Sunday, August 16, 2009

Harapan

Dari masyrik berkelana ke maghrib, dari paksina mengembara ke daksina. Ku belajar, mengamati, menilai & menafsir setiap perjalanan hidup penuh berliku. Mudah2an aku sampai ke destinasi dengan pengalaman dan pengajaran yang berharga, mengajar aku untuk hidup lebih bermakna lagi.

Sepulau rindu segunung kasih segenggam sayang
Selaut resah sepantai gundah menghempas jiwa
Jiwa berkemelut mencari penawar
Jika ke hujung dunia...sanggup ku kembara
Agar mendapat setitis penawar duka nestapa

Takkan sungguh seluang dilaut, dipukul ombak balik ke pantai, layar ku tiup rindu menderu, hajat bergalas langit nan ringan...menuju biduk ke pelabuhan rindu, melunas dendam kerinduan menggunung yang tinggi.

Mudah-mudahan semuanya selamat...Perasaan itu betul-betul mencengkam jiwa..

11 comments:

chimera said...

salam aie..

harapan tu mesti sentiasa ada di jiwa... biar semua perkara telah tewas, harapan jgn sesekali tewas. terus sematkan di jiwa... dengan harapan akan ada usaha...

maiyah said...

salam.. pengalaman tu bleh jadi kekuatan buat kita untuk menghadapi lagi pengalaman2 yang baru dan lebih mencabar, semoga adik akan sentiasa dalam kesejahteraan

TokNabe said...

Sesuatu pencarian tak akan berakhir sampai bila-bila. Berhati-hati dan berjaga-jagalah dalam perjalanan hidup.

sharamli said...

pengalaman mengajar kita erti kehidupan kn...

GRuNGe said...

Hmmmm, pengalaman. Pengalaman mematangkan usia kamu. I believe that you are matured.

Erk, kenapa ramai yang komen pasal pengalaman ek? Kenapa part rindu tu takde orang nak komen?

Aie, kamu rindu sama siapa Aie? Yang pasti, abang rindu penulisan Aie.

Selamat study kay Aie. Tinggal satu sem jer untuk anda bergelar siswazah.

alhaqimi said...

amboi nape nie...cepat2la selesaikan ok..

Abg Din said...

jadi lebih dewasa...

CINTAMANISZ Lite said...

Pergh! caya laa ngan perkataan demi perkataan yg AiE gunakan dlm entry kali ni.

ah tok said...

Belakang parang boleh diasah. Apatah lagi kita.

- jinggo - said...

semuga biarkan apa yg berlaku..
hari ini lebih baik dari semalam.....

Azita said...

selamat menyambut ramadhan 1430h utk aie. dtg umah k.ita amik kad ya!
err....kenapa berteka-teki? straight to the point aje la!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails