Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, August 28, 2009

Selepas A adalah B, Selepas 2 adalah 3

Setiap perkara ada aturan dan turutannya. Selepas A, adalah B, diikuti dengan C. Begitu juga dengan huruf.Selepas angka 1, barulah 2 dan kemudiannya 3.

Itu adalah lumrah.Yang utama perlu ada baru yang kemudiannya ikut. Sama seperti dalam bulan puasa. Aturan sebegini boleh kita aplikasikan. Kalau kita lihat situasi di bulan Ramadhan. Ramai yang menjalankan ibadah puasa tetapi solat 5 waktu tidak dikerjakan dengan sempurna. Adakah ini mengikut aturan yang betul?

Kalau diikutkan dalam Islam, rukun Islam itu sendiri telah menyusun sesuatu rukun berdasarkan keutamaan iaitu :
  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan solat 5 fardhu
  3. Berpuasa di bulan Ramadhan
  4. Menunaikan zakat
  5. Mengerjakan haji (bagi mereka yang mampu)

Jadinya, apa guna berpuasa cukup sebulan di bulan Ramadhan, tetapi rukun yang ke 2 kita tidak lakukan sedangkan rukun yang kedua itu adalah lebih aula.

Saya sertakan contoh yang sangat mudah.
Kita menunaikan solat tetapi tidak melakukan niat lantas terus mengangkat takbiratul ihram. Kesannya solat kita tidak sempurna sebabnya perkara utama kita tak lakukan tetapi terus melakukan perlakuan yan berikutnya.

Sama juga kesnya seperti menunaikan solat terawikh. Solat terawikh hukumnya sunat tetapi kita lakukan dengan sempurna tetapi solat lima waktu kita abaikan walhal hukumnya wajib.Contoh yang biasa adalah selepas waktu bersahur. Selepas bersahur, pastinya ada yang terus masuk tidur tanpa menunggu azan subuh dan melakukan solat fardhu subuh. Kesannya solat wajib itu diabaikan.

Kalau diaplikasikan dalam apa juga perkara, perkara utama perlu dilakukan terlebih dahulu supaya perkara berikutnya juga sempurna. Takkan sempurnanya susunan abjad jika tiada huruf A dan takkan sempurna juga susunan angka jika tidak dimulai dengan angka 1.Yang utama tetap utama. Wallahualam.

"Ya Allah, ampuni aku kerana kadang-kadang aku leka dengan perkara yang lebih utama.."

Wednesday, August 26, 2009

Tuesday, August 25, 2009

Ikatan Silaturrahim - Keluarga adalah segalanya.

Ujian pertengahan semester petang tadi dari jam 4.30 sehingga 5.30 memaksa saya untuk menumpang bermalam di bilik seorang rakan. Tambahan pula, saya malas untuk berhadapan dengan kesesakan lalulintas pada waktu petang sebegini Mujur semasa bersalaman dengan emak, saya telah memaklumkan kepada emak bahawa kemungkinan saya tidak berbuka bersamanya. Bagi memastikan emak tidak berasa sunyi, saya menghantar emak ke rumah kakak. Di situ sekurang-kurangnya ada cucu-cucu emak yang boleh membuatkan emak tersenyum.

Berbuka dengan rakan-rakan membuatkan saya berfikir. Mungkin beginilah hidup sebagai anak rantau. Di rumah, walaupun lauk yang dihidangkan tidaklah banyak, tetapi kemanisan berbuka bersama keluarga pasti ada. Itu pendapat saya. Rakan yang baru pulang dari kampung menyambut Ramadhan bersama keluarganya juga berpendapat sebegitu.

Juadah bersama rakan-rakan.alahai..inilah juadah berbuka puasa orang bujang..

Saya yakin, kalau bukan atas tuntutan mencari ilmu atau kerjaya, pasti semuanya ingin meluangkan masa bersama keluarga ketika hadirnya Ramadhan al-Mubarak. Di situlah ikatan silaturrahim akan menjadi lebih kuat.

Esok hari, saya akan menghantar emak ke Kelantan untuk bertemu anak-anak dan cucunya yang lain. Biar sesibuk mana pun, urusan untuk bertemu keluarga perlu diatur. Saya pasti, dengan cara membawa emak berjumpa anak-anak yang lain, sekurang-kurangnya linangan air mata ketika sambutan Ramadhan tanpa suami di sisi dapat dikurangkan.

Untukmu arwah bapa, tahun lepas adalah Ramadhan terakhir buatmu.Semoga tahun ini, kami dapat meneruskan amalan tadarus walau kami tak pasti adakah ini Ramadhan terakhir buat kami..Wallahualam.

Monday, August 24, 2009

Bulan Untuk Bertaubat!

Selamat datang Bulan Ramadhan.Bulan mulia yang menjadi penghulu segala bulan.Walaupun terlewat mengucapkan selamat datang bulan Ramadhan, ianya bukan masalah bagi saya. Oh ya, hampir lupa untuk menggantung kad yang diberi oleh kak As sempena kedatangan bulan yang mulia ini.Terima kasih kak.


Dua-dua saya ambil..hahaha..

Kita bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk menyambung segala ibadah di bulan Syaaban lalu pada Ramadahan ini.Sesungguhnya kedatangan Ramadhan ini memberi kita peluang untuk melakukan segala kebaikan.Allah telah menjanjikan pelbagai nikmat dan balasan pahala di bulan ini.

Di negara jiran kita iaitu Indonesia, kedatangan bulan Ramadhan disambut bagaikan menyambut kedatangan pesta besar oleh rakyatnya yang beragama Islam.Sebulan sebelum kedatangan bulan mulia ini, mereka sudah memasang sepanduk sana sini sebagai melahirkan betapa tidak sabarnya mereka untuk menunaikan ibadah puasa.Malahan satu sepanduk berjaya menarik perhatian seorang rakan saya yang belajar di sana yang baru pulang dari negara jiran itu untuk menyambut Ramadhan bersama keluarga di sini.

Menurut rakan saya itu, pelbagai kata-kata menarik telah digantungkan di sana-sini.Suasana itu nampak sungguh meriah, dan satu sepanduk yang berbunyi "Bulan Untuk Bertaubat!" benar-benar menarik perhatiannya.Keadaan ini agak berbeza di negara kita, di sini sebulan sebelum kedatangan Ramadhan, pusat membeli belah kita sudah sibuk mempromosikan jualan mereka untuk menyambut raya.Lagu-lagu hari raya diputarkan di sana-sini.Ini menunjukkan betapa tidak sabarnya kita untuk menyambut raya sedangkan berpuasa pun belum lagi.

Untuk itu, marilah kita sama-sama mengambil iktibar dan memahami sedalam-dalamnya konsep berpuasa ini. Memang tepat pun apabila dikatakan bulan Ramadhan adalah bulan tepat untuk bertaubat tetapi mengzuhudkan diri kita di bulan Ramadhan ini, memberi kita peluang untuk menghayati erti taubat itu sendiri.

Ketika segala jenis syaitan dirantai di bulan ini, maka inilah masanya untuk kita membersihkan dii dan terlepas daripada gangguan itu.Namun kalau kita memahami dengan lebih terperinci, syaitan itu sebenarnya bukanlah penghalang atau musuh sebenar untuk kita melakukan kebaikan atau melawan kehendak diri.Apa yang patut kita sekat adalah nafsu kita sendiri.Inilah 'musuh' utama yang perlu kita perangi sebab ia ada dalam diri kita dan sudah sebati dalam diri kita.Kalau kita mampu menentang kehendak nafsu ini, ibadah kita akan berjalan lancar dan kita akan bebas dari pengaruhnya.

Sejauh mana kita mampu melenyapkan pengaruh nafsu ini, bergantung pada betapa ikhlasnya kita menerima kedatangan Ramadhan ini.Kalau kita berpuasa kerana orang lain berpuasa, atau kita berpuasa hanya untuk selesa menyambut raya, atau sekadar untuk mengelak umpat keji, maka kita fikirlah sendiri, apa yang kita dapat di sebalik lapar dan dahaga kita itu.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Dan ada lagi kad yang belum saya gantung..Terima kasih kepada kak Ita. Semoga Ramadhan yang kita tempuhi menjanjikan sinar keimanan dan kebahagiaan buat kita semua.InsyaAllah.

Yang ni pun dua-dua kad saya ambil.Terima kasih atas tanda ingatan.

Jangan mara kepada sesiapa yang masuk rumah saya kena tembak dengan pistol tu. Hanya orang-orang yang tak puasa tanpa sebab je kena tembak.

Friday, August 21, 2009

Tahniah dan terima kasih. Kalian adalah terbaik!

Dua hari yang lepas, saya berjumpa dengan seorang sahabat saya yang saya anggapnya sebagai seorang adik. Niat di hati memang ingin berjumpa dengannya kerana sudah lama kami tidak berjumpa selepas dia telah menamatkan pengajiannya. Sekalung tahniah saya ucapkan kepadanya atas majlis graduasi baru-baru ini. Niat di hati mahu berjumpa ketika langsungnya hari keraiannya sebagai graduan yang telah menggenggam segulung ijazah tetapi atas sebab peribadi, saya tidak dapat bersama-sama meraikan kejayaannya.

Alahai Chah..maafkan saya kerana tidak dapat hadir pada waktu itu. Sungguh! Saya tidak melupakan kamu sebagai seorang sahabat yang banyak membantu saya. Apatah lagi kehadiran dari bumi kenyalang sepatutnya saya sambut dan raikan kejayaan kamu bersama. Saya cuba mengatur waktu pertemuan untuk berjumpa dengannya. Fikir saya lebih baik saya berjumpa pada hari Khamis kerana pada hari tersebut, dia akan terbang semula ke bumi kenyalang atas tuntutan sebagai pekerja pula..

Dalam kesibukan saya pada hari Rabu untuk berjumpa dengan responden bagi mendapatkan data kajian, saya menerima pesanan kiriman ringkas menyatakan bahawa dia ingin berjumpa di salah satu pusat membeli belah bersama keluarganya. Mujur waktu tersebut tiada lagi janji temu dengan beberapa pihak responden. Saya terus memandu menuju ke tempat yang dijanjikan. Dalam kesesakan lalulintas pada waktu pentang, fikiran saya mula resah apabila memikirkan banyak masa yang dihabiskan oleh sahabat saya dan keluarganya untuk menunggu saya. Berjumpa dengannya ddan keluarganya membuatkan hati saya riang. Perjumpaan yang singkat itu sekurang-kurangnya saya dapat belajar tentang erti sikap saling menghargai antara sahabat.

Kepada chah dan family, terima kasih kerana sudi berjumpa walaupun terpaksa menunggu dalam masa yang agak lama. Terima kasih juga atas ole-ole dari bumi kenyalang..


Kek lapis sarawak dan cenderamata dari bumi kenyalang..

Tahniah dari saya. Anda adalah terbaik! Selamat pulang ke negeri bumi kenyalang..

Sekalung penghargaan terima kasih juga kepada kak maiyah atas award yang diberikan kepada saya.

Mengenali kak Maiyah dalam alam maya ini membuatkan saya sering rasa bertuah. Kesukaran dalam kehidupan yang kak maiyah hadapi membuatkan hati dan perasaan saya berkocak sedih apabila memikirkan dalam dunia ini, tidak semua nikmat akan kita perolehi berkekalan. Kisah-kisah kak maiyah mengingatkan saya kepada seorang kenalan lama saya yang telah lama kami tak bersua tetapi akhirnya saya bertemu kembali dengannya di facebook. Ketabahannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Komputer walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda untuk hadir ke kuliah yang lokasinya jauh dari kampus akhirnya membuahkan kejayaan apabila baru-baru ini, dia berjaya menamatkan pengajiannya. Saya kagum dengannya! sedangkan berjalan kaki ke bilik kuliah saya mengeluh penat, apatah lagi dia yang berkerusi roda. Fikir saya, tentu lagi penat!

Tahniah Ruzimi! Semangat kental dalam diri kamu membuatkan saya semakin semangat untuk menghadapi hari-hari yang bakal mendatang.

Walau siapa pun kita, kita tetap pandang anak bulan yang sama. Salam Ramadhan!

Wednesday, August 19, 2009

Kunang-kunang

Malam ini,
Aku adalah kunang-kunang..
Yang bisa terbang..
Mencari arah yang hilang..
Dalam gelap aku terang..

Siang nanti,
Aku bukan lagi kunang-kunang,
Aku impikan untuk menjadi rama-rama nan indah,
Yang bisa terbang bebas,
untuk melihat segalanya.....

Tetapi,
Aku lebih suka menjadi kunang-kunang,
Kerana senja sentiasa menanti aku.
Untuk terus abadi di sana..

Sunday, August 16, 2009

Harapan

Dari masyrik berkelana ke maghrib, dari paksina mengembara ke daksina. Ku belajar, mengamati, menilai & menafsir setiap perjalanan hidup penuh berliku. Mudah2an aku sampai ke destinasi dengan pengalaman dan pengajaran yang berharga, mengajar aku untuk hidup lebih bermakna lagi.

Sepulau rindu segunung kasih segenggam sayang
Selaut resah sepantai gundah menghempas jiwa
Jiwa berkemelut mencari penawar
Jika ke hujung dunia...sanggup ku kembara
Agar mendapat setitis penawar duka nestapa

Takkan sungguh seluang dilaut, dipukul ombak balik ke pantai, layar ku tiup rindu menderu, hajat bergalas langit nan ringan...menuju biduk ke pelabuhan rindu, melunas dendam kerinduan menggunung yang tinggi.

Mudah-mudahan semuanya selamat...Perasaan itu betul-betul mencengkam jiwa..

Thursday, August 13, 2009

Hero baru PakChu


Sape2 yang nak kenal ngan kita, jom la g melawat blog ayah kita..ayah kita dah ceritakan pasal kita..kita lahir 12 ogos 2009..lambat 4 hari dari Amzar Hasif.

Untuk hero pakchu yang baru ni..semoga menjadi anak yang soleh dunia akhirat..Ajak ayah balik johor lepas ibu abis pantang ye..hehehe

Saturday, August 08, 2009

WelcOme to the WOrld..080809




Semoga kelahiran anak buah pakchu yang ke 9 ini sentiasa mendapat keberkatan dari Allah. Pakchu doakan semoga menjadi anak yang soleh..Amin..

Ingatkan dapat baby girl..rupanya baby boy lagi..Apa pun pakchu ucapkan Alhamdulillah sebab anak pakchu sihat dan selamat. Kepada Ammar Hakimi dan Amsyar Harith, kalian ada adik baru,,jangan nakal2 ye..

Dan pakchu juga akan dapat anak buah yang ke 10 pada pertengahan bulan ini. baby boy juga!

Allah berfirman,
“ Aku perlindungkan engkau, wahai bayi, dengan kalimat Allah yang sempurna, dari setiap godaan syaitan, dan setiap pandangan yang penuh kebencian. “

Thursday, August 06, 2009

Kawan..aku tak marah.

Malam semalam, fikiran jadi tak tentu.Meninggalkan ibunda di rumah bersendirian kerana terpaksa bermalam di kampus. Banyak perkara belum diselesaikan lagi untuk dihantar pagi tadi.Belum ada sebarang persediaan untuk esoknya. Terus menanti di satu tempat untuk tujuan perbincangan. Akhirnya waktu yang dijanji berlalu begitu sahaja sehingga jam 10 malam baru kelihatan kelibat mereka. Siapakah yang salah?

Kawan, aku tak marah tapi aku tak suka bila masa tak ditepati dan kerja-kerja dilakukan pada saat-saat terakhir. Maaf jika aku menegur kalian dengan suara yang agak tinggi sehingga masing-masing mendiamkan diri. Aku faham, jadual masa kita tidak sama tapi perlu diingat yang utama tetap perlu diutamakan.

Sungguh! aku benci melakukan kerja pada saat-saat terakhir kerana tiada kesempurnaan di situ walaupun pembentangan semalam mendapat pujian. Moga perkara sebegini tidak berulang untuk tugasan yang akan datang.Itu yang aku harapkan!

Moga hari-hari yang lain, Allah mengizinkan kita untuk menjadi seorang yang menepati masa supaya tidak menyukarkan pihak lain. Salam nisfu sya'ban...

Sunday, August 02, 2009

Yang sudah tu sudah la...

Entri penuh jiwa kacau..hanya sekadar luahan..

Sejak kebelakangan ini saya dilanda dengan kesibukan yang amat sangat.Mungkin pengurusan masa saya yang lemah menyebabkan saya rasa sebegitu sehinggakan saya malas untuk menghasilkan entri terbaru walhal dalam beberapa hari ini banyak sangat cerita yang ingin saya kongsikan bersama. Sampaikan ada seorang rakan saya mengatakan blog saya dah bersawang..Ceh...nasib baik takde binatang-binatang buas...hanya labah-labah je..hehe

Saya faham..bukan mudah untuk melupakan seseorang tapi jika orang tersebut tidak mencintai kamu, apakah kamu terus-terusan untuk mencintai dia walhal kamu sudah tahu jawapannya? Sangatlah menyakitkan mencintai seseorang, tetapi tidak dicintai olehnya. Tetapi kan lebih indah jika menyayanginya tanpa mengharapkan sesuatu perasaan apapun darinya.

Kita hanya perlu satu minit sahaja untuk menghancurkan seseorang, Satu jam untuk menyukai seseorang, Satu hari untuk mencintai seseorang, Tetapi memerlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang... Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu dengan orang yang tidak tepat. Jadi ketika kita akhirnya bertemu dengan orang yang tepat kita akan tahu betapa berharganya anugerah tersebut. Cinta adalah ketika kita membawa perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan dan menemukan bahawa kamu peduli dengan dia........

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kita bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kita harus membiarkannya pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka... Tetapi kadang-kadang kita menatap terlalu lama pada pintu yang telah tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka bagi kita.Itu kesalahan yang sering dilakukan oleh kita bernama manusia.

Teman yang terbaik adalah teman dimana kita dapat duduk bersamanya dan merasa terbuai dan tidak pernah mengatakan apa-apa dan kemudian berjalan bersama. Perasaan seperti itu adalah percakapan termanis yang pernah kita rasakan. Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai juga!!!

Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai itu tumbuh di dalam hati mereka, tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh di dalam hati...

Ada hal yang sangat ingin kita dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang dari mereka kita ingin dengar. Tetapi jangan sampai kita menjadi tuli walaupun kamu tidak mendengar dari seseorang yang mengatakan itu dari hatinya . Jangan pernah berkata selamat tinggal jika kita masih ingin mencoba. Jangan menyerah selama kita merasa masih dapat maju. Jangan pernah berkata kita tidak mencintai orang itu lagi bila kita tidak mampu membiarkannya pergi...

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan... Kepada mereka yang masih percaya walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang masih mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangun kembali kepercayaan Jangan melihat dari wajah, itu bisa menipu.

Jangan melihat kekayaan, itu bisa menghilang. Datanglah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Berharaplah kamu dapat menemukan seseorang yang dapat membuatmu tersenyum.

Cukup cubaan untuk membuat kita kuat.Cukup penderitaan untuk membuat kita menjadi manusia yang sesungguhnya, Dan cukup harapan untuk membuat kita bahagia. Selalu letakkan dirimu pada posisi orang lain. Jika kita merasa bahawa itu menyakitkan kita. Mungkin itu menyakitkan orang itu juga.

Kasih itu sabar, kasih itu murah hati, ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain. Ia tidak bersukacita kerana ketidakadilan, tetapi kerana kebenaran. Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala..

Yang sudah tu sudahlah..jangan diungkit kisah lama kita..saya sedia untuk menghulurkan tangan untuk memberi bantuan, menadahkan telinga untuk mendengar tiap luahan hati kamu, memberikan mulut ini untuk saling ingat mengingati dan memberi sepasang mata ini untuk menangis bersama-sama jika kamu dilanda kesedihan. Cuma saya pinta, saya tak mampu menjadi terbaik untuk awak. Walaupun awak kata itu alasan tapi bukan itukah pilihan kita?

Saya jadi keliru.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails