir. Biarpun kesedihan dan kepedihan ini tidak tertanggung rasanya. Bila aku tiba di perkarangan rumah, aku masih mampu mengatur langkah.

Terus sahaja aku memeluk emak dengan eratnya supaya emak beroleh kekuatan. Aku menangis tapi aku cuba sedaya upaya menyembunyikan tangisan dari emak supaya emak juga tabah untuk hadapi hari-hari mendatang. Lalu aku menyuapkan emak air dan nasi kerana aku bimbang keadaannya kerana katanya dia mahu pengsan dan masih belum mengisi perut.

Bila keadaan emak kembali tenang, aku menjenguk jasad bapa dan membacakannya surah yasin. Wajah bapa ketika itu saling tak berubah seperti sedang tidur dalam keadaan tersenyum. Wajahnya begitu tenang, berseri tatkala maut menjemputnya (itu yang dikatakan oleh jiran dan saudara mara). Teringat kembali semasa aku memandikan arwah bapa. Aku jadi sayu lebih-lebih lagi saat aku menyambut jenazah untuk dimasukkan ke liang lahad.

Mudah-mudahan rohmu dicucuri rahmat. Jika bulan ini, semuanya menyambut hari bapa, tapi kami adik beradik menyambut dengan cara yang lain.Apa yang paling pasti tiada lagi ruang untuk kami memohon maaf daripadamu dan memberimu hadiah seperti selalu kami lakukan. Yang nyata adalah suara hiba. Sekalung doa buat arwah bapa, Hj. Maskur bin Atmom. Al-fatihah.

Hari Ahad 21 Jun 2009 lalu, aku menghubungi mama angkatku yang berada di Kelantan untuk mengucapkan selamat ulangtahun kepadanya. Malamnya salah seorang adik angkatku di Kelantan mengirim mesej kepadaku..

Mesejnya berbunyi.."Abe Aie, tak ucap ke Selamat Hari Bapa untuk Abah? Abah ada kat sebelah Kak Ngah ni"

Aku jadi hiba.Memang tak dapat tahan perasaan ini.Aku membalas "Abah, Selamat Hari Bapa.Bukan Aie lupa tapi tak terucap sebab Aie akan ingat arwah bapa. Lagipun hari-hari adalah hari untuk bapa dan abah. Terima kasih sebab izinkan Aie untuk menerima kasih dan sayang dari Abah.Aie doakan yang terbaik buat Abah sebab abah juga merupakan idola Aie.Salam Sayang"

5 minit kemudian, Abah menghubungi aku. Buat pertama kalinya aku dengar Abah angkatku menangis di talian telefon ketika berbicara dengan ku.

Bapa, abah..aku tetap sayang kalian. Cuma aku tak pandai nak tunjukkan. Tiada hari bukan untukmu tetapi bagiku hari-hari dikau ada disampingku. Belum terlewat untuk ku ucapkan Selamat hari Bapa untuk bapa-bapa di luar sana.



notakakikukumalu : Sayangi kedua orang tua, Janganlah berkata 'uh' atau 'ah' sekalipun. Semoga hadirnya bulan Rejab ini akan dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita semua..Barakallah...

Tuesday, June 23, 2009

Kita sepatutnya kecewa dengan sikap sendiri

Sememangnya sifat semulajadi manusia, suka menyalahkan orang terlebih dahulu. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan matanya.

Mungkin kesalahan itu kecil sahaja dan tidak disengajakan, tetapi bagi dirinya, kesalahan tetap kesalahan dan ianya perlu diambil tindakan. Seolah-olah manusia tidak pernah membuat kesalahan, termasuk dirinya sendiri. Ironisnya, bila kesalahan itu terkena di batang hidungnya sendiri, ia pandai pula cari alasan. Sekalipun alasan itu tidak kukuh, namun dia tetap berasa bahawa dirinya patut dikecualikan daripada peraturan yang sedia ada. Sebab, dia mempunyai kuasa dan peraturan adalah di bawah penguasaannya. Inilah yang banyak berlaku dan akhirnya, berlakulah perasaan tidak puas hati di kalangan orang sekeliling.

Kita periksa diri kita terlebih dahulu, sebelum bertindak menyalahkan orang lain.Mungkin kekecewaan yang selama ini kita deritai adalah berpunca dari sikap kita sendiri. Alahai...

Fikir-fikirlah sendiri.

Alhamdulillah..saya dah ke klinik.InsyaAllah Sabtu ini ada pemeriksaan susulan.Walaupun berita doktor memeranjatkan saya tetapi saya perlu kuat untuk hadapi hari-hari bakal mendatang..

Monday, June 22, 2009

Ada caranya..tegurlah baik-baik..

Salam untuk semua yang saya kasihi.

Saya straight to the point..Tidak semua orang suka dikritik, dan begitu juga tidak semua orang pandai mengkritik.Mengkritik sememangnya mudah, apatah lagi kesalahan orang tersebut berlaku di depan matanya. Cuba kalau dirinya berada di tempat yang sama, sudah tentu dia melompat. Justeru itu, meminta diri untuk dikritik adalah memerlukan kekuatan yang luar biasa dan kita seharusnya bersedia.Yang sebaik-baiknya adalah mengkaji kesilapan diri sendiri, itu pun kalau mampu nampak (biasanya jarang nampak,kan?). Setelah mengenal pasti sifat jelik yang terdapat pada diri kita, maka binalah azam untuk berubah. Tetapi sering sahaja orang sekeliling kita mengkritik seseorang atas dasar untuk menjatuhkan seseorang. Kritikan memang diperlukan untuk meningkatkan lagi prestasi dan mutu kita tetapi kalau mengkritik dengan kata-kata yang cukup menyakitkan hati, siapa yang tak marah. Sekali lagi, kritikan itu perlu tapi biarlah ianya membina,bukan untuk menjatuhkan! Nak tegur kena la ada caranya beb!

Untuk Addy, pedulikan kritikan yang sungguh tak bermoral itu, yang penting aku suka penulisan kamu. Teruskan!

notakakikukumalu : 'Wahai orang yang beriman Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan ke’aiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,)maka amatlah buruknya sebutan nama fasik(kepada seseorang) sesudah ia beriman,Dan(ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim.' (Surah al-Hujurat:11)

Sunday, June 21, 2009

[Hari ke 141] Selamat Hari Bapa

Hari ini tiada hadiah untuk arwah bapa seperti tahun-tahun sebelumnya.

Hanya ini hadiah untukmu...doa, doa dan doa untuk bekalan mu di sana...

Semoga dikau aman di sana bersama Yang Maha Esa.

Al- fatihah untukmu dari anak-anakmu di sini. Kami tetap merinduimu seperti selalu.


Terasa diri ini diuji dengan kesakitan..sakit di dada semakin kerap berlaku..aku perlu segera ke klinik esok hari..

Sayang Mama

Hari ini sekali lagi hari penting bagi saya. Hari untuk meraikan ulangtahun Mama angkat tersayang yang berada jauh di Pantai Timur.

Untuk Mama,
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN yang ke 34 tahun Aie ucapkan. Semoga ikatan kekeluargaan kita semakin erat lagi dengan dugaan yang kita hadapi pada tahun ini. Maaf kiranya tahun ini Aie tak dapat membuat kejutan seperti tahun-tahun sebelumnya bersama adik-adik. Apa yang penting, kata-kata nasihat Ma,akan Aie ingat untuk menempuhi hari yang mendatang. Aie doakan semoga Ma panjang umur,dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Semoga nasihat Ma untuk Aie melangkah ke satu tapak lagi, dapat Aie laksanakan dengan sebaiknya. Sampaikan salam sayang Aie buat Abah dan adik-adik, Irfan, najihah, hazirah dan Izzat Haziq di sana. Aie tetap merindui kalian.

Yang mukhlis,
Anakanda-Saiful Bahri

Friday, June 19, 2009

Sudah Bersediakah Kita?


Hari Jumaat. Merupakan sayyidul ayyam iaitu penghulu segala hari. Sudah menjadi kewajipan kepada semua kaum lelaki Muslim untuk menunaikan solat jumaat di masjid. Bukan setakat pergi menunaikan sahaja tetapi menjadi kewajipan juga untuk pergi mendengar khutbah kerana menunaikan solat jumaat sahaja tanpa mendengar khutbah dikira tidak sempurna solat jumaat itu.

Suka saya ingin berkongsi isi kandungan khutbah hari ini. Tajuknya menarik iaitu PERANAN KETUA KELUARGA. Semestinya tajuk ini khusus untuk kaum lelaki yang sememangnya telah dan akan memikul tanggungjawab ini.

Salah satu isi kandungannya ialah anak-anak adalah ibarat kain putih. Ibu bapa yang mencorakkan anak samada untuk menjadi muslim, nasrani, yahudi dan majusi. Sungguh besar peranan ibu bapa! Selain itu, khatib mengingatkan muda mudi remaja dengan persoalan sudah bersediakah kita untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa suatu hari nanti sedangkan kita sendiri menghabiskan masa muda kita dengan perkara tidak berfaedah kerana zuriat kita juga akan mengikut perangai kita juga apabila mereka dewasa kelak.

Peringatan untuk diri sendiri...sering mengidamkan untuk mendapat anak-anak yang soleh kelak nanti tetapi sering melakukan perkara-perkara yang lagho. Ya Allah! Sudah bersediakah saya untuk memikul tanggungjawab ini kelak. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

Anak-anak saudara yang sentiasa dekat dengan saya merupakan "anak segera" saya yang saya boleh belajar banyak perkara daripada mereka.

Ayah umpama malam, ibu pula purnamanya dan berbintangnya ialah anak. Saya juga pernah terbaca.."Disebabkan anak, Allah terus menerus mencurahkan pahala dan melipatgandakan ganjaran, kerana anak-anak juga, banyak dosa kita yang diampunkan Allah. Oleh itu, sayangilah kanak-kanak walaupun ianya hanya anak saudara kerana dia juga merupakan sebahagian dari darah kita juga.

Say your prayer before sleeping

3.30 pagi, -Pagi yang terlalu awal bagi saya untuk bangun. Tetapi kesukaran untuk bernafas diselangseli dengan batuk sehingga sakit di dada menyebabkan saya tidak lena untuk dibuai mimpi yang indah-indah.

Hajat di hati mahu menyiapkan tesis yang hampir tertangguh tetapi kesukaran saya untuk berfikir pada waktu itu disebabkan keadaan saya yang sukar bernafas menyebabkan hajat saya tertangguh….

Fikiran saya terganggu..cuba mengingati hari semalam..

Astaghfirullah!! semalam saya tidur tanpa saya sedari. Maksudnya tidur tanpa persediaan. Tanpa membaca doa dan ayat kursi.

Fikiran saya mula melayang lagi..mula mengingati segala pesanan arwah bapa sejak kecil lagi..

Bapak selalu berpesan..jika ingin tidur, kita perlulah menggosok gigi dan berwuduk..Apabila hendak masuk tidur, hendaklah berazam dalam hati dengan niat dan berdoa untuk bangun menunaikan ibadat solat tahajud dan witir juga ibadah selainnya.. selain itu kita hendaklah memaafkan kesalah orang lain. Itu pesanan yang lazim bapa berikan. Dan hari ini saya gagal laksanakan. Terus tidur tanpa persediaan.

Hari ini saya perlu hadiahkan untuk bapa sebagai bekalan di sana. Betul-betul saya rindu belaian darinya.Semoga dikau aman di sana.

notakakikukumalu: Tidur juga merupakan sebahagian ibadah jika kita mengamalkan apa yang diajar Rasulullah dan jangan lupa juga mengirimkan doa untuk orang-orang yang telah tidur buat selama-lamanya.

Thursday, June 18, 2009

Detik kelahiran


Hari ini 18 Jun 2009…..saya mempunyai agenda tersendiri dalam jadual harian saya..iaitu menghantar emak untuk janji temu bersama doktor di sebuah klinik dan meraikan ulangtahun sahabat handai walaupun dengan hanya mengirimkan doa..

Entri ini sudah semestinya saya tujukan kepada seorang blogger yang menyambut hari kelahirannya hari ini…Khas untuknya sebab saya suka gaya penulisan dalam blognya yang sememangnya boleh memberi saya motivasi...Keep blogging bang!


SELAMAT ULANG TAHUN!
SELAMAT HARI JADI!
SELAMAT HARI LAHIR!
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!

walau apa pun sebutannya…saya tetap menyanyikan lagu selamat ulang tahun ini dan mengirimkan doa walau dari jauh…

Sudah pasti setiap kelahiran itu akan dirasai dengan kesakitan..Kesakitan itu akan menjadi nikmat bilamana seorang ibu dapat melahirkan zuriat itu dengan sempurna..Dan sudah pastinya permulaan kelahiran itu menyebabkan tahun demi tahun umur kita akan bertambah. Tetapi sebenarnya umur kita lambat laun akan berkurang.

Manusia tidak dapat mengelakkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah, iaitu salah satunya adalah umur. Allah telah menjadikan umur menjadi salah satu ketetapan yang tak dapat diubah dan dihalangi.

Hari kelahiran menjadi hari yang penting untuk diingati. Bukan untuk diraikan dengan gilang gemilang tetapi untuk direnungkan kembali kerana pertambahan usia bermaksud masa kita untuk mengabdikan diri juga semakin kurang. Tidak salah jika kita mengingati hari kelahiran sebagai hari menjelang kematian.Dengan bertambah umur kita maka semakin dekat pula hari di mana kita akan dipanggil oleh Allah.

Ada beberapa pesan yang boleh kita ambil dari suatu hari kelahiran. Tangisan, azan, iqamah, dan tawa, adalah pesan yang disampaikan Allah dalam kelahiran kita. Dari keempat-empat pesan tersebut, kita boleh mengerti apa yang boleh diambil dari hidup ini Melalui tangisan, kita mengenal seberapa berat ibu kita hamil dan mengandung selama 9 bulan. Kita lebih mengerti makna hidup ketika ibu kita berusaha keras untuk melahirkan kita di dunia yang fana ini. Dengan taruhan nyawa, ibu kita mengorbankan segala jiwa dan raga agar kita yang besar ini keluar dari tempat yang sangat kecil bernama rahim. Melalui azan, kita mengenal kebesaran Allah SWT. Melalui azan pula kita memahami seberapa besar Allah dengan segala kebesarannya. Melalui iqamah sebagaimana dijelaskan seperti azan, kita memahami apa erti dari kelahiran melalui alunan nada yang khas. Dari iqamah pula ajakan untuk solat dikumandangkan, setelah azan dialunkan. Dan yang terakhir, lewat tawa kita mampu memahami erti hidup ini setelah kita melewati yang pertama, kedua, dan ketiga iaitu tangisan, azan, iqamah. Melalui iqamah, kita menjadikan hidup kita sebagai tahapan yang harus satu persatu dilalui tanpa melewatkan satu tahapan sebelumnya. Hidup adalah suatu tahap yang harus dilalui dengan rasa gembira, syukur dan hormat.

Di kesempatan ini, saya ingin ucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat abg chime..Seperti biasa ucapan yang sangat tipikal...Semoga sentiasa mendapat keredhaan orang tua dan Ilahi dalam apa jua lapangan yang diceburi..

Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan
Selamat Hari Lahir

Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Hiasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi
pssssttt......makan kek tu sorang2..takleh nak share ngn kawan2,,hehehe..ada 3 je strawberry..kena tambah 3 lagi kat belakang tu..wakakaka

Tuesday, June 16, 2009

Seekor Kupu-Kupu

Lewat malam tadi..setelah saya mendapat panggilan dari seorang abang saya, (bang,ampunnnnn..saya bergurau je pada permulaan mesej tu..) saya menerima kiriman ringkas dari seorang sahabat saya.Bertalu-talu kiriman mesej darinya..dari kiriman mesej yang disampaikan,ada rasa sesal dengan keputusan peperiksaan baru-baru ini...Sebelum saya membalas mesejnya..saya ambil masa dahulu untuk menyusun ayat supaya kekesalan sahabat saya reda sedikit..Ya lah..saya juga mendapat keputusan yang bagi saya kurang memberansangkan. Kali ini saya tak paparkan keputusan saya sebabnya ada seorang rakan saya memerli saya memaparkan keputusan peperiksaan dalam entri ini.

Satu per satu ayat saya susun untuk membalas mesej sahabat saya supaya dia berasa tenang tapi nampaknya dia sukar untuk menerima hakikat. Saya jadi buntu untuk menenangkan hatinya cuma saya ingin berkongsi kisah seekor kupu-kupu dengannya..saya tahu, dia pasti membaca sebabnya dia salah seorang silent reader.Kisah ini saya terima dari kiriman emel rakan saya..

Sahabat..semoga kita dapat ambil iktibar dari kisah kupu-kupu ini.....

Seseorang terjumpa kepompong seekor kupu kupu.. suatu hari lubang kecil muncul.. dia duduk memerhati kupu-kupu itu.. ketika dia berjuang dengan memaksa dirinya melalui lubang kecil itu.. kemudian kupu kupu itu berhenti membuat kemajuan.. kelihatannya dia telah berusaha semampunya dan dia tidak mampu lebih jauh lagi.. akhirnya orang tersebut memutuskan untuk membantunya.. dia mengambil sebuah gunting dan memotong sisa kengkangan dari kepompong itu.

Kupu kupu tersebut keluar dengan mudahnya.. namun dia mempunyai tubuh gembung dan kecil.. sayap sayap mengkerut.. orang tersebut terus memerhatikannya kerana dia mengharap bahawa pada suatu saat sayap sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menopang tubuhnya.. yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalan waktu.. semuanya tak pernah terjadi.

Kenyataannya.. kupu kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak disekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap sayap yang mengkerut.. dia tidak pernah bisa terbang.

Yang tidak dimengerti dari kebaikan dan ketergesaan orang tersebut adalah.. bahawa kepompong yang menghambat dan perjuangan yang dilakukan kupu kupu untuk melewati lubang kecil adalah.. jalan Tuhan untuk memaksa cairan dari tubuh kupu kupu itu ke dalam sayap sayapnya sedemikian.. sehingga dia akan siap terbang begitu dia memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.. jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa hambatan perjuangan.. itu mungkin justeru akan melumpuhkan kita.. kita mungkin tidak sekuat yang semestinya yang dibutuhkan untuk menopang cita cita dan harapan yang kita mintakan.

Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang…

Kita memohon kekuatan dan Tuhan memberi kita kesulitan kesulitan untuk membuat kita tegar.

Kita memohon kebijakan dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana.

Kita memohon kemakmuran dan Tuhan memberi kita otak dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya dalam mencapai kemakmuran.

Kita memohon keteguhan hati dan Tuhan memberi bencana dan bahaya untuk diatasi.

Kita memohon cinta dan Tuhan memberi kita orang orang bermasaalah untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan kebaikan hati dan Tuhan memberi kita kesempatan kesempatan yang sileh berganti.. begitulah cara Tuhan membimbing kita.

Apakah jika kita tidak memperoleh yang kita inginkan.. bererti kita tidak mendapatkan segala yang saya inginkan?

Kadang-kadang Tuhan tidak memberi yang kita minta.. tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita.. kebanyakan kita tidak mengerti dan mengenal.. bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan.. padahal justeru itulah yang terbaik untuk kita..

Sahabat, semoga apa yang dipaparkan dalam kisah kupu-kupu ini kita dapat jadikan ianya panduan. Memang pedih untuk menerima hakikat bila apa yang kita inginkan tidak dicapai tapi ketahuilah sahabatku, mungkin ada lagi yang terbaik untuk Allah hamparkan pada kita..cuba dan terus mencuba untuk yang akan datang....Saya tahu, kamu bukan seorang yang mudah patah semangat.

Monday, June 15, 2009

Yang tua mesti dihormati

Tiba-tiba sahaja keinginan saya untuk menaiki kenderaan awam timbul apabila memikirkan sudah lama saya tidak menaiki bas untuk ke mana-mana. Sambil-sambil itu boleh juga saya tahu harga tambang bas yang terkini. Boleh tahan juga kadar kenaikan harganya. Harap-harap harganya akan turun lagi selepas harga minyak turun masa kini. Sebabnya, sudah tentu jika harga tambang pengangkutan awam ini tidak dikawal, maka makin susahlah orang yang menggunakan perkhidmatan ini. Bukan semua orang berada dalam keadaan senang. Tambahan pula, ekonomi sekarang berada dalam keadaan yang kurang stabil.

Bukan penghormatan yang dipinta.Bukan harta benda yang diketagih.Mungkin itulah yang dikatakan oleh orang-orang tua atau yang lebih dewasa dari saya ketika berada dalam bas.Bagi saya tak semua akan berkata begitu tetapi saya dapat rasakan apa yang mereka rasakan.

Penat, Mengantuk dan Tidak selesa.

Itulah yang mereka alami ketika ini. Seharian bekerja mencari sesuap nasi untuk diri sendiri dan keluarga adalah menjadi satu tanggungjawab yang wajib dipikul oleh mereka. Sanggup menaiki kenderaan awam untuk pergi dan balik kerja. Tapi, anak-anak masa kini masih tidak mengerti apakah yang dilakukan oleh orang tua mereka.

Sesak dan macam ikan sardine!.satu situasi di mana saya menggunakan bas untuk menuju ke satu destinasi.

Tidak dapat digambarkan apa yang akan terjadi jika saya sudah berusia seperti mereka. Mesti sedih melihatkan anak-anak muda yang buat seolah-olah tidak wujudnya orang yang lebih tua di hadapan mereka. Tidakkah mereka kasihan kepada orang-orang tua ini yang susah payah menaiki bas dan berada dalam keadaan berdiri sedangkan anak-anak muda duduk dalam keadaan sambil bermadu asmara bersama pasangan di tempat duduk .Tidakkah? Sampai hati mereka…

Saya berhenti setakat ini.Sedih untuk meneruskan ayat-ayat bila mengenangkan jika orang tua saya naik bas tanpa dipelawa oleh anak muda untuk duduk.

Yang tua dihormati, yang muda disayangi..tapi selalu saya terfikir bagaimana orang tua nak sayang yang orang muda jika yang muda tidak tahu menghormati yang tua.

Allah selalu mengingatkan kita bahawa, "KEREDHAAN ALLAH BERADA DALAM KEREDHAAN ORANG TUA, DAN KEMURKAAN ALLAH BERADA DALAM KEMARAHAN ORANG TUA."

Sunday, June 14, 2009

Sekapur Tak Bersireh..

Terima kasih..
Jutaan terima kasih saya ucapkan pada abang man atas entri khas yang ditujukan kepada saya. Alahai...terkejut rasa apabila seusai rehat dari menguruskan segala kerja di majlis perkahwinan sepupu saya, saya singgah satu per satu blog rakan-rakan dan ada entri khas untuk saya..Ketahuilah abang man, saya belum layak untuk dikatakan seperti dalam puisi itu..

Puisinya berbunyi...
BUAT SEORANG SAHABAT - AIE BAHRI

Gambar mu yang berkaca mata itu,
Dengan gaya rambutmu yang pendek,
Pasti membuka hati para gadis,
Untuk mengenali dirimu.

Bicara sopanmu di blog, Meruntun si dara,
Untuk mendampingi blogmu,
Serta ketagihan hasil penulisanmu.

Kata-kata dan penulisan entrymu,
Menunjukkan empunya diri,
Seorang pimikir,
Seorang yang berilmu,
Seorang yang berwawasan dan berpendirian.

Sepanjang ku kenal kamu,
Tiada riak yang ku lihat,
Hanya perasaan rendah diri,
Walaupun ku tahu,
Ilmu yang kau ada,
Tidaklah secetek mana.

Kau tidak pernah lokek,
Berkongsi apa yang kau tahu,
Kau jalinkan persahabatan,
Dengan keikhlasan,
Demi ukhwah Islamiah.

Sekiranya hanya melihat gambarmu itu,
Pasti ramai yang sangka,
Kau seorang ulat buku,
Yang tiada rasa humor,
Tapi itu semuanya silap,
Kerana ayat kamu,
Seringkali menggeletek hatiku,

Ku harap persahabatan yang terjalin,
Berpanjangan,
Walaupun kau sudah berteman istimewa,
Kerana aku masih ingin belajar darimu,
Menjadi insan cool yang penuh muhasabah diri.

Seperti yang bro katakan tadi. Memang terdetik untuk menulis puisi untuk Aie. Sebagai menghargai kamu, sahabat. Sila rujuk ke http://aiebahri.blogspot.com untuk mengenali sahabat aku ini (rasanya kalian pembaca juga telah menjadi sahabat dia). Harap suatu hari kita dapat bersua secara offline.

P/S: Menghargai seorang sahabat lelaki tidak bermakna aku seorang gay. Aku masih lelaki yang menyukai wanita.

Ketahuilah,
Mungkin abang man belum mengenal dengan saya lebih dekat tetapi memang saya akui, saya juga berasa selesa apabila bersembang dengannya. Malah kadang2 nasihat dan gurauannya membuatkan saya seperti bersembang dengan abang sendiri. bukan niat untuk mengampu tapi itulah yang ikhlas dari hati saya.

Yang tidak diketahui,
Saya bukanlah ulat buku seperti yang disangkakan tapi itulah hobi saya. Saya juga manusia biasa yang masih memerlukan hiburan.hehehe..malah, apabila menjelang peperiksaan sayalah antara di kalangan rakan-rakan yang tidak gemar untuk membaca. dan seperkara lagi...saya belum mempunyai teman yang betul-betul istimewa..bak kata abang man, mungkin kalau perempuan yang mengurat saya, saya yang akan bersembunyi dari perempuan tersebut. Terima kasih abang man, sebab melalui alam maya sahaja, kamu sudah mengenali perwatakan saya. Apatah lagi bila kita berjumpa suatu hari nanti..

Harapan,
Semoga ukhwah persahabatan yang terjalin ini akan berkekalan hingga akhirnya..Penilaian abang man pada saya mungkin terlalu awal..Sekali lagi saya katakan, saya insan biasa yang masih banyak kekurangan untuk dibaiki dari masa ke semasa..Kepada abang man, terima kasih saya ucapkan, ikhlas saya katakan, kamu juga seorang abang yang baik. Dan untuk semua, saya juga rindu ingin bertemu kalian.

JIKA DIKATA EMBUN PAGI ITU SUCI SUCI LAGI PENGORBANAN DAN KEIKHLASAN
JIKA DILIHAT PULAU ITU INDAH INDAH LAGI SEBUAH PERTEMUAN
JIKA DIRASA MUTIARA ITU BERNILAI BERNILAI LAGI SEBUAH PERSAHABATAN

**Abang man, sesekali letak gambar sendiri di profile mesti lagi best kan..hehe

Friday, June 12, 2009

Pelangi Senja

Saat petang sebegini, aku terlalu merindui suasana yang mendamaikan...cuaca yang amat bahang sekarang membuatkan aku ingin melihat ada sinar pelangi yang terbit walaupun pada waktu senja..aku rindukan itu..

Biar pun hadirmu
seketika cuma
namun ia memberi kesan
pada yang melihatnya.

memberi harapan
pada secangkir senyuman
diwajah yang berduka

namun duka dan sendu
dihatimu pedih,
tiada siapa yang tahu
tiada siapa yang peduli

kekadang luka mu parah
kau merawatinya sendirian
kau tabah
kau pasrah
kau redha

bila keindahanmu
hilang dari pandangan mata
ramai yang meratapi
menangis merinduimu
sanggup menunggu
menanti
kehadiranmu

begitulah kehidupan
ketika manis hidupmu
ramai yang menghampiri
mendekati
menyayangi

tapi kala susahmu
sesak nafasmu
tangis sendumu
tiada siapa yang ambil
peduli

Pelangi senja
aku bangga dengan mu...

Thursday, June 11, 2009

Al-Fatihah untuk Dia

Hati saya tersentuh apabila menonton berita mengenai kematian seorang pelakon terkenal Shukri Hashim semalam atas sebab menghadapi barah pankreas sejak dua bulan yang lalu. Beliau meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak dan salah seorang anaknya ialah merupakan seorang pensyarah yang mengajar saya dalam subjek Construction Technology iaitu Puan Nurshikin Binti Mohd Shukri.

Melihat Puan Shikin yang menangis dalam berita yang dipaparkan semalam saya menjadi sebak. Manakan tidak, kerana saya juga pernah mengalami kejadian yang sama seperti Puan Shikin hadapi. Saya tahu Puan Shikin merupakan seorang yang tabah dan kuat. Melalui cara pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kuliah, saya dapat rasakan beliau seoarang yang kuat. Tahun yang lalu baru dia diuji dengan keguguran anak dalam kandungan dan tahun ini, dia diuji lagi.

Justeru saya selalu berpesan kepada diri saya dan kawan-kawan rapat saya. Kita sebagai manusia perlu sentiasa bersedia. Kita perlu belajar mengendalikan pelbagai perkara tanpa mengharapkan kudrat sesiapa. Musibah datang tanpa kita duga, begitu juga ajal dan maut. Ia bukannya seperti bom jangka yang kita tahu bila akan meletupnya.

Puan, saya dan rakan-rakan mengucapkan takziah buat puan sekeluarga. Semoga arwah ayahanda puan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

Al-fatihah untuk mereka yang telah meninggalkan kita terutama buat ayahanda saya Hj. Maskur bin Atmom. Masa kita sahaja belum pasti untuk pergi menghadap Ilahi.

InsyaAllah, hari ini anak-anak dan cucu-cucu bapa kumpul bersama-sama di rumah dan kami akan menghadiahkan bapa dengan doa dan amal jariah dan ilmu yang berguna untuk bekalan di sana.

Wednesday, June 10, 2009

Rindu pada kalian datang lagi...

Rindu pakchu datang lagi. Tak tahu entah yang ke berapa kali ianya datang menyinggah. Yang pasti pakchu amat rindu kalian. Sumpah!

Terasa tidak sabar untuk menunggu kalian hadir pulang ke kampung halaman Johor Bahru pada esok hari. Sudah jelas terbayang wajah kegembiraan anak-anak pakchu bermain bersama. Tapi, hari ini pakchu mula berasa tidak sedap badan. Mungkin tanda-tanda hendak demam. Pakchu kena gagahkan juga diri untuk menahan dari demam sebab pasti rugi bila kalian balik, pakchu tak dapat bermain dengan kalian.

Yang pasti, kasih pakchu pada kalian sama rata. Pakchu akan layan anak-anak pakchu sama adil semuanya. Semoga kasih sayang pakchu akan berkekalan untuk kalian dan anak-anak baru pakchu walaupun pakchu juga akan berkeluarga dan mempunyai anak sendiri.

**abang, drive elok2..perjalanan jauh untuk sampai ke Johor. hati2

Tuesday, June 09, 2009

Cuti saya..

Saya dah balik. (ada ke yang ambil kisah??hehe). Cuti saya kali ini bagi saya biasa2 sahaja. Pada mulanya saya dan rakan2 merancang untuk bercuti di Penang. Sudah lama rasanya tidak menjejakkan kaki ke utara tanahair. Tapi, perancangan itu saya yang batalkan kerana bimbang ayah sahabat saya tidak berapa sihat pada ketika ini dan kami tukar ke plan lain iaitu hanya meronda2 di bandar Kuala lumpur sahaja. Walaupun sering juga ke Kuala Lumpur, tapi saya tidak mempunyai masa untuk meronda ke merata tempat kerana biasanya pergi ke sana atas tujuan untuk menyiapkan tugasan sahaja.

Sampai di Kuala lumpur seawal jam 4 pagi menyebabkan kami terpaksa lepak di Puduraya sementara menunggu waktu LRT beroperasi. dalam keadaan yang tidak selesa, terpaksa juga digagahkan untuk meronda sementara menunggu jam 12 untuk check in..

Ermm..bukan keadaan kami yang ingin saya ceritakan tapi apa yang penting, memang memenatkan lebih2 lagi sudah sebulan bercuti di rumah menyebabkan kaki malas hendak melangkah. Dan tentunya rakan saya menjadi boring..manakan tidak..mana2 shopping complexs, saya akan lepak di kedai buku terlebih dahulu..saya masih mencari dan terus mencari dan akhirnya saya memilih buku2 ini untuk menambahkan koleksi bacaan saya di rumah. Adoyaiiii..buku yang saya beli semasa pesta buku Johor baru2 ini pun saya belum habiskan bacaannya...


Buat mak dan adik, hanya ini yang saya belikan untuk kalian. Saya tahu mak suka dengan beg tangan tu tapi tak pasti pula adik saya..tapi nampaknya dia juga suka dengan sandal kura2 tu..


Buat sahabat yang sama pergi bercuti untuk meronda, terima kasih atas tanda ingatan ini. Rasanya dah lewat bulan tapi memandangkan alasannya sibuk untuk ke pejabat pos, jadinya dia memberi sewaktu kami bercuti sahaja...(tq kad dan butang mutiara baju melayu dari sabah..).

Jangan lupa untuk menjaga ayahmu yang tidak berapa sihat sejak dua menjak ini. Jangan lupa bang, esok kena kerja..dah 2 hari kamu ambil cuti..he3

Kadang-kadang kita lupa, apa yang kita rancang tak semuanya akan menjadi kenyataan tetapi hanya kuasa Allah yang mampu tentukan perancangan yang kita lakukan.

Saturday, June 06, 2009

Bulan Bercinta

Bulan ini bulan cinta..
bulan ini bulan berkasih sayang..
Dan sahabat saya kata, bulan ini bulan musim mengawan..
Sebenarnya bukan bulan ini sahaja..bagi saya,hari-hari kita boleh mencintai dan dicintai, berkasih sayang tetapi untuk yang belum sah, tak boleh la buat seperti apa yang sahabat saya katakan..

Sangatlah menyakitkan mencintai seseorang, tetapi tidak dicintai olehnya. Tetapi lebih indah adalah menyayanginya tanpa mengharapkan sesuatu perasaan apapun darinya. Hanya perlu satu minit untuk menghancurkan seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk mencintai seseorang, Tetapi memerlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang... Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu dengan orang yang tidak tepat. Jadi ketika kita akhirnya bertemu dengan orang yang tepat kita akan tahu betapa berharganya anugerah tersebut. Cinta adalah ketika kita membawa perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan dan menemukan bahawa kita peduli dengan si dia.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kita bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kita harus membiarkannya pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka... Tetapi kadang-kadang kita menatap terlalu lama pada pintu yang telah tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka bagi kita.

Teman yang terbaik adalah teman dimana kita dapat duduk bersamanya dan merasa terbuai dan tidak pernah mengatakan apa-apa dan kemudian berjalan bersama. Perasaan seperti itu adalah percakapan termanis yang pernah kita rasakan. Benarkah bahawa kita tidak tahu apa yang kita dapatkan sampai kita kehilangan itu ?? Tetapi benar juga bahawa kita tidak tahu apa yang hilang sampai itu ada . Memberikan seseorang semua cinta kita tidak pernah menjamin bahwa mereka akan mencintai kita juga!!!

Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai itu tumbuh di dalam hati mereka, tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh di dalam hati kita.

Ada hal yang sangat ingin kita dengar tetapi tidak akan pernah kita dengar dari orang yang dari mereka kita ingin dengar. Tetapi jangan sampai kita menjadi tuli walaupun kita tidak mendengar dari seseorang yang mengatakan itu dari hatinya . Jangan pernah berkata selamat tinggal jika kita masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama kita merasa masih dapat maju. Jangan pernah berkata kita tidak mencintai orang itu lagi bila kita tidak mampu membiarkannya pergi...

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan... Kepada mereka yang masih percaya walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang masih mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangun kembali kepercayaan Jangan melihat dari wajah, itu bisa menipu.

Jangan melihat kekayaan, itu boleh menghilang. Datanglah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah Berharaplah kamu dapat menemukan seseorang yang dapat membuatmu tersenyum.

Bersama-samalah kita semai kecintaan kita kepada Yang maha Esa, Nabi s.a.w, ibu bapa dan sesiapa sahaja yang ingin kita cintai.

Sahabatku, jangan meratapi apa yang terjadi..putus tunang bukan bermaksud kamu putus segala-galanya..mungkin itu bukan yang terbaik.

Selamat bertunang buat sahabat-sahabat saya, Lukman Hakim bin Hasni seta pasangannya di kuala Krai,Kelantan dan juga buat Haleefa Binti mahmud serta pasangannya. (Pah, majlis ko InsyaAllah aku datang...)

Selamat pengantin baru juga buat sepupu saya, abang Zain serta pasangannya yang selamat diijabkabulkan pada pagi Jumaat (semalam)..bang, kenapa tiba2 jadi gelabah?hehe

Juga buat Abang Lani dan pasangannya. Semoga anda selamat melafazkan ijab dan kabul dengan tenang pada hari esok.

Dan jangan lupa kecintaan kita pada negara iaitu kepada Seri Paduka baginda Yang Di-Pertuan Agong.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN S.P.B YANG DI-PERTUAN AGONG

Wednesday, June 03, 2009

Bersyukur dan hargai dengan apa yang kita ada..

Hargailah dengan apa yang ada sebab apa yang kita ada sebenarnya yang terbaik buat kita.

Saya ingin berkongsi suatu cerita di mana seorang isteri mengadu masalah yang dihadapi bersama suaminya.

Menurut si isteri, Siti, suaminya seorang jurutera komputer. Siti mencintai sifatnya yang semualjadi dan dia menyukai perasaan hanagt yang muncul di hatinya tika bersandar di bahu suaminya.Tiga tahun dalam masa perkenalan dan dua tahun dalam masa pernikahan, Siti mula berasa letih dan lelah.

Alasan-alasan untuk Siti mencintai suamninya dahulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan . siti sangat merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.

Dengan alasan itu, Siti meminta cerai daripada suaminya. Suaminya terkejut kerana alasan Siti ialah dirinya letih dan suaminya tidak pernah memberikan cinta yang dia inginkan.

Akhirnya suaminya bertanya. “Apa yang boleh abang lakukan untuk mengubah fikiran Siti?”

Siti menjawab “Baiklah.kalau macam tu, Siti ada satu soalan. Kalau abang temui jawapannya di dalam hati Siti, siti akan mengubah fikiran Siti. Seandainya Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung, dan kita berdua tahu, jika abang memanjat gunung itu, abang akan mati.Apakah yang abg akan lakukan untuk Siti?.”

Suaminya termenung dan akhirnya berkata,"Abang akan memberikan jawapannya esok,"

Keesokan suaminya tidak ada di rumah dan hanya meninggalkan helaian nota dia atas meja yang tertulis,

"Sayangku, abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu tetapi izinkan abang untuk menjelaskan alasannya.”

Kalimah pertama itu menghancurkan hati Siti. Namun Siti masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor. Abang harus memberikan jari jemari abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut. Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika siti keluar, dan abang harus memberikan kaki abang supaya boleh menendang pintu dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.

Tangan abang akan memegang tangan Siti, membimbing menyelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna warni bunga yang bersinar dan menarik seperti cantiknya wajahmu. Tetapi sayangku, abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati kerana abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian abang. Sayangku, abang tahu ada ramai orang yang boleh mencintai Siti lebih daripada abang mencintaimu. Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki dan mata abang tidak mencukupi bagi Siti, abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan,kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Siti masih meneruskan bacaannya walaupun air matanya mengalir deras mengenangkan suaminya.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan abang. Jika Siti puas hati denagn semua jawapan ini, dan tetap inginkan abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, sekarang abang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti. Tetapi jika Siti tidak puas hati, sayangku, biarkan abang masuk untuk mengemaskan barang-barang abang, dan abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah bahagia abang bila Siti bahagia.”

Siti terpegun. Segera matanya memendang kepada pintu yang tertutup rapat. Lalu Siti berlari membukakan pintu dan melihat suaminya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan Siti. Kini barulah Siti tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai dia lebih daripada suaminya mencintai dia.

Terima kasih daun keladi kepada Siti. Semoga kisahnya kita dapat hayati bersama. Kalau kita faham dengan hak dan tanggungjawab masing-masing, faham konsep bersyukur, kita takkan berani mengangkat muka dengan orang yang sepatutnya kita muliakan (ibu bapa dan suami bagi yang telah berkawin), inikan pula jauh terpesong. Bukan dipinta bulan dan bintang tetapi kalau dapat melaksanakan asas-asasnya pun sudah memadai.

Awak, kelebihan dan kekurangan yang ada harap kita dapat tampung bersama.

notakakikukumalu :Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia

Tuesday, June 02, 2009

When Sekolah Pondok Goes....

Saya ada janji sesuatu kepada semua dalam entri yang lalu untuk saya berkongsikan novel-novel yang saya beli di pesta buku johor baru-baru ini. Saya baru menghabiskan 1 novel ini.

Jalan ceritanya begini.....


Sebuah novel yang menggunakan sekolah pondok sebagai latar belakang jalan penceritaan. Jika dilihat pada zaman dahulu, sekolah pondok dianggap wujud daripada strategi umat Islam bagi ’menyembunyikan’ dirinya daripda ditembusi dan dijajah oleh Barat. Selain itu, sekolah pondok juga dianggap sebagai tempat perkembangan pengajaran agama Islam dan sebagai usaha menambah keberkesanan dan kehebatan penerapan sistem pendidikan dan pengajaran agama Islam itu sendiri. Akan tetapi novel ini berkenaan dunia pondok yang bergelumang dengan kitab kuning dan juga cerita anak muda yang sedang membuak-buak cintanya.

Pertama kali melihat tajuknya, saya fikirkan mungkin ianya kisah-kisah cinta orang sufi terhadap Alllah tetpai sangkaan saya meleset kerana ia merupakan cinta sentri (pelajar-pelajar) di pondok (tempat pengajian) mereka. Novel ini juga menceritakan keadaan sebenar yang berlaku di sekolah pondok di mana ia juga sama seperti sekolah asrama biasa yang juga mempunyai golongan yang memminati jantina sesama jenis sekaligus akan memberi kefahaman kepada kita bahawa, mereka hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari godaan syaitan dan nafsu.

Watak utama iaitu Rusli, seorang lelaki yang mencari kebahagiaan akhirat akhirnya bertemu pula dengan cinta dunia. Cintanya jatuh kepada puteri dalam pondok tersebut iaiyu Sukma seorang mualaf. Jalan ceritanya juga unik di mana jika dilihat sepatutnya seorang lelaki yang patut menyatakan hasrat untuk mencintai perempuan tetapi novel ini menceritakan Sukma yang meluahkan segala hasrat di hati bahawa dia menyukai Rusli dan hasrat Sukma itu diterima oleh Rusli dengan rela. Kehidupan mereka semasa dilamun cinta semakin hari semakin bahagia walaupun dalam institusi pondok itu, cinta hanya dikira cinta sekiranya ia berlangsung dalam pernikahan. Namun, dalam dunia yang penuh mencabar ini, ada kepercayaan yang pernikahan itu bukan sekadar cinta dan kejujuran. Sedang merka dilamun perasaan cinta antara satu sama lain, pak kiai (guru Rusli) menyatakan hasrat untuk menjadikan Rusli sebagai menantunya. Dengan perasaan bersalah, Rusli terpaksa menerima walaupun hati dan cintanya hanya kepada Sukma seorang kerana Rusli merasakan terhutang budi dengan pak kiai tersebut yang selama ini banyak mendidik Rusli di pondok tersebut. Puteri pak kiai iaitu Fatimah juga menerima Rusli sebagai suaminya walaupun dia telah mempunyai teman lelaki istimewa dan tahu Rusli mencintai Sukma sepenuh hati. Perkahwinan yang dibina antara Rusli dan Fatimah telah memberi impak kepada Sukma. Semasa fatimah mengandungkan anak pertama hasil perkahwinan dengan Rusli, Fatimah berpesan kepada Rusli bahawa dia ingin menebus kesalahan kepada Sukma dan membenarkan Rusli berkahwin dengan Sukma.

Pengajaran daripada novel ini, boleh dilihat dari pelbagai aspek. Pertamanya, manusia dari apa darjat dan status tetap akan tergugat dengan badai cinta yang melanda kerana manusia adalah insan biasa. Selain itu, cintailah sesuatu kerana Allah dan cinta itu terlalu suci tetapi manusia yang mengotorkannya. Selain itu amalan yang dituntut dalam Islam ialah menghormati guru walau diri sendiri yang terkorban kerana jasa guru tamat tinggi nilainya.

Kesimpulannya, novel ini menerapkan nilai-nilai islam dalam menjalin hubungan cinta yang bersandarkan cara-cara yang dibenarkan dalam Islam tanpa perlu adanya sentuhan dan bisikan nafsu .Perasaan cinta yang suci harus dipupuk dan dibaja dengan benih Islam yang bakal memandu pasangan yang sedang bercinta. Ini kerana gejolak nafsu dalam percintaan tidak mengira pangkat dan darjat atau kedudukan dalam masyarakat. Dan yang paling penting, percintaan adalah dipandu kita sendiri. Terpulang kepada kita samada kenderaan cinta yang kita pandu itu menuju ke destinasi syrgawi atau terjuman dalam gaung yang dalam.

notakakikukumalu : Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails