Alahai Chah..maafkan saya kerana tidak dapat hadir pada waktu itu. Sungguh! Saya tidak melupakan kamu sebagai seorang sahabat yang banyak membantu saya. Apatah lagi kehadiran dari bumi kenyalang sepatutnya saya sambut dan raikan kejayaan kamu bersama. Saya cuba mengatur waktu pertemuan untuk berjumpa dengannya. Fikir saya lebih baik saya berjumpa pada hari Khamis kerana pada hari tersebut, dia akan terbang semula ke bumi kenyalang atas tuntutan sebagai pekerja pula..
Dalam kesibukan saya pada hari Rabu untuk berjumpa dengan responden bagi mendapatkan data kajian, saya menerima pesanan kiriman ringkas menyatakan bahawa dia ingin berjumpa di salah satu pusat membeli belah bersama keluarganya. Mujur waktu tersebut tiada lagi janji temu dengan beberapa pihak responden. Saya terus memandu menuju ke tempat yang dijanjikan. Dalam kesesakan lalulintas pada waktu pentang, fikiran saya mula resah apabila memikirkan banyak masa yang dihabiskan oleh sahabat saya dan keluarganya untuk menunggu saya. Berjumpa dengannya ddan keluarganya membuatkan hati saya riang. Perjumpaan yang singkat itu sekurang-kurangnya saya dapat belajar tentang erti sikap saling menghargai antara sahabat.
Kepada chah dan family, terima kasih kerana sudi berjumpa walaupun terpaksa menunggu dalam masa yang agak lama. Terima kasih juga atas ole-ole dari bumi kenyalang..
Tahniah dari saya. Anda adalah terbaik! Selamat pulang ke negeri bumi kenyalang..
Sekalung penghargaan terima kasih juga kepada kak maiyah atas award yang diberikan kepada saya.


Walau siapa pun kita, kita tetap pandang anak bulan yang sama. Salam Ramadhan!
9 comments:
makasih bik award tu.. tenet ni pening lak, dah double n3
~tahniah2...
oo..dah grad erk ruzimi...
dulu mhs skali..kag0m jgk bl tgk dia time tu..
c0ngret...
n salam ramadhan
salam..bro.
tq singgah anaklaut..)
salam aie,
bila kita menghargai manusia di sekeliling kita, sekurang-kurangnya kita dah mampu membahagiakan orang.
dan tahnia untuk saudara ruzimi. moga semangat itu akan selalu ada dalam diri setiap kita insyaallah.
selamat malam aie!
Aie, bila demo nak kelik Kelate? Haha
ah tok,
Bang, minggu depan sampailah ke sana..Balik pahang tak?Jom la buka sama2 kat kelate
salam aie~
terima kasih singgah blog zara~
alahai, tak tau kamu ada di UTM juga~
tahniah... teruskan kecemerlangan itu semoga berjaya dunia akhirat
Post a Comment