Wednesday, August 19, 2009

Kunang-kunang

Malam ini,
Aku adalah kunang-kunang..
Yang bisa terbang..
Mencari arah yang hilang..
Dalam gelap aku terang..

Siang nanti,
Aku bukan lagi kunang-kunang,
Aku impikan untuk menjadi rama-rama nan indah,
Yang bisa terbang bebas,
untuk melihat segalanya.....

Tetapi,
Aku lebih suka menjadi kunang-kunang,
Kerana senja sentiasa menanti aku.
Untuk terus abadi di sana..

13 comments:

maiyah said...

salam aie.. kunang2 mmg cantik tapi hati2 nanti kene makan ngan cicak hehe

AiE bAhRi said...

Salam kak,
Ya! kunang2 memang cantik =)

sharamli said...

tp rama2 p0n cntik kn....

AiE bAhRi said...

sharamli,
Kedua-duanya cantik(",)

ASYIQ said...

Salam aie,
Lama betul akak tak blogging apatah lg dtg ziarah aie. Dua anak akak dh exam trial...alhamdulillah dua2 cemerlang...sdg menunggu exam sebenar. UPSR bln dpn dan PMR bln Oktober.

Skrg ni plak akak dpt cuti rehat seminggu sbb kena chic pox. Derita betul. Ada hikmah disebaliknya..hati risau lagi ttg anak2 murid di sek yg nak exam PMR dan SPM. Alahai...

Aie tolong doakan akak sejahtera selalu. Entry pun tak sempat nak update....sungguh merindui dunia blogging!!!

TokNabe said...

Kunang2 cantiknya diwaktu malam je aie...kalau tak ada malam tak nampak cantiknya kunang2.

chimera said...

saya pun lebih memilih kunang-kunang. sebab di siang hari memang terlalu byk penyerinya... cantik rama-rama, apabila singgah dibunga yg cantik juga, kecantikan rama-rama tersebut tenggelam pula dlm kecantikan bunga...

Tapi mlm, yang menyerinya hanyalah kunang-kunang... oh ya!! bulan dan bintang juga... Tapi bulan dan bintang ada masanya akan sembunyi juga di balik kegelapan awan yang sarat menampung hujan... Kunang-kunang tidak...
sama ada malam cerah atau malam gelap.. dia bebas muncul bersama kawanan di dunia kecilnya... kelip2 cahaya malapnya, ada kalanya melalaikan... walau dimana terbang hinggapnya, disitu akan ditinggalkan sebuah pesona...

Rashid said...

wah!! indahnya bait puisi. Abg suka walaupun tak berapa paham.. hhehe

AiE bAhRi said...

Kak ASYIQ,
Salam kak,
Faham akak bz..Yg utama kena utamakan dulu, kalau ada masa baru akak singgah ye.Wah, dua orang anak akak exam besar diz year.Alhamdulillah..if trial ok, InsyaAllah exam betul lagi cemerlang..

Akak kena chic pox?Dugaan nk hadapi ramadahan.Moga akak tabah ya!

Semoga akak sentiasa sihat di bawah lindunganNya dan Good luck untuk adik2 (anak akak) yg akan menghadapi peperiksaan besar..

TokNabe,
Betul bro..Sebab ianya cantik di waktu malam sahaja membuatkan kita ternanti-nanti untuk melihat kecantikannya..

AiE bAhRi said...

Abg Chime,
Ya! di siang hari memang banyak penyerinya kan..bila dilihat keindahan di siang hari, banyak perkara yang dilihat itu cantik..

Terima kasih atas komen abg chime..membuatkan saya terfikir..Dan, pesona yang ada pada kunang-kunang itulah yang kita cari..

Abg Rashid,
Erm..ada maksud tersirat di sebalik puisi ini =)

ah tok said...

Kalau saya diberi pilihan, saya pilih kelip-kelip.

AiE bAhRi said...

ah tok,
Bang, kelip-kelip banyak untuk dipilih untuk dipasang tika hadirnya Aidilfitri nanti..tinggal pilih nk warna yang mana satu saja!

addyaholix said...

aku pernah tulis tentang kunang-kunang dulu.

=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails