Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 03, 2009

Bersyukur dan hargai dengan apa yang kita ada..

Hargailah dengan apa yang ada sebab apa yang kita ada sebenarnya yang terbaik buat kita.

Saya ingin berkongsi suatu cerita di mana seorang isteri mengadu masalah yang dihadapi bersama suaminya.

Menurut si isteri, Siti, suaminya seorang jurutera komputer. Siti mencintai sifatnya yang semualjadi dan dia menyukai perasaan hanagt yang muncul di hatinya tika bersandar di bahu suaminya.Tiga tahun dalam masa perkenalan dan dua tahun dalam masa pernikahan, Siti mula berasa letih dan lelah.

Alasan-alasan untuk Siti mencintai suamninya dahulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan . siti sangat merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.

Dengan alasan itu, Siti meminta cerai daripada suaminya. Suaminya terkejut kerana alasan Siti ialah dirinya letih dan suaminya tidak pernah memberikan cinta yang dia inginkan.

Akhirnya suaminya bertanya. “Apa yang boleh abang lakukan untuk mengubah fikiran Siti?”

Siti menjawab “Baiklah.kalau macam tu, Siti ada satu soalan. Kalau abang temui jawapannya di dalam hati Siti, siti akan mengubah fikiran Siti. Seandainya Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung, dan kita berdua tahu, jika abang memanjat gunung itu, abang akan mati.Apakah yang abg akan lakukan untuk Siti?.”

Suaminya termenung dan akhirnya berkata,"Abang akan memberikan jawapannya esok,"

Keesokan suaminya tidak ada di rumah dan hanya meninggalkan helaian nota dia atas meja yang tertulis,

"Sayangku, abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu tetapi izinkan abang untuk menjelaskan alasannya.”

Kalimah pertama itu menghancurkan hati Siti. Namun Siti masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor. Abang harus memberikan jari jemari abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut. Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika siti keluar, dan abang harus memberikan kaki abang supaya boleh menendang pintu dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.

Tangan abang akan memegang tangan Siti, membimbing menyelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna warni bunga yang bersinar dan menarik seperti cantiknya wajahmu. Tetapi sayangku, abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati kerana abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian abang. Sayangku, abang tahu ada ramai orang yang boleh mencintai Siti lebih daripada abang mencintaimu. Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki dan mata abang tidak mencukupi bagi Siti, abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan,kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Siti masih meneruskan bacaannya walaupun air matanya mengalir deras mengenangkan suaminya.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan abang. Jika Siti puas hati denagn semua jawapan ini, dan tetap inginkan abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, sekarang abang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti. Tetapi jika Siti tidak puas hati, sayangku, biarkan abang masuk untuk mengemaskan barang-barang abang, dan abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah bahagia abang bila Siti bahagia.”

Siti terpegun. Segera matanya memendang kepada pintu yang tertutup rapat. Lalu Siti berlari membukakan pintu dan melihat suaminya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan Siti. Kini barulah Siti tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai dia lebih daripada suaminya mencintai dia.

Terima kasih daun keladi kepada Siti. Semoga kisahnya kita dapat hayati bersama. Kalau kita faham dengan hak dan tanggungjawab masing-masing, faham konsep bersyukur, kita takkan berani mengangkat muka dengan orang yang sepatutnya kita muliakan (ibu bapa dan suami bagi yang telah berkawin), inikan pula jauh terpesong. Bukan dipinta bulan dan bintang tetapi kalau dapat melaksanakan asas-asasnya pun sudah memadai.

Awak, kelebihan dan kekurangan yang ada harap kita dapat tampung bersama.

notakakikukumalu :Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia

17 comments:

Keri AlHaj said...

kita akan menyedari betapa berharga satu perkara setelah kita kehilangannya... dan kita akan sedar betapa tak berharga satau perkara tu setelah kita mendapatnya...

saya suka untuk mengatakan kata-kata hikmah dari ustaz hasrizal, yg menulis buku 'aku terima nikahnya'... erti hidup pd memberi...

kita tdk bolehlah menjadi 'yg meminta sentiasa'... memberi juga kena ada. biar balance...

rumah kita bina dgn apa yg kita dpat, tapi rumahtangga kita bina dgn apa yg kita beri... **wahhh... mcm bagus je kan, mcm dah kawin je bunyinya** heheheh

kasih sayang tu ada hukumnya. hukum kasih sayang ialah, beri dulu kasih sayang kpd orang, barulah kita akan dapat kasih sayang mereka. Selalunya, hukum itu selalu dilanggar. Masing2 inginkan tapi kedekut pulak nak bagi.

Keri AlHaj said...

aie - nak komen sikit ya, yg tulisan merah tu macam payahlah nak baca.. senak mata.. boleh tak kalau tukar bagi kaler yg lebih gelap... merah gelap ke..

GRuNGe said...

Aie, ni kisah benar ke? sungguh pandai sang suami memberi jawapan. Sungguh sentap sekali jawapan itu.

Unknown said...

nice story..thx sudi kongsi...

AiE bAhRi said...

Abg chime,
memang bestkan buku tulisan ustaz hasrizal tu. Memang betul apa yang dikatakan. Sifat manusia memang hendakkan sesuatu tapi kedekut untuk memberikan kepada orang lain.

ermm..ok,penggunaan warna saya dah ubah.Td masa dh publish, nk cepat sebab nak p jogging.

Maaf kalau mata abg chime berpinar baca. Tapi bukan ke abg chime dh memerlukan bantuan kaca mata?ahaks(",)

Bro Grunge,
Betul.ni kisah benar? Saya tak pandai nak buat jawapan sepertimana sang suami buat.Semoga ia memberi kesan kepada kita semuanya.

AiE bAhRi said...

chii,
tq n welcome..

fq said...

wah...
cte btl ke ni aie?
sadisnye ak bc...

Anonymous said...

sedeynyer bc!!
kita akan lebih hargai sesuatu tu bila kita da kehilgan itu..

sharamli said...

selalunya benda yg depan mata kita xnmpk..bila dah telepas bru la rs nak menghargai benda tu..

Anonymous said...

uuuuu~~~~~
sedihnye..

Anonymous said...

huhu.. baeknya suami itu.. smoga berbahgia selalu..

MaSHee said...

Nice story!

Manusia selalunya begitu. Tp soal hati memang rumit! Kalau hati x suka, buatlah apapun mmg xkan dihargai. Klu dah suka, buruk macam mana pun syg habis. Pelik betul! Menyampah pun ada...

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Aie,

Nice blog...
Keep up the good work...
Hope to know U better..
Mind to exchange contact..
Email me ur number at tomypc2002@yahoo.co.uk...:)

Cikgu Ije said...

suka cerita ni. =)

Fly said...

Peh Syahdu baca kisah ni, disulam lak dengan lagu love story, thanks bro kerana entry yang menarik untuk dikongsi bersama..

unknown said...

terharu baca bila ada suami yg sanggup korbankan segalanya utk isteri tp si isteri plk sebaliknya


thnx aie 4 da story =)

Anonymous said...

[url=http://cialisonlinehere.com/#sruet]cialis online[/url] - buy generic cialis , http://cialisonlinehere.com/#paaft generic cialis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails