Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 16, 2009

Seekor Kupu-Kupu

Lewat malam tadi..setelah saya mendapat panggilan dari seorang abang saya, (bang,ampunnnnn..saya bergurau je pada permulaan mesej tu..) saya menerima kiriman ringkas dari seorang sahabat saya.Bertalu-talu kiriman mesej darinya..dari kiriman mesej yang disampaikan,ada rasa sesal dengan keputusan peperiksaan baru-baru ini...Sebelum saya membalas mesejnya..saya ambil masa dahulu untuk menyusun ayat supaya kekesalan sahabat saya reda sedikit..Ya lah..saya juga mendapat keputusan yang bagi saya kurang memberansangkan. Kali ini saya tak paparkan keputusan saya sebabnya ada seorang rakan saya memerli saya memaparkan keputusan peperiksaan dalam entri ini.

Satu per satu ayat saya susun untuk membalas mesej sahabat saya supaya dia berasa tenang tapi nampaknya dia sukar untuk menerima hakikat. Saya jadi buntu untuk menenangkan hatinya cuma saya ingin berkongsi kisah seekor kupu-kupu dengannya..saya tahu, dia pasti membaca sebabnya dia salah seorang silent reader.Kisah ini saya terima dari kiriman emel rakan saya..

Sahabat..semoga kita dapat ambil iktibar dari kisah kupu-kupu ini.....

Seseorang terjumpa kepompong seekor kupu kupu.. suatu hari lubang kecil muncul.. dia duduk memerhati kupu-kupu itu.. ketika dia berjuang dengan memaksa dirinya melalui lubang kecil itu.. kemudian kupu kupu itu berhenti membuat kemajuan.. kelihatannya dia telah berusaha semampunya dan dia tidak mampu lebih jauh lagi.. akhirnya orang tersebut memutuskan untuk membantunya.. dia mengambil sebuah gunting dan memotong sisa kengkangan dari kepompong itu.

Kupu kupu tersebut keluar dengan mudahnya.. namun dia mempunyai tubuh gembung dan kecil.. sayap sayap mengkerut.. orang tersebut terus memerhatikannya kerana dia mengharap bahawa pada suatu saat sayap sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menopang tubuhnya.. yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalan waktu.. semuanya tak pernah terjadi.

Kenyataannya.. kupu kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak disekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap sayap yang mengkerut.. dia tidak pernah bisa terbang.

Yang tidak dimengerti dari kebaikan dan ketergesaan orang tersebut adalah.. bahawa kepompong yang menghambat dan perjuangan yang dilakukan kupu kupu untuk melewati lubang kecil adalah.. jalan Tuhan untuk memaksa cairan dari tubuh kupu kupu itu ke dalam sayap sayapnya sedemikian.. sehingga dia akan siap terbang begitu dia memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.. jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa hambatan perjuangan.. itu mungkin justeru akan melumpuhkan kita.. kita mungkin tidak sekuat yang semestinya yang dibutuhkan untuk menopang cita cita dan harapan yang kita mintakan.

Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang…

Kita memohon kekuatan dan Tuhan memberi kita kesulitan kesulitan untuk membuat kita tegar.

Kita memohon kebijakan dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana.

Kita memohon kemakmuran dan Tuhan memberi kita otak dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya dalam mencapai kemakmuran.

Kita memohon keteguhan hati dan Tuhan memberi bencana dan bahaya untuk diatasi.

Kita memohon cinta dan Tuhan memberi kita orang orang bermasaalah untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan kebaikan hati dan Tuhan memberi kita kesempatan kesempatan yang sileh berganti.. begitulah cara Tuhan membimbing kita.

Apakah jika kita tidak memperoleh yang kita inginkan.. bererti kita tidak mendapatkan segala yang saya inginkan?

Kadang-kadang Tuhan tidak memberi yang kita minta.. tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita.. kebanyakan kita tidak mengerti dan mengenal.. bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan.. padahal justeru itulah yang terbaik untuk kita..

Sahabat, semoga apa yang dipaparkan dalam kisah kupu-kupu ini kita dapat jadikan ianya panduan. Memang pedih untuk menerima hakikat bila apa yang kita inginkan tidak dicapai tapi ketahuilah sahabatku, mungkin ada lagi yang terbaik untuk Allah hamparkan pada kita..cuba dan terus mencuba untuk yang akan datang....Saya tahu, kamu bukan seorang yang mudah patah semangat.

14 comments:

enyheartsdiamond said...

insaf~

haruan tasek said...

nasihat yang baik dan bermakna untuk rakan anda... n3 yang menarik.

anaklaut said...

salam..,

entri yang sangat memberi pengajaran...syabs buat saudara.

ASYIQ said...

Akak pernah baca artikel ni tapi dalam versi inggeris...baru bercadang2 untuk tarjim....hihi.

Alhamdulillah kawan aie itu mempunyai seorang rakan karib seperti aie...yg boleh mengendurkan suasana yang sedang tegang....

Moga aie jadi seperti matahari yang sering memberi manfaat untuk semua orang yang berada di sekitar kita...insyaAllah.

Nana said...

entri ini memberikan keinsafan buat saye..huhu~

Keri AlHaj said...

haha.. bagus aie ni... dah makin terer bermotivasi...

Adatlah dalm hidup, kejap kat atas... kejap kat bawah... kan. tak selamanya nak senyum, sampai masa kena bagi menangis jugak... bila sesekali diberi tangisan, barulah kita tahu betapa bermaknanya sebuah senyuman...

Percayalah sentiasa, Allah tak akan pernah mensia-siakan hambanya yg berusaha bersungguh-sungguh... pasti diberi balsan setimpal dgn usaha.. Allah tak akan mengainaya hamba dia... tapi!!! bila kita dah usaha sunguh2 pun, tapi masih tak dpt apa yg kita nak, itu maknanya - itulah hal yg terbaik untuk kita buat masa tu... Allah tahu yg terbaik... sedih tu sedihlah... sape tak sedih kalau tak dpt apa yg kita harap sgt2... tapi, dari rasa sedih tu selalunya kita akan bangun semula dgn rasa lebih kuat... org tak pernah gagal tak akan pernah kuat...

bukan semua yg kita nak kita boleh dpat.. sesekali kenalah terima hakikat - takdir hidup kita ni, pelbagai... itu yg buat hidup jadi meriah... hehehe...

c_fu^^ said...

Dlm kt mlangkah, kdgkala kita d uji dgn ujian yg terasa berat hingga kt terduduk dan mnangis..peritnya terasa!.ttapi ketahuilah dan renunglah kmbali ke dlm diri krn mungkin air mata tika itu hadir krn Allah mahu kt mjahit kmbali sejadah iman yg terkoyak lantaran ada langkah2 yg tersasar dr keikhlasan..smg d tabahkan hati dan d tetapkan iman...

kita merancang Allah mrancang...ttp perancangan Allah lebih baik dr segalanya...

kegagalan yg ptama adalah keberhasilan yg tertunda!..(*-*)

..sama2 kita renungkan mg mndpt manfaat!..teruskan berkarya dik!

unknown said...

nice entry aie

boleh kita sama2 renung2kan bersama utk kearah kebaikkan

=)

Anonymous said...

kupu2..

Tirana said...

Salam Aie...

Ujian dan dugaan itu mendidik kita banyak perkara..tapi biasanya kita selalu mengeluh bila ditimpa ujian kerana kita hanya memandangnya dari satu sudut. Allah kurniakan akal kepada kita untuk kita menganalisa setiap ujian yang datang agar kita boleh ambil pengajaran darinya.

Bro Framestone said...

bukan pasl kupu2 malam ek

out of topic--> Tue la.. mmg ikut hati xkan stop berblogging..sebab tue hari2 ade je entry yg bro akan wat huhuu

Nuyu Yusof said...

terkadang bila kita meminta sesuatu dariNYA,
kita sering merungut kerana menyangka kan DIA tidak memperkenankannya,
rupanya kita dapat sesuatu yang lebih indah dari itu..hehe
:)

Unknown said...

aie,
this is such a nice entry
memberi keinsafan dlm diri ini.
teruskan berkarya dan memberi nasihat melalui penulisan aie. terima kasih kerana menceriakan hari-hari ku. Keep on writing friend!

Juliette said...

Kadang-kadang Tuhan tidak memberi yang kita minta.. tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita.. kebanyakan kita tidak mengerti dan mengenal.. bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan.. padahal justeru itulah yang terbaik untuk kita..

"benar sekali!"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails