Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 09, 2009

Hadapi dengan bersahaja..

Erm..sehari yang lepas, saya ada membuat entri berkenaan ujian dan dugaan~asam garam kehidupan..Rupa2nya sahabat saya ini juga membaca blog saya..Tapi tidak meninggalkan sebarang jejak tetapi tahu2 sahaja saya menerima kiriman smsnya pada waktu yang sama seperti dia menghantar sms dalam entri sebelum ini.Cuma harinya sahaja yang berlainan.Saya tak dapat membalas mesejnya sebab tidur awal keletihan seharian.Dan memandangkan pagi ini saya tidak mempunyai sebarang kuliah, sempat juga saya untuk membuat entri ini untuk memberi maklum balas kepadanya.

Sms dari sahabat saya begini...

"Salam, aie,,,bagaimana nak hadapi semua ujian dan dugaan tu dengan tenang..kepala rasa serabut sangattttttttttttttttt!!!"

Lihat sahaja sahabat saya mengirim sms itu, memang benar dia betul2 dalam keadaan serabut kerana huruf t di hujung ayat sangat banyak.Itu menandakan dia betul2 serabut!itu percaturan yang saya buat kepadanya.

Sahabat...

Apa yang paling penting, cara kita menghadapi ujian tersebut.Jangan lari dari ujian kerana melarikan diri daripada masalah tidak akan menyelesaikannya.Malah kita akan lebih dibebani dengan masalah.Hadapi segala ujian dengan tenang, tabah, berani dan bersahaja.Setiap masalah yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya.Jadikan ujian dan cabaran untuk kita terus maju ke hadapan.Sebenarnya saya juga tidak kuat untuk menghadapi dugaan tapi saya TERPAKSA memotivasikan diri saya sendiri.Saya masih ingat sewaktu saya dicemuh kerana memiliki dahi yang luas, saya tanamkan dalam hati "Akan aku buktikan, dengan dahi yang luas, saya akan memiliki kejayaan!".Kata2 itu bukan tersemat di jiwa malah saya tuliskan di buku khas saya.Hasilnya, saya pernah berjaya.Sebabnya orang2 tua juga kata rugi kalau memiliki dahi yang luas tapi tidak bijak.Itu juga menjadi kata2 semangat saya.

Kita juga perlu tanamkan dalam diri, kegagalan atau kepayahan yang hadir dalam hidup kita bukanlah penamat cita2.Bukan juga penutup bahagia.Sebaliknya setiap kegagalan dan kepayahan itu adalah pencetus semangat agar kita berusaha lebih gigih lagi.Apabila ditimpa masalah, jangan mendengus atau menyesali takdir hidup.Tuhan hanya akan menguji hamba-Nya kerana Dia tahu hamba-Nyaitu mampu menghadapi ujian tersebut.

Sahabat...hadapi dengan bersahaja juga akan menghilangkan serabut di kepala...Usah terlalu memikirkan sangat..

Saya berani katakan supaya hadapi dengan bersahaja kerana saya kagum dengan abang saya yang sentiasa bersahaja dan akhirnya mendapat tawaran bekerja di sektor kerajaan sebagai pegawai perancang bandar dan desa.Bukan sahaja isteri dan anak2nya gembira.Sayajuga turut menumpang kegembiraan itu.Tahniah bang!.Nah! itu natijahnya jika kita hadapi semua perkara dengan tenang dan bersahaja tanpa memikirkan sesuatu perkara itu terlalu membebankan kerana setiap masalah yang dihadapi, pasti ada jalan penyelesaiannya.

13 comments:

addyaholix said...

ya aku paling bersetuju dengan yang ini. hadapi dengan bersahaja. baca tulisan kau buat aku berfikir. kau masih muda tapi buah fikiran kau terlalu matang. kau dah layak jadi motivator =)

pink_butterfly said...

dahi luas tanda org tu bijak pandai...

jagoan said...

Ramai orang yang berjaya di dunia yang fana ini setelah ia menempuh penat jerih jatuh bangun dan kegagalan sebelum ini.

Sesuatu benda yang kita capai dengan usaha sendiri dan setelah melalui pelbagai onak duri kita akan lebih menghargainya berbanding dengan apa yang kita capai tanpa semua itu.

Ingat! Orang yang masuk Universiti itu belum tentu cemerlang. Apa yang lebih penting orang itu sendiri yang menggerakkan hati dan tindakannya untuk BERJAYA dalam hidup. Amin. Sekian.

Jumpa di puncak kejayaan.


.

a.b geldofg said...

buat tk tahu je

eiza in the house.. said...

ooo mcm tu ker...

~ochie~ (^_^)v said...

hebatla ko nie aie...
suka bg nasihat . heheh...
leh jd kaunselor ni.. huhuhuhuu...

Anonymous said...

cian nya..
bak kata dato' fadzillah kamsah..
sblm tdo, bemonolog la dgn maafknlah stiap pekara yg kta x suka n meminta maaf dgn sesapa shj.." amlkn.. i'allah apbl bgn nant hati akn terasa lbh tenang..

cIk pEnNa said...

sy suke kata2 semangat nih aie..
terima kasih..
;)

SRISUFI said...

aie

sgt bertuah sahabat awk tu ....sri setuju ngan komen tak bernama tu...

maafkan kesalahan sendiri dulu...then maafkan kesalahan org2 yg penah wat silap kat kita..

teruslan tulis bro

D.L Sumunie said...

Kehidupan tanpa masaalah bukanlah kehidupan sebenar.Adanya masalah dan menghadapinya dengan fikiran yg waras akan mengajar manusia erti kehidupan sebenarnya dan mengajar manusia agar lebih matang dalam menangani masalah berikutnya.

Ifila Saila said...

Ujian itu tanda kasih sayang Tuhan..
Ia merupakan:
1- Penghapusan dosa kita
2- Menambah pahala kita
3- Menaikkan darjat kita di sisi Allah..
Jadilah seperti orang mukmin yg terhibur dengan ujian.. kerana dia tahu bhwa Tuhan sayang dan ambil perhatian dgn dia..

Erieq said...

ko ni dah matang.,org tua2 kata dah wajib kahwin dah nie.,hahahaha

Keri AlHaj said...

Tahukan... Antara sifat2 fizikal yg ada pada Nabi junjungan kita ialah 'berdahi luas'...

org pintar akan mengatasi masalah dgn cara yg pintar...saya sgt percaya aie seorang yg pintar, justeru cara aie menyelasaikan masalah tentulah secara pintar juga..

(saya juga berdahi jendul - dah tak pernah menganggap itu sebagai kekurangan)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails