Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 24, 2009

[Hari ke 144] Bapa, abah semuanya aku sayang...

Ungkapan lagu "Untukmu Ibu" nyanyian kumpulan exist masih kuingat. Aku suka menukar lagu tersebut supaya menjadi lagu "Untukmu Ayah". Dulu, jika aku menerima berita kematian ayah atau ibu kawan-kawanku, aku tidak sanggup membayangkan bagaimana jika aku kehilangan ibu atau ayah, tak sanggup rasanya untuk menggambarkan suasana itu.Sungguh memilukan.

Namun pada tanggal 31 Januari 2009, segala yang aku takuti telah menjadi kenyataan. Bapa telah meninggalkan kami sekeluarga tanpa sekelumit kata-kata. Pada pagi yang penuh keramat itu, aku menerima panggilan telefon dari kakakku yang mengatakan bapa pengsan selepas bersenam di hadapan rumah. Ku sangka hanya pengsan biasa kerana pernah sekali bapa pengsan ketika berada di dapur. Setengah jam kemudian kakakku menelefon kembali mengatakan bapa telah pergi untuk selamanya. Ya Allah! bermimpikah aku sedangkan baru 3 hari yang lalu bapa memelukku erat dan memberi kucupan di dahiku sebelum aku berangkat ke Kelantan untuk melawat keluarga angkatku. Itu pun atas cadangan bapa supaya aku melawat keluarga angkatku di sana.

Mujur ketika kakakku menelefon aku telah sampai di stesen keretapi Kempas dan sedang menaiki teksi untuk menuju ke rumah. Di dalam teksi aku hanya mampu menangis sehingga pemandu teksi gabra melihat keadaanku. Bapa pergi jua tanpa sempat kami adik beradik menemuinya buat kali terakhir. Aku pasrah, aku akur dengan kehendak takdir. Biarpun kesedihan dan kepedihan ini tidak tertanggung rasanya. Bila aku tiba di perkarangan rumah, aku masih mampu mengatur langkah.

Terus sahaja aku memeluk emak dengan eratnya supaya emak beroleh kekuatan. Aku menangis tapi aku cuba sedaya upaya menyembunyikan tangisan dari emak supaya emak juga tabah untuk hadapi hari-hari mendatang. Lalu aku menyuapkan emak air dan nasi kerana aku bimbang keadaannya kerana katanya dia mahu pengsan dan masih belum mengisi perut.

Bila keadaan emak kembali tenang, aku menjenguk jasad bapa dan membacakannya surah yasin. Wajah bapa ketika itu saling tak berubah seperti sedang tidur dalam keadaan tersenyum. Wajahnya begitu tenang, berseri tatkala maut menjemputnya (itu yang dikatakan oleh jiran dan saudara mara). Teringat kembali semasa aku memandikan arwah bapa. Aku jadi sayu lebih-lebih lagi saat aku menyambut jenazah untuk dimasukkan ke liang lahad.

Mudah-mudahan rohmu dicucuri rahmat. Jika bulan ini, semuanya menyambut hari bapa, tapi kami adik beradik menyambut dengan cara yang lain.Apa yang paling pasti tiada lagi ruang untuk kami memohon maaf daripadamu dan memberimu hadiah seperti selalu kami lakukan. Yang nyata adalah suara hiba. Sekalung doa buat arwah bapa, Hj. Maskur bin Atmom. Al-fatihah.

Hari Ahad 21 Jun 2009 lalu, aku menghubungi mama angkatku yang berada di Kelantan untuk mengucapkan selamat ulangtahun kepadanya. Malamnya salah seorang adik angkatku di Kelantan mengirim mesej kepadaku..

Mesejnya berbunyi.."Abe Aie, tak ucap ke Selamat Hari Bapa untuk Abah? Abah ada kat sebelah Kak Ngah ni"

Aku jadi hiba.Memang tak dapat tahan perasaan ini.Aku membalas "Abah, Selamat Hari Bapa.Bukan Aie lupa tapi tak terucap sebab Aie akan ingat arwah bapa. Lagipun hari-hari adalah hari untuk bapa dan abah. Terima kasih sebab izinkan Aie untuk menerima kasih dan sayang dari Abah.Aie doakan yang terbaik buat Abah sebab abah juga merupakan idola Aie.Salam Sayang"

5 minit kemudian, Abah menghubungi aku. Buat pertama kalinya aku dengar Abah angkatku menangis di talian telefon ketika berbicara dengan ku.

Bapa, abah..aku tetap sayang kalian. Cuma aku tak pandai nak tunjukkan. Tiada hari bukan untukmu tetapi bagiku hari-hari dikau ada disampingku. Belum terlewat untuk ku ucapkan Selamat hari Bapa untuk bapa-bapa di luar sana.



notakakikukumalu : Sayangi kedua orang tua, Janganlah berkata 'uh' atau 'ah' sekalipun. Semoga hadirnya bulan Rejab ini akan dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita semua..Barakallah...

31 comments:

CikYana(",) said...

aie
cedey la baca entri nie
bila baca entri nie kan
yana trus teringat kt arwah abah yana

sob..sob..sob
al-fatihah tuk arwah ayah aie

eiza in the house.. said...

aie..
kita pun sedey nie..rase nak kuar dh air mata nie..wlpun ayah aie dah tak ada..tp ayah angkat aie still ada bersama aie kan..bahagiakan la dia seperti ayah aie sendiri:)

TE-ARE |MOND|™ said...

bergenang airmata baca n3 aie ni... syahdunya... x dpt te-are bayangkan jika ianya terjadi pada te-are... anywy aie, semoga arwah aie ditempatkan dlm golongan yg beriman...Amin.. AL-Fatihah

Bro Framestone said...

al-fatihah

out of topic--> tue la..aie leh urutkan x he...23x bg betul sume urat belakang bro nie... cdg nk cari tukang urut..de dpt..rm30 tp kne wat appointment dulu baru leh..dtg lambat xdpt la..

saje je buh gmbr lembu nie..nk enmghiburkan hati je

Unknown said...

yang pergi takkan kembali..
al-fatihah utk dia..

IamYonna said...

bro T_______T
menitik air mata ni. sangat sedih T___T
sampai tak terselam perasaan org kehilangan ayah dan ibu diorang..

smoga ayah bro sentiasa dalam rahmat NYA.

al fatihah..

MaSHee said...

Takziah.

Semoga dosa2 arwah diampunkan dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Amiin...al-fatihah..

Dhada said...

Hiba rasanya .

c_fu^^ said...

salam..
aie..mnitis air mata akak mmbaca entry nie...mg arwah ayah di tempatkan di kalangan org yg beriman..amin
syukur aie d pertumakan ngan kuarga angkat yg betul2 mcm abah sendirikan..aminn

Unknown said...

aie..

yang datang dan pergi
yang pergi dan datang...

semuga apa yg berlaku menjadikan hari2 seterusnya kita lebih baik....

said...

aie....

salam takziah dari kak yanie....
n3 ni wat akak teringat mak ayah di kampung....[tp memang hari2 ingat kat diorang.....]

smurf said...

aie ..

alfatihah buat arwah ayah aie ..

ASYIQ said...

Speechless...hilang kata2 akak bila baca artikel ini. Yang pastinya airmata dh bergenang...akak juga rindu pd arwah ayah! Al-fatihah utk mereka.

StrewberiManis said...

Al-Fatihah..
smga kamu lebih tabah mghadapi hari2 yg mdatang

Na Shari said...

Akak nangis...

Apapun, semoga roh arwah bapa ditempatkan di kalangan org2 beriman. Al Fatihah.

dr itu! said...

tabah ye!

GRuNGe said...

Aie, sedih abang baca entry kali ni. Semoga Aie tabah menghadapi hari-hari yang mendatang.

P/S: Kadang-kadang, dalam senyuman, terdapat sebuah kisah sedih yang tidak dapat diluahkan. Hanya senyuman tanda ketabahan.

anaklaut said...

AiE bAhRi,

"Perempuan yang baik adalah perempuan yang nilai mas kahwin dan hantarannya tidak terlalu tinggi"

saya sangat setuju dengan pandangan anda.

terima kasih sudi singgah..

Fly said...

Semoga roh ayah aie tenang disana dan dirahmati Allah Taala..aminn..

dark said...

kita serupa..caranya juga hampir sama..masanya juga agak dekat..tuanhamba faham?maaf~aku juga tersentuh di sini..

Keri AlHaj said...

Hmmm.. sabar dek... aie pun dah makin kuat kan.

Kalau Aie fikirkan bapa sedang bahagia kat 'sana'... kenapa aie perlu sedih... sepatutnya kita pun perlu rasa bahagia jugak kan...

Bila seorg hamba Allah, yg beramal soleh, rajin beribadat, taat suruhanNya - tiba2 Allah ambik... - tandanya Allah tak mahu dia buat dosa-dosa yg akan membinasakan segala pahala amalannya dikemudian hari...

Saya yakin, dan saya pasti sgt2 bapa aie tu sorang hamba Allah yg baik dan taat segala suruhan Allah... - Bukan ke dah satu keberuntungan untk dia, bila Allah dah jemput dia dlm keadaan dia tgh taat...

Jgn bersedih lagi dik...
saya mungkin gembira sebab ayah saya masih ada...
Tapi, Aie perlu gembira sebab bapa aie sedang bahagia kat sana... InsyaAllah dia pasti gembira...

dan brsiap sedialah jugak... Nanti kita pulak akan menyusul bapa aie tu... kalau kita buat baik, kita pun akan ditempatkan ditempat orang baik-baik diakhirat sana... - itulah cara aie nak jumpa bapa aie semula... InsyaAllah, akan bertemu lagi... tapi kita kenalah usaha supaya satu masa kita akan betul2 bertemu semula dengan dia...

Be strong ok... senyumlah...

Abg Din said...

benda baru tiada yg kekal..

anilrah said...

al fatihah..

:)
be strong ok!

zeti said...

sbr la ye aie.. sdih akak baca luahan hati aie ni.. smoga roh arwah bapa aie tenang di sana..

Al fatihah..

Anonymous said...

Salam to tuan tumah... Huhuhuhu...sdeh dude bace ksah nih... Aq syg sgt kat ayah aq... X dapt bygkan life without ayah, abi, bapa, daddy...

radbrowser said...

best baca tulisan aie ni, tanpa ayah dan ibu siapa la kita.

Tirana said...

Mudah-mudahan bapa Aie tenang dalam tidurnya yang panjang. Berdo'a banyak2 untuk dia

addyaholix said...

selamat hari bapa juga untuk abah. moga kasihnya takkan pernah habis untuk manusia sehebat kau aie.

secara jujur, aku kagum dengan kau. dan ada sikit cemburu. pada aku, kau masih terlalu muda. masih terlalu awal untuk kau tempuh semua yang datang. tapi tuhan memilih kau untuk memikul tanggungjawab sehebat ini dalam usia yang terlalu muda. dan yang buat aku lebih kagum bila kau mampu. kau semakin kuat. dan doakan aku juga mampu aie!

puspa said...

salam tahziah untuk aie....
semoge rohnnye dicucuri rahmat...
aminnn....

anaklaut said...

masuk blog AiE bAhRi, seringkali terkejut..

yalah..buka je terus disambut dengan pistol..

p/s: semua pompuan suka?? anda seorang yg hebat..:)
.

Anonymous said...

semakin sakit, semakin hampir dengan yang esa, anggaplah, ujian-Nya membawa engkau pada-Nya, insya-allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails