Thursday, August 06, 2009

Kawan..aku tak marah.

Malam semalam, fikiran jadi tak tentu.Meninggalkan ibunda di rumah bersendirian kerana terpaksa bermalam di kampus. Banyak perkara belum diselesaikan lagi untuk dihantar pagi tadi.Belum ada sebarang persediaan untuk esoknya. Terus menanti di satu tempat untuk tujuan perbincangan. Akhirnya waktu yang dijanji berlalu begitu sahaja sehingga jam 10 malam baru kelihatan kelibat mereka. Siapakah yang salah?

Kawan, aku tak marah tapi aku tak suka bila masa tak ditepati dan kerja-kerja dilakukan pada saat-saat terakhir. Maaf jika aku menegur kalian dengan suara yang agak tinggi sehingga masing-masing mendiamkan diri. Aku faham, jadual masa kita tidak sama tapi perlu diingat yang utama tetap perlu diutamakan.

Sungguh! aku benci melakukan kerja pada saat-saat terakhir kerana tiada kesempurnaan di situ walaupun pembentangan semalam mendapat pujian. Moga perkara sebegini tidak berulang untuk tugasan yang akan datang.Itu yang aku harapkan!

Moga hari-hari yang lain, Allah mengizinkan kita untuk menjadi seorang yang menepati masa supaya tidak menyukarkan pihak lain. Salam nisfu sya'ban...

10 comments:

Watierman said...

Salam aie...moga lambaran Nisfu...mendapat catatan yang terbaik sebagai mukadimah...

sharamli said...

janji melayu mmg mcm tu..
ckp je +- 15 minit..pdahal bejam2

saiyidah_nafisah said...

tiada yang sempurna dalam hidup ini... rasa terkilan dan kecewa pasti mudah menguasai diri... banyakkan bersabar dan tegurlah dengan cara berhikmah, agar insya allah mereka dapat menerima teguran dengan hati dan terbuka... tambahkan kesabaran... pasti ada hikmah yang tersembunyi..

Tirana said...

Jika bekerja dalam kumpulan, begitulah selalunya. Semua itu masalah sikap. Sikap yang tidak bertanggungjawab...

maiyah said...

salam.. semoga aie sentiasa sabar dengan kerenah pelbagai sikap kekawan, mmg tak dapat lari darinya

TokNabe said...

Betul tu... kesempurnaan sesuatu kerja datang dari masa yang betul2 cukup. Kerja2 di saat akhir memungkinkan untuk kegagalan.

CINTAMANISZ Lite said...

Kerja di saat2 akhir selalunya cincai ler..tangkap muat aje..

Ivy Metaga said...

ya keja di saat akhir akan menyusahkan ramai kalau dalam group, tapi kan kdg2 masa last minute lah idea dtg mencurah2....

ASYIQ said...

Anak akak pun bila buat kerja berkumpulan dia selalu tension. Dia nak buat biar cepat siap...tapi bahan dr kwn2 lain lambat dpt. Kemudian bila dah last minute barulah ngelabah tak tentu pasal...kerja jadi tak berkualiti.

Bergantung pd sikap individu...kalau akak pun, siap cepat maka cepatlah lega otak kita....

p/s akak dah kembali....byk miss n3 aie!!

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails